CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1910|Reply: 17

[Tempatan] MCKIP Terima Lagi RM2.2bilion Pelaburan Baru

[Copy link]
Post time 21-9-2015 06:51 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) merekodkan pencapaian cemerlang apabila berjaya meraih dua pelaburan baharu berjumlah RM2.2 bilion dari China.

Pelabur yang terlibat adalah Guangxi Zhongli Enterprise Group Co. Ltd. (Guangxi) dan Zkenergy (Yiyang) New Resource Science & Technology Co. Ltd. (ZKenergy) masing-masing dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion dan RM200 juta yang akan memfokuskan kepada pembuatan porselin dan seramik serta pembangunan pusat kejuruteraan dan pengeluaran hasil tenaga yang boleh diperbaharui.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan ECER (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, menerusi pelaburan baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan yang berjaya ditarik masuk oleh MCKIP setakat ini bernilai RM12.8 bilion.

Jelas beliau, pelaburan terbabit turut membuktikan komitmen yang kukuh dan daya saing oleh MCKIP dalam menarik minat pelabur antarabangsa untuk melabur di taman perindustrian itu yang dijangka akan memberi manfaat ekonomi seperti wujudnya peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Malah pelaburan yang dilakukan oleh ZKenergy sekali gus akan meletakkan MCKIP sebagai peneraju peringkat global bagi taman perindustrian hijau dan mesra alam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah Jebasingam, dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan Malaysia peruntukan berjumlah RM1.5 bilion juga disediakan sebagai insentif dan infrastruktur dalam menyokong projek pembangunan MCKIP itu.

“ECERDC kini sedang dalam proses pelaksanaan membangunkan infrastruktur utama MCKIP yang meliputi pembinaan dan penambahbaikan rangkaian jalan raya yang menghubungkannya dengan Pelabuhan Kuantan serta menaiktaraf kemudahan bekalan air, elektrik dan komunikasi.

“Pembinaan persimpangan bertingkat di pintu masuk utama MCKIP dan kerja menaiktaraf persimpangan Sungai Ular ke Pelabuhan Kuantan serta pembinaan jalan masuk utama, bekalan air dan infrastruktur sokongan lain sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap menjelang Februari tahun hadapan,” ujarnya.

Selain itu, pembangunan kilang keluli Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. (Alliance Steel) di MCKIP juga sedang rancak berjalan dan dijangka akan mula beroperasi pada suku keempat 2017.

Jebasingam berkata, antara komponen utama dalam pembangunan MCKIP adalah projek peluasan Pelabuhan Kuantan yang akan menyaksikan pelabuhan berkenaan menggandakan kapasiti sedia ada kepada 52 juta tan berat muatan setahun.

“Projek terbabit akan dilaksanakan sebagai inisiatif kerjasama antara sektor awam dan swasta masing-masing dengan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion oleh kerajaan serta RM3 bilion oleh Kuantan Port Consortium (KPC) sebagai pemegang konsesi pelabuhan berkenaan,” katanya.

Di bawah inisiatif kerjasama itu, pihak kerajaan akan membina tembok penahan ombak sepanjang 4.7 kilometer serta menaiktaraf infrastruktur luaran bagi menyokong projek perluasan pelabuhan sementara KPC akan menjalankan kerja-kerja pengorekan utama, penebusgunaan tanah dan pembinaan kawasan berlabuh kapal serta lain-lain infrastruktur pelabuhan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ ... thash.9Izn41OA.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 07:25 PM | Show all posts

Layannnn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 08:32 PM | Show all posts
Itu loji Alliance Steel akhirnya dalam pembinaan gak. Woohoo
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 08:42 PM | Show all posts
tompek meke cuci duit.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 08:50 PM | Show all posts
Al-Patih replied at 21-9-2015 08:42 PM
tompek meke cuci duit.....

Ye ke bro ? Hehe. Tak kisah lah. Asalkan malaysia dapat manfaat ekonomi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2015 08:57 PM | Show all posts
Pelabur China amat dialu alukan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 08:58 PM | Show all posts
Msia dgn china kamceng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2015 09:00 PM | Show all posts

Betul bro.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 10:06 PM | Show all posts
Geng baju merah tak nak buat demo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 10:14 PM | Show all posts

Iya ke? Dgn cina tempatan kenapa benci sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 10:30 PM | Show all posts
nolya replied at 21-9-2015 10:14 PM
Iya ke? Dgn cina tempatan kenapa benci sangat.

Mana ada benci ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 10:30 PM | Show all posts
nolya replied at 21-9-2015 10:14 PM
Iya ke? Dgn cina tempatan kenapa benci sangat.

Mudah aje sis, Cina Malaysia suka warna kuning, Cina PRC suka warna merah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 10:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 10:51 PM | Show all posts
Otaku85 replied at 21-9-2015 10:06 PM
Geng baju merah tak nak buat demo ke?

Apahal nak berdemo plak ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2015 12:06 PM | Show all posts
Edited by wwwvvvwww at 22-9-2015 04:13 PM

Kipidap. Dongibab


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 04:36 PM | Show all posts
nolya replied at 21-9-2015 10:14 PM
Iya ke? Dgn cina tempatan kenapa benci sangat.

Siapa cakap sy benci sgt?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2015 06:55 PM | Show all posts
Itu ZKEnergy nampak macam nak buat kilang turbin angin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.068434 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list