View: 3670|Reply: 18
|
[Tempatan]
Pesan Dr M Kepada Pak Lah "Harap Baca Buku Ini"
[Copy link]
|
|
Kebetulan jumpa artikel ini saja nak share
Bahan asal dari Arkib Negara Malaysia
PM galak menteri2 baca buku kata Abdullah
KUALA LUMPUR, Jumaat
— Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menggalakkan menteri kabinetnya membaca buku, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.
"Kadangkala beliau membeli beberapa naskah buku yang sama dan mengedarkan kepada anggota kabinet serta beberapa pegawai kerajaan,"
katanya ketika merasmikan Pesta Buku Malaysia 1982 di Universiti Malaya hari ini.
Kira-kira 23,000 tajuk buku dipamerkan oleh 200 penerbit buku termasuk penerbit dari negara-negara ASEAN dan Sri Lanka.
Tujuh ribu tajuk adalah dalam Bahasa Malaysia. Pesta sembilan hari itu dianjurkan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia.
Datuk Abdullah berkata, Datuk Seri Dr Mahathir memang terkenal dengan kepimpinan melalui contoh tauladan.
"Dalam soal membaca, berbagai buku baru mengenai bermacam bidang ilmu pengetahuan dibeli dan dibacanya," jelasnya.
Beliau berkata, Perdana Menteri gemar membaca buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan.
Datuk A b d u l l a h menyatakan demikian dalam ucapannya untuk menggalakkan rakyat mencontohi sikap Perdana Menteri supaya rajin membaca di samping menambahkan pengetahuan.
Menurutnya, beliau sendiri juga menerima bungkusan berisi buku dari Perdana Menteri. Dalam bungkusan tersebut tercatit perkataan "harap baca buku ini".
Selain itu, menteri-menteri kabinet juga diberikan senarai buku-buku untuk mereka beli dan baca. Sementara itu, Datuk Abdullah Ahmad Badawi juga berkata kabinet telah meluluskan peruntukan $100,000 kepada Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MKBK).
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Galak baca buku tp library kt msia cam haram jadah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul cam haram jadah sila buat komplen kepada perpustakaan negara
listkan setiap satu masalah dgn terperinci
dan kalau ada cadangan yg baru kongsila dgn mereka
mana tau lepas hang komplen semua library awam jadi lebih baik
|
|
|
|
|
|
|
|
cabalero replied at 4-9-2015 06:53 PM
kalau betul cam haram jadah sila buat komplen kepada perpustakaan negara
listkan setiap satu ma ...
Malaysia dh brp lama merdeka... Librarian pun lulusan masing2 gah dr luar negara/ dlm negara...brp byk kempen membaca etc dibuat...belum lg masing2 buat lawatan ke library sana sini esp luar negara nk menambah baik konon... But sorry up till now malaysian library sangat la ketinggalan...cadangan berapa byk pun x pernah improve... Masih di tahap menyedihkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Seri Mahathir tak galakkan jemaah menterinya membaca novel seram The Curse Of Rossy? Atau novel Hairy Rossy And The Precious Ring? Ataupun buku matematik berjudul 1 + M + D+ B = 2.6 B ke? |
|
|
|
|
|
|
|
katanya ketika merasmikan Pesta Buku Malaysia 1982 di Universiti Malaya hari ini.
Forum CARI pun belum ada waktu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap sudah dalam perancangan. Mereka dah mula contact Nixar untuk menjadi Moderator.
|
|
|
|
|
|
|
|
pak lah bkn ke malas membaca?
|
|
|
|
|
|
|
|
Yups...membaca amalan mulia.
teringat ungkapan Encik Darcy kepada Cik Puan Bingley dalam nada sinikal ketika Cik Puan Lizzy Bennet disindir sinis oleh Cik Puan Bingley on her reading habits.
Lelaki yg baik suka membaca. |
|
|
|
|
|
|
|
surah quran pertama yang diturunkan ingat lagi tak apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 4-9-2015 08:27 PM
Yups...membaca amalan mulia.
teringat ungkapan Encik Darcy kepada Cik Puan Bingley dalam nada sin ...
Pride n prejudice... If only ada laki mcm mr.darcy i pn nk |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau jugak apa kekangan yang timbul dengan library and librarian kita
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki suka membaca (buku) adalah sexy.
Kbai |
|
|
|
|
|
|
|
yes, i love the kinds of mr darcy...rare species. he sees her through.
|
|
|
|
|
|
|
|
bacalah novel 50 Shades of Grey |
|
|
|
|
|
|
|
yep...17th ramadhan...bacalah dengan nama tuhanmu........
|
|
|
|
|
|
|
|
No doubt Al-Quran turun pada bulan Ramadan. Tapi ada scholars berpandangan tarikh penurunan Al-Quran pada 17 Ramadan tu tak tepat, kerana kan dalam surah al-Qadr mengatakan Quran diturunkan pada malam LailatulQadr? dan Rasulullah pun suruh kita mencari malam LailatulQadar pada 10 malam terakhir Ramadan kan? Jadi pendapat Quran diturunkan 17 Ramadan dikritik oleh ramai ulamak dengan alasan bercanggah dengan hadis sahih.
|
|
|
|
|
|
|
|
al alaq diturunkan bila?
tak pa nanti i buat further reading on this.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|