CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1299|Reply: 2

[Dunia] Saintis berjaya pindah kepala monyet

 Close [Copy link]
Post time 22-1-2016 10:46 AM | Show all posts |Read mode



Imej monyet selepas pemindahan kepala berjaya dilakukan oleh saintis China ke atas monyet berkenaan, baru-baru ini . Agensi

LONDON 21 Jan. – Seorang pakar bedah dari Itali, Sergio Canavero mendakwa dia dan sekumpulan para penyelidik dari China berjaya melakukan satu pembedahan luar biasa pemindahan kepala seekor monyet, baru-baru ini.


Portal berita Mail Online melaporkan bahawa saintis yang pernah mencetuskan kontroversi di internet selepas dia mendedahkan hasrat untuk melakukan pembedahan pemindahan kepala manusia serta mendakwa prosedur itu akan membolehkan seseorang yang menghidapi penyakit lumpuh sepenuhnya dapat sembuh dalam beberapa tahun selepas menjalani pemindahan itu.

Kini, selepas bekerja dengan sekumpulan penyelidik dari China dan Korea Selatan, saintis Itali itu mendakwa perancangannya kini semakin hampir, setelah menjalani eksperimen ke atas seekor monyet, tikus dan mayat manusia.

Canavero memberitahu majalah New Scientist: “Saya mahu katakan bahawa kita mempunyai banyak maklumat untuk meneruskan prosedur berkenaan.”

“Adalah penting untuk seseorang berhenti berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil. Prosedur ini boleh dilakukan dan kita sedang berusaha ke arah itu,” katanya.

Canavero mendakwa seorang doktor dari China, Xiaoping Ren dari Universiti Perubatan Harbin telah berjaya melakukan pembedahan pemindahan kepala seekor monyet dengan menyambungkan saluran darah antara kepala dan badan baharu, tetapi tidak menjejaskan saraf tunjang.

Katanya, penyelidikan mengerikan itu menunjukkan bahawa jika kepala tersebut berada pada tahap beku -15 darjah Celsius seekor monyet mampu bertahan melalui prosedur berkenaan tanpa mengalami kerosakan otak.

“Monyet itu selamat menjalani pembedahan tanpa mengalami kecederaan neurologi atau masalah lain,” kata Ren, sambil menambah kata, tanpa penyambungan saraf tunjang, haiwan itu akan lumpuh dari leher ke bawah dan mampu bertahan selama 20 jam selepas pembedahan dilakukan.

Namun, tidak diketahui sama ada, haiwan tersebut mampu merasai kesakitan di bahagian badan yang dibedah selepas produr berkenaan atau tidak.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2016 10:53 AM | Show all posts
thread dh ade lh FM
lmbt16 min je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda tu binatang mana lah dia boleh bgtau kalau sakit pun ::
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.071849 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list