|
Oleh Izzah Abbasy
Mee segera atau maggi ini adalah makanan yang digilai ramai. Tiap rumah pasti wajib ada mee segera ini. Mana tidaknya, jika malas untuk memasak, mee segeralah yang dijadikan 'lauk' utama untuk dimakan.
Meskipun demikian, masih ramai yang tidak prihatin untuk mengetahui penyakit segera yang akan menimpa diri sendiri jika terlalu 'obses' makan mee segera ini. Sebabnya, cara pembuatannya sangat mudah kan?
1) MSG tinggi
Monosodium glutamat (MSG), juga dikenali sebagai mononatrium glutamat. paling snenag, ajinomoto lah. Kandungan tinggi MSG boleh menyebabkan kerosakan otak, penyakit buah pinggang, dan kompilasi lain dalam tubuh
2) Penyebab utama kanser
Bahan pengawet yang terdapat pada mee segera ini sangat banyak. Termasuklah jika kita menggunakan mee segera cawan. Ia sangat bahaya jika dipanaskan.
3) Penyebab gemuk
Mee segera juga bertindak sebagai karbohidrat. Bahan-bahan yang terdapat dalam mee segera boleh menyebabkan anda bertambah berat badan kerana kandungan garam, karbohidrat, MSG yang tinggi.
4) Penurunan sistem metabolisme
Bahan yang terdapat pada mee segera akan membuatkan sistem metabolisme tubuh menurun. Sekaligus, anda akan kekal gemuk jika mengamalkan mee segera ini.
5) Tekanan darah tinggi
Kandungan natrium yang tinggi dalam mee segera mampu meningkatkan tekanan darah dan masalah buah pinggang.
5) Merosakkan pencernaan
Mee segera membuatkan sistem pencernaan anda rosak. Kajian mendapati, ia boleh menyebabkan sembelit, cirit-birit, sakit perut, perut kembung, serta terjadinya masalah perut yang lain. - CARI Infonet
|
|