CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2782|Reply: 5

apa yg berlaku ni? (pening+cirit-birit+kebas tangan+muntah+jantung kencang)

[Copy link]
Post time 1-9-2015 02:28 PM | Show all posts |Read mode
jack mengalami simptom-simptom seperti:

1) pening seperti dunia berpusing 180 darjah (cuba korang depa tangan pusing setempat) macam itulah
2) penyahtinjaan (cirit-birit tidak berterusan)

3) tangan terasa seperti kejang atau kebas-kebas atau macam aliran elektrik dihujung tangan (sejuk tangan jugaklah) kaki tiada rasa begitu, cuma sejuk kena air

4) apabila penyahtinjaan tidak berlaku simptom memuntahkan isi perut bertalu-talu mengautomatikkan diri bagi mengeluarkan toksin atau racun dari dalam tubuh.Tetapi tidak keluar apa-apa sebab tidur dengan perut kosong.Apabila aktiviti penyahtinjaan aktif semula barulah penolakkan isi perut berhenti serta-merta.

5) dalam bergelut tahan sakit pening, degupan jantung seperti tidak normal dan pantas.Begitu juga alur pernafasan pantas seakan lelah.(tiada sakit asma)

6) titik kekejangan perut juga berlaku (secara melintang) setelah hampir separuh isi tinja dinyahkan dari sistem badan, melintang seakan-akan kedudukan usus besar yg dalam diagram biologi tubuh tu...

simptom ini berlarutan selama sejam (sejam jack mengurungkan diri dalam toilet) nak tidur dalam toilet je rasanya
habis saja proses penyahtinjaan berlaku pening,mual,kebas-kebas,jantung kencang hilang serta merta serentak,
cuma sekarang pening masih bersisa tetapi tidak mengganggu sangat.

<Jam 5:44am>Awal kejadian
semasa dalam tidur boleh terasa pening yg amat sangat sedangkan dalam posisi baring, cuba juga melelapkan mata semula dan sambung tidur nampaknya tidak berkesan, terus duduk dan menuju ke toilet.

<Sejam seperti penjelasan diatas>

<7:45am>Keluar toilet
berehat dan lelap semula

<12noon>sarapan roti coklat tarikh luput 4 sept harharhar , sambil minum air garam (ORS)

persoalannya apa yang berlaku ni? keracunan makanan ke, sebab tiada aktiviti penyahtinjaan susulan selepas kejadian sejam ini..

korang yang lain-lain pernah ke tidak mengalami simptom seperti ini atau iras-iras kambing macam yang jack alami...sembang sinilah weiii



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 02:59 PM | Show all posts
cirit birit cam food poisoning. ntah tak tahu. cuba minum air kelapa. mujarab utk food poisoning. at least eliminate suspect food poisoning tu. get well soon jack
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 11:21 AM | Show all posts
simpton mcm makan ubat kurus express je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 06:48 PM | Show all posts
munchkin replied at 1-9-2015 06:59 AM
cirit birit cam food poisoning. ntah tak tahu. cuba minum air kelapa. mujarab utk food poisoning. at ...

terima kasih,

air kelapa ya' okay
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 06:55 PM | Show all posts
foxnike replied at 2-9-2015 03:21 AM
simpton mcm makan ubat kurus express je

ya ke'

tapi jack tak makan apa2 ubat atau supplement

makanan asasi sahaja...musykil

oohh macam itu rupanya kesan ubat kurus..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 09:50 PM | Show all posts
popjack replied at 3-9-2015 06:48 PM
terima kasih,

air kelapa ya' okay

cubalah dulu jack yea. get well soon again
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.229995 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list