CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4810|Reply: 1

[Idea] Buka Matahati, Taufiq

[Copy link]
Post time 14-6-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dibentangkan beberapa panduan untuk memimpin manusia ke jalan yang lurus. Menuntut ilmu agama dan mengamalkan ia semata-mata tanpa penghidupan ruh untuk berhubung dengan Tuhan adalah percuma sahaja kerana kita masih belum mampu memahami hakikat tujuan kita dihidupkan di muka bumi.  Untuk itu, membuka mata hati adalah penting supaya kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba asli yang taqwa dan beriman. Pokok pangkalnya, segala butiran yang dikongsi di bawah ini adalah perlu berniat semata-mata kerana Allah swt. Kita mulakan dengan proses penyucian/filter segala syaitan halus(benda tidak baik) yang tercampur dari tubuh badan serta aktiviti harian.

1. Sumber makanan -

Makanan yg halal dilihat dari sumber yang baik. Makanan organic/usaha sendiri tanpa unsur kimia toksik adalah terunggul baik.
Sumber makanan juga dari usaha pendapatan yang halal.
Makanan itu adalah makanan yang dimakan sebagai niat bekalan tenaga beribadah seperti bersolat, bekerja, bersenam dan sebagainya. Bukan untuk mengenyangkan, bukan yang sedap lazat, bukan beraneka jenis dan bukan yang mahal mewah.

Makanan yang tidak ditambah dengan bahan-bahan yang shubhah, pengawet, yang tiada unsur haram seperti gelatin haiwan yang tidak halal/ tidak disembelih mengikut syarak adalah tidak baik.
Makanan yang tidak bercampur bahan sintetik atau bahan tiruan seperti hormon, pewarna, pengawet atau perasa.
Makanan yang tidak merosakkan/menjejaskan organ dalaman dan luaran. Elakkan makanan segera seperti mi segera, ayam paket segera, sosej, burger, dan restoran yang menyediakan makanan segera misalnya kerana mengandungi banyak bahan aditif yang merosakkan akal. Elakkan makanan yang tidak segar, makanan berproses, dan makanan kotor.
Makanan yang berkhasiat adalah yang disarankan untuk dimakan seperti makanan yang dimakan Rasulullah saw.  
Berpuasa adalah terlebih baik untuk menguatkan ruhani dan mental. Antara hikmah berpuasa, untuk menyingkirkan toksik, merehatkan organ dari bekerja berat memproses makanan sepanjang hari, menguatkan spiritual, menajamkan akal, mengurangi nafsu jahat yang kebanyakannya berasal dari organ yang lemah akibat makanan yang tidak baik atau terlebih makan.

2. Sumber pendapatan

Iaitu hasil dari pekerjaan yang baik, ikhlas serta bersungguh-sungguh tanpa penyelewengan. Bekerja dengan jujur, amanah, dan bertanggungjawab.
Tidak menyerap rasuah/pau/judi.
Bekerja dengan syarikat yang baik yang tidak terlibat dengan permainan kotor seperti riba, rasuah, atau saham perjudian haram. Kerana hasilnya nanti akan dikongsi bersama pekerja sebagai bonus tahunan. Yang akan memudaratkan sumber pendapatan kita.
Bekerja yang tidak merosakkan diri seperti menjual maruah.
Jangan sesekali kita berfikir untuk mencari/ mengumpul wang dan harta untuk kesedapan dunia. Yang kaya, membina kediaman yang mewah, berhias megah dan perabot mahal, berkereta mewah, - bermakna hati masih belum bersih untuk berjumpa Tuhan. Harta yang terkumpul banyak membuatkan hati sayang ke dunia melebihi sayang Allah.
Harta yang banyak itu wajib dihulurkan kepada yang susah. Harta benda banyak yang Allah kurniakan kepada kita hakikatnya bukan untuk kita nikmati untuk diri kita sendiri, seperti shopping sana sini dan berseronok merasa keselesaan tetapi ia adalah amanah yang Allah berikan untuk kita jaga dan serahkan kepada yang susah. Sehingga tidak ada harta benda yang kita sayangi lagi. Itulah yang terbaik mengikut Rasulullah SAW. Dengan ini hati merasa lapang untuk bertemu Allah.

3. Menjaga lidah

Banyakkan berdiam dari berkata- kata kerana, lidah/isi hati yang manjadi luahan suara/keyboard, adalah lebih bahaya apabila kita tersalah mengeluarkan perkataan yang tidak baik.
Menyinggung perasaan orang adalah perlu dielakkan.
Banyak berkata kata perkara kosong/gossip akan mengeraskan hati. Hati yang keras menjadi gelap, hati yang gelap/hati yang berdosa sukar menerima ilmu yang bermanfaat. Mata hati akan menjadi rosak. Yang benar dicerca, yang salah disokong. Hati tidak mengenal haram halal, baik atau tidak baik.
Diamlah walaupun benar, demi untuk menjaga perasaan masing-masing, supaya kita boleh mengelak sengketa, menambahkan keakraban dan berkasihan sesama. Itulah sifat matang dan percaya adanya Allah menjaga memberi redha.
Elakkan mengadu domba, memfitnah dan mengeji, menyebar aib orang, dan berlidah cabang. Berdoa untuk orang lain agar diri kita juga dikurniakan rezeki berupa petunjuk dan hati yang bersih dari godaan nafsu tidak baik.

Alihkan hati dari merasa keburukan orang. Carilah kebaikannya supaya kita sentiasa bahagia hati.
Nasihat dengan cara yang lembut dan sopan supaya masing-masing berlapang dada. Tidak perlu bertelagah pandangan, bicara yang wajib sahaja. Senyum, tidak mengambil hati dan berterima kasih sudah memadai. Ini untuk mengelakkan rosak dan terbeban hati akibat berduka dan bermasam muka. Banyakkan berdoa secara beradab, dan minta pada Allah tanpa jemu untuk dikurniakan terang mata hati.

4. Menjaga hati

Hati dilindungi dari segala sifat negatif seperti sombong/riak dengan harta dan ilmu serta amalan, atau merasa diri sudah hebat, bangga dengan nama, kedudukan dan pencapaian hidup di mata masyarakat, memandang rendah orang lain dan memperlekehkan pandangan orang yang jujur/tulus, tidak sedar atau buat -buat tidak sedar bahawa Allah memperhatikan setiap kata hatinya.
Oleh itu sentiasalah merasa diri kita lemah dan kosong dari kelebihan yang dikurniakan seperti ilmu, harta, bakat, kerana ia cuma dipinjamkan sebentar sahaja dan wajib digunakan untuk membantu orang lain dengan bermanfaat, kerana akan ditarik balik segala kelebihan itu pabila kita dicabutkan nyawa.

5. Bermaafan

Minta maaf dan memaafkan semua orang terutama ibu bapa, guru, rakan taulan dan orang lain yang pernah kita berbuat dosa kepadanya atau berbuat doa kepada kita. Ini membantu kita merasa ringan hati dari sifat marah dan dendam, lalu membuka kelapangan dada.
Solat taubat selalu dan bersungguh meminta Allah mengampuni dosa kita,dari dulu, kini dan selamanya.

6. Redha, syukur

Merasa cukup hidup apa adanya tanpa mengomel dan nestapa.
Tidak menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesiapa atau apa jua kerana sungguh Allah menurunkan dugaan kerana hendak kita berfikir hikmahnya, dan boleh jadi kesilapan diri kita sendiri yang mengikut hawa nafsu.
Perbaiki niat, akhlak melalui penyucian hati seperti yang disenaraikan di atas. Sabar dan terus bersabar melawan syaitan.
Walaupun sukar, usaha cekalkan hati dan teruskan bertabah kerana ganjaran besar bagi yang hebat tahap kesabarannya.
Hidup yang direhai Allah apabila kita menyerahkan segala urusan kita bulat-bulat kepada Allah bermaksud, kita janganlah banyak songeh. Kita perlu banyakkan kesabaran dan ketakutan kepada azab Allah.
Dengan ini dapat meluluhkan hati yang telah keras itu. Dan hati akan merasa bahagia walau berdepan ujian dunia.

Setelah kita melalui proses penyucian hati ini dengan baik, insyaAllah diberikan petunjuk dan dibuka mata hati kepada kita sedikit-sedikit mengenai cara kita melihat alam ini, berbeza dari yang sebelumnya. Kita seolah-olah mampu memahami dan penuh penghayatan sifat- sifat alam, merasa dunia ini hancur lebur tiada yang berkuasa lagi melainkan Allah saja wujud. Merasa diri kita seperti habuk yang tiada daya upaya di sisi Allah. Dikurniakan ilham yang benar, boleh membezakan antara syaitan dan cahaya kebenaran, bijaksana dan sukar diperbodohkan oleh anasir yang tidak baik, dan mempunyai perspektif yang sangat berbeza dari orang lain mengenai hal dunia mahupun akhirat kerana fikirannya tidak terbatas oleh peraturan manusia dan adat-adat teknologi yang menyengetkan minda. Fikirannya mampu memandang dengan lebih luas mengenai hakikat. Kita mampu menghuraikan dengan mudah segala persoalan yang sukar. Ini adalah kerana kita telah hampir mengenal maha Pencipta. Malah berusaha untuk mengabdikan diri serta menjauhi keduniaan dan material.

Antara tanda-tanda kita memperoleh cahaya petunjuk secara berperingkat adalah kita lalu menangis teresak-esak yang sangat luarbiasa tusukannya pada hati jantung kita, biasa datangnya apabila kita sedang berdoa, berzikir, atau mengenang kebesaran Allah.

Kemudian, teruslah mencari ilmu Allah yang bermanfaat dan haq dengan bergurukan arifbillah serta dibantu diterangi oleh firasat mata hati kita yang tak mudah tersesat dalam bimbingan Allah yang melindungi, bahkan kita mudah menerima dan mengamalkan ilmu baik, lembut/terangnya matahati mudah fahami yang tersirat, mudah mengenal ilmu salah/bathil, tidak mudah hanyut dalam nafsu negatif, menghormati segala makhluk, empati, dan seronok berbuat amalan harian tanpa bebanan hati, kerana yakinnya dengan kuasa Allah yang memberi rahmat..Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan memperoleh keredhaan dan keberkatan hidup dunia dan akhirat


***Taufiq tidak akan diberikan oleh Allah SWT, melainkan kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan mendekatkan diri kepadaNya.

Dalil surah alAnkabut ayat 69, mafhumnya;
Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri kepada meraka akan jalan- jalan Kami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2015 12:18 AM | Show all posts
good info .. thanks ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.476710 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list