CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5849|Reply: 21

Hal Silam Sudah Dilupakan - RR

[Copy link]
Post time 23-9-2015 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by babyridz at 23-9-2015 06:01 PM


Thanks : Kosmo

Industri seni sekarang sudah tidak sama seperti dahulu. Kemajuan teknologi menjadikan seseorang artis itu lebih mudah untuk dekat dengan peminat. Jika dahulu, peminat perlu menantikan laporan akhbar dan majalah hiburan untuk mengetahui perkara terbaharu perihal kehidupan selebriti.

Berbeza kini, majoriti artis tempatan agak aktif dalam laman sosial begitu juga Rita Rudaini menerusi akaun laman sosial Instagramnya.
Keterbukaan pelakon itu berkongsi perkembangan karier, perniagaan mahupun hal peribadi nampaknya mengundang kata-kata negatif kepada dirinya.
Ada yang berpendapat bahawa luahan rasa Rita menerusi akaun Instagramnya seakan wanita itu tidak boleh melupakan kisah lama perkahwinannya sebelum bercerai.

“Ada memberi komen supaya saya melupakan hal silam. Memang saya sudah lama lupakan, tetapi mereka yang sering teringat-ingat cerita silam saya. Jadi siapa sebenarnya yang belum melupakan,” tanya wanita berusia 39 tahun ini.

Rita Rudaini merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak iaitu, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, hasil perkahwinannya dengan bintang bola sepak Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Mereka bernikah pada 25 Februari 2008 dan bercerai talak satu pada 5 September 2015 selepas lima tahun berkahwin.

Rita tidak menafikan, terdapat kata-kata negatif yang dilemparkan di ruangan komen akaun Instagramnya tetapi dia lebih selesa untuk tidak melayan komen-komen sedemikian.
“Komen-komen negatif memang saya akan buat tidak tahu sahaja. Cuma, sesekali ada juga saya nasihat mereka semula sekadar untuk memberi pengajaran,” jelasnya.

Tambahnya lagi, terdapat juga peminat yang meminta nasihat daripada dirinya, terutamanya melibatkan hal rumah tangga. “Bukan saya tidak mahu nasihat, cuma saya risau jika saya komen, khuatir nasihat saya itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan kehidupan orang lain. Banyak benda perlu dijaga sebab kita bukan kenal secara peribadi pun,” ujarnya. Rita mengaku, dia memang gemar berkongsi mengenai hal yang dilakukan seharian terutamanya jika dia menghadapi sesuatu masalah. “Saya lihat ini daripada sudut positif. Saya berkongsi masalah supaya perkara itu boleh menjadi pengajaran kepada sesetengah pihak. Ia juga mampu meredakan tekanan buat seketika,” ujarnya. Bercerita mengenai perkembangan terbaharunya, Rita kini sedang mempromosikan filem lakonan terbaharunya, Love, Supermoon yang akan ditayangkan pada 22 Oktober depan di seluruh pawagam tanah air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2015 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
B.O.R.I.N.G!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama jer byk
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ske lakonan die dan jg dlm age mcm skrg bodi dan muker msh menten mletop.hihihi..tp kalo personal mmg mls nk komen
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rita ni tengok zaman 90an rupa dia lain. Tak secantik sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka bernikah pada 25 Februari 2008 dan bercerai talak satu pada 5 September 2015 selepas lima tahun berkahwin.

x edit ke

Ada memberi komen supaya saya melupakan hal silam. Memang saya sudah lama lupakan, tetapi mereka yang sering teringat-ingat cerita silam saya. Jadi siapa sebenarnya yang belum melupakan,” tanya wanita berusia 39 tahun ini.
- mereka tu siapa... bkn ko sendri ka yg buka mulut psl rumahtgga ko... baik bediam diri la rita.. asal ko bckp ada ja yg kantoi xmatching pckapan dan tindakan ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2015 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol muka plastik ni duk buat ayat wanita bayangan sorga pulak

Pleaseeeee...mulut ko yang longkang, nak salahkan orang pula
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ira_229 at 25-9-2015 02:36 AM

Yelah tu... :zz :zz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2015 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Next.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
perembes replied at 23-9-2015 07:37 PM
Mereka bernikah pada 25 Februari 2008 dan bercerai talak satu pada 5 September 2015 selepas lima tah ...

Uols jgn...nnti kita yg dok kutuk rr ni dikata kaki royan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 09:19 AM | Show all posts
Apasal muke tak flawless and kulit tak cerah? Bijik2 ade didahi. Kat insta lelawa je gambar licin muke.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh....cakap je dah move on
Lps tu meroyan lg mcm sakai kt media sosial
Sakit hati sgt ko tgk org lain bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 10:35 AM | Show all posts
Alhamdulillah. Harap RR move on sungguh2 dan tak meroyan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Iyolaahhh..mulut je kata dah lupakan. Tapi nnti meroyan gak kt laman sosial & kat wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 12:19 PM | Show all posts
Kalo betul betul da lupakan kisah silam, good for u la RR n now bole la stop talking about them at all
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah nk caya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2015 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
calling @Orange1
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh agak dh.. asal keluar je citer dia ni mesti ada sangkut nama ex. Boring!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 10:11 PM | Show all posts
bagus lah tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 11:44 PM | Show all posts
Dah boleh move on la ni ye rita. So bila nak bg anak2 tu dekat bapak kandung diorg n bawak pegi jumpa dgn adik baru diorg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070606 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list