CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2907|Reply: 2

Kelemahan Perempuan Tetapi Sebenarnya Adalah Kekuatannya

  [Copy link]
Post time 30-7-2015 02:16 PM | Show all posts |Read mode


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Saban hari kita mendengar rungutan perempuan pelbagai pekara sama ada di kehidupan seharian mahupun di laman sosial. Memang benar setiap manusia yang bernyawa mempunyai kelemahan yang tersendiri begitu juga seorang perempuan mempunyai kelemahan tersendiri.

Terutama bagi perempuan muslim yang terikat dengan beberapa aturan dalam agama. Dan itulah mengapa kaum feminis berkata susah menjadi wanita atau perempuan, kerana melihat beberapa aturan ini:



1. Perempuan auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Perempuan perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Perempuan saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Perempuan menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Perempuan wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Perempuan kurang dalam beribadah karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk “memerdekakan hak perempuan.”

Tapi, lihatlah sebalik dari kelemahan itu. Dibalik kelemahan tersebut perempuan memiliki kekuatan yang teramat besar.

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang perempuan.

2.Perempuan perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya.



Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu."

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.


Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”




3. Perempuan menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/ wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.


4. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini. Dan tahukah jika ia meninggal dunia kerana melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.


5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung- jawabkan terhadap 4 prempuan, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang perempuan tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang Perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi perempuan jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah, demikian sayangnya Allah pada perempuan. Namun, kelemahan yang paling nyata bagi seorang perempuan itu adalah “perempuan selalu lupa betapa berharga dirinya.”


Dirinya mahal tetapi di biarkan dirinya ............


Subhanallah,semoga kamu mendapatkan ketenangan hidup yang hakiki, berjaya di dunia, dan di akhirat masuk surga firdaus tanpa hisab bersama para Nabi dan Rasul. Aamiin ya Allah
http://www.akupenghibur.com/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 01:36 AM | Show all posts
Happy je baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 12:35 PM | Show all posts
Ini menghadirkan masalah bagi wanita Muslim. Menurut kepercayaan yang dianut secara luas ini, mapquest driving directions wanita Muslim yang ingin menjadi Muslim yang baik dan yang ingin menggunakan hak-hak mereka harus menghadapi ketidaksepakatan dan kemarahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053675 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list