CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2757|Reply: 6

Mengejutkan, Bawang Boleh Mencantikkan Rambut!

[Copy link]
Post time 23-3-2016 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Siapa sangka, bawang merah yang sering dijadikan bahan wajib dalam makanan, sangat baik untuk kesihatan rambut.


Bawang memiliki antioksidan yang sangat tinggi dan juga sumber vitamin A, C dan E.


Antara faktor mengapa ia baik untuk kesihatan kulit kepala dan rambut ialah, ia mengandungi sulfur yang mampu menguatkan keratin pada helaian rambut.


Di sini disertakan beberapa cara untuk memanfaatkan bawang bagi mencantikkan rambut anda. Jangan lupa mencuba, namun bagi mereka yang berkulit sensitif, ia boleh menyebabkan rasa pedih.







Creambath bawang


Kisar bawang merah dan tapis jusnya. Oleskan jus bawang pada kulit kepala dan rambut, kemudian biarkan selama 30 minit. Cuci rambut dengan sedikit syampu.









Masker bawang dan minyak kelapa


Campurkan jus bawang dengan sedikit minyak kelapa. Kemudian ratakan pada kulit kepala dan rambut anda. Biarkan selama 30 minit hingga sejam.






Masker bawang dan minyak zaitun


Sama seperti di atas, namun gantikan minyak kelapa dengan minyak zaitun. Biarkan pada rambut selama 30 atau maksimum 2 jam. Kemudian, cuci rambut.










Masker bawang dan madu


Ambil dua sudu jus bawang dan campur dengan satu sudu madu. Kemudian oles pada kulit kepala dan rambut. Biarkan 15 minit kemudian bilas bersih. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 04:04 PM | Show all posts
oo patut la ada shampo bawang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ssh2 jer nak buat.buat mata berair.beli je la shampoo bawang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 09:33 PM | Show all posts
bukan ke syampoo bawang tu nama brand?
ada bawang ea dalam syampoo tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 02:39 PM | Show all posts
syampu bawang tu dari obersi.. takde la depa panggil bawang nih sbg bawang.

btw.. ade sesapa pernah try ke? apa jadik?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 11:15 AM | Show all posts
ira79 replied at 25-3-2016 02:39 PM
syampu bawang tu dari obersi.. takde la depa panggil bawang nih sbg bawang.

btw.. ade sesapa per ...

syampu bawang tu bukan sebab ada bawang.. but it is actually a brand in chinese word..  A famous herbal shampoo in China..


anyway, i dah try shampoo nie..mula2 je rasa macam ada kesan positif..
rambut macam kurang gugur..
i pakai set sekali dengan conditioner, after 2 days i noticed rambut nampak limped / lesu..
but after a week or so, i rasa sama je..back to previous condition.
plus, bau dia tak best..since it contains herbs.


so, tak sampai sebulan i pakai, i decided to stop.
i feel that this is not for me..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2016 10:07 AM | Show all posts
oo ok. indah kabar dari rupa ek... dah la mahai syampoo bawang tu. tak berani nak try tenyeh bawang kat kepala.. nanti pape jadik lg susah. huhu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056153 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list