CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5896|Reply: 9

Amalan Puja Duit

[Copy link]
Post time 12-6-2015 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Cerita ini dapat dari seorang teman kpd teman dan benar- benar berlaku. Saudara ni dalam keadaan tak berduit dan seseorang dalam keadaan terdesak mcm tu sanggup melakukan apa sahaja. Tentang imannya pula bagaimana untuk mempercayai perkara tu wallahualam.
Upacara dimulakan bila- bila masa dgn berzikir di suatu tempat yang diketuai seorang hamba Allah yang mampu menurunkan atau memunculkan duit dari mana itu tak tahu. Setiap kumpulan akan ada shift masing2 dan bergantung pd nasib kumpulan mana yg akan terima duit pd waktu yang dianggap bertuah. Dan jgn dianggap pelik shift ini ada juga dihadiri oleh mereka yg bergelar ustaz.
Saudara ini juga bercerita pd teman yang pada waktu shift nya memang duit tetiba muncul depan mata dalam keadaan selonggok besar tetiba hilang. Dikhabarkn wang itu pernah dicuri oleh makhluk jahat yg dapat hidu wang itu akan turun biasanya dari pengaruh sihir yg lain dgn tujuan mencuri wang tersebut. Sejauh mana syiriknya duit itu wallahulam kerana duit yang diperoleh sebahagian besar akan disedekahkan kpd fakir miskin. Bila dgr cerita ini ada jugak terfikir dari mana datangnya duit itu dan mestilah dari bantuan jin atau makhluk ghaib kn?
Misteri tapi benar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 10:13 PM | Show all posts
Duit diperoleh dari bantuan makhluk halus.
Makhluk halus diseru melalui jampi mantera, samaada ia dicipta sendiri, diambil dari potongan ayat al quran mahupun bible, atau dipelajari dari guru, ada juga dicampurkan dgn ritual2 tertentu, contoh asap kemenyan, lilin.

cara kedua khadam pedamping diri, yg kita peroleh dari meditasi/bertapa dicampurkan dgn amalan berpuasa tertentu sbg syarat utk menuntut hajat dan juga jampi mantera, 7 cakra (tenaga dalam).

Pedamping diri terdiri dari pelbagai jenis agama. Ada yg beragama islam, kristian, jahat, baik, bergantung pada amalan puasa dan seruan mantera.

Jangan tanya mana aku tahu semua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 10:17 PM | Show all posts
Ekslusif hanya di tred ini ku persembahkan hanya disni:

SEBAB BACA MANTRA 1.0:

1.0: Untuk menyeru makhluk, khadam atau semangat yang sama sifatnya dengan bacaan mantra.
-------------------------------------------
Kesimpulan 1.0: Cipta mantra yang ada kaitan dengan ciri2 makhluk halus yang dirasakan wujud. Contoh bunian,
langsuir, pontianak, jin harimau pedamping, atau apa2 je yang dirasakan wujud, harus serasi dengan bacaan mantra.

SEBAB PUASA UNTUK DAPATKAN KUASA GHAIB 2.0:

2.0: Untuk mempermudahkan proses pedampingan atau penyatuan semangat, makhluk halus atau khadam ke dalam badan
penyeru.
-------------------------------------------
Kesimpulan 2.0: Puasa untuk menyucikan badan dari racun2 yang terdapat dari makanan yang dimakan, agar mempermudah
penyatuan makhluk tertentu yang diseru untuk berdamping ke dalam badan. Jika terdapat racun, maka jin2 tertentu akan
sukar untuk berdamping.

Kesimpulan 2.1: Puasa juga untuk mempermudahkan penyatuan semangat untuk berdamping, contoh bertapa di tempat yang
dirasakan banyak makhluk halus agar proses pedampingan lebih cepat dan mujarab. (dlm konteks ini, bertapa dan
melakukan solat2 tertentu untuk penguasaan ilmu ghaib juga diklasifikasikan sbg puasa).

SUMBER HADIRNYA KUASA GHAIB DI DALAM BADAN 3.0:

3.0: Apabila khadam ada di dalam badan.
-------------------------------------------
Kesimpulan 3.0: Apabila khadam ada di dalam badan, maka segala ilmu2 atau kuasa2 ghaib akan wujud, dan jenis2 kuasa
pula bergantung pada mantra, permintaan penyeru dan juga kemampuan jenis khadam tersebut. Hanya khadam tertentu
shj yang mampu memberikan kuasa yang tertentu.

CARA-CARA UNTUK DAPATKAN ILMU GHAIB 4.0:

4.0: Dengan melakukan puasa, mantra, meditasi dan pengisian.
-------------------------------------------
Kesimpulan 4.0: Mantra boleh dicipta pelbagai cara. Mantra boleh diambil dari potongan ayat al-quran, agar kuasa itu
tidak diragui oleh si pengamalnya yang beragama Islam dan agar pedamping khadamnya juga beragama Islam, mantra juga
boleh dicipta menggunakan kreativiti sendiri, namun haruslah berhati-hati dan haruslah mempunyai ilmu tentang mantra
yang ingin dicipta, mantra juga boleh diambil dari mana2 potongan ayat contoh di dalam novel, mahupun kitab bible
yang mungkin pedampingnya pula beragama Kristian.

Kesimpulan 4.1: Meditasi adalah untuk memperkuatkan tenaga dalam (Chi). Apabila tenaga dalam ini sudah cukup kuat,
maka penguasaan ilmu ghaib dan pembelajaran ilmu ghaib akan lebih mudah dan mujarab. Maka anda akan mudah menguasai
pelbagai ilmu ghaib dengan pantas contohnya ilmu kebal, pedampingan khadam, penguasaan ilmu untuk melihat makhluk
halus dsb.

Kesimpulan 4.2: Pengisian adalah pemindahan kuasa oleh si guru kepada orang yg dikehendakinya dengan melakukan
jurus2 tertentu, atau contoh kedua adalah dengan 'mengijazahkan' ilmunya kpd orang lain. Jika si guru berniat untuk
tidak merestui 'pengijazahan' tersebut atau tidak mendapat restu, maka ilmu akan gagal diisi atau dipindahkan, maka
pengisian juga akan gagal.

Kesimpulan 4.3: Puasa merupakan penyucian diri dari segala tenaga2 negatif di dalam badan dan racun2 di dalam badan.
Dengan puasa2 tertentu, maka badan akan bersih dari tenaga2 negatif dan racun2 badan, sekaligus mempermudahkan
pedampingan khadam untuk penguasaan ilmu kuasa ghaib setelah badan 'bersih'.

Kesimpulan 4.4: Penguasaan ilmu ghaib hanya akan menjadi dengan usaha sahaja. Jika ada sesiapa yang menawarkan
penguasaan ilmu secara segera dengan bayaran tertentu tanpa perlu berusaha maka ada kemungkinan yang ia
hanyalah satu penipuan untuk kepentingan diri individu tersebut. Namun ia tidak pula sama dengan kaedah pengisian.

LANGKAH2 UNTUK MENDAPATKAN ATAU MENGUASAI ILMU GHAIB TERTENTU 5.0:

5.0: Dengan mengaktifkan chakra, tenaga dalam, atau juga disebut sebagai chi. Dengan melakukan wirid2 atau mantra2
tertentu.
-------------------------------------------
Kesimpulan 5.0: Di dalam badan manusia, terdapat 7 jenis chakra. Chakra adalah kunci atau perkara paling asas/basic
bagi segala penguasaan ilmu ghaib. Tanpa chakra, maka penguasaan ilmu mungkin mustahil terjadi, bahkan anda berlatih
ilmu tersebut selama bertahun2 pun masih belum tentu anda akan dapat menguasainya, ini kerana chakra anda tidak
aktif. Chakra2 ini akan 'mati' jika tidak diasah dan perlukan usaha untuk mengaktifkannya dengan meditasi khusus.
Apabila kesemua chakra2 atau chakra2 tertentu menjadi aktif, maka penguasaan ilmu ghaib akan lebih mudah, cepat dan
mujarab.

Kesimpulan 5.1: setelah chakra2 ini menjadi aktif, maka barulah anda mulakan untuk melakukan amalan puasa, membaca
mantra dan seumpamanya. Maka keberhasilan penguasaan ilmu akan meningkat ke tahap maksimum 100%. Maka proses
pedampingan lebih mudah dengan adanya tenaga2 chakra ini agar pedamping khadam anda mampu memanipulasi tenaga2
chakra ini menjadi kuasa ghaib sebagai contoh ilmu kebal, di mana kulit2 anda diselaputi tenaga2 chakra yang tidak
dapat dilihat, hingga benda tajam tidak mampu menembusi kulit, ataupun memanipulasi tenaga2 chakra tersebut terhadap
sesuatu objek, contohnya memakan kaca. Maka tenaga chakra akan melindungi diri anda dari ketajaman kaca.


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 10:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 03:54 AM | Show all posts
jom kita puasa ramadan nanti. tak payah ler puasa2 untuk buat benda2 syirik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 09:05 AM | Show all posts
bukan la ustaz namanya kalau dah join puja tarik duit semua ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2015 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sgbuloh replied at 13-6-2015 03:54 AM
jom kita puasa ramadan nanti. tak payah ler puasa2 untuk buat benda2 syirik tu.

Hmmmm...sahur ari pertama nk makan ape ek?

Alamak...abam lupa ari ni org gotong royong bersih surau...huhhhuuuuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
amalan puja duit atau tarik duit?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2015 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 14-6-2015 09:13 PM
amalan puja duit atau tarik duit?

Diaorg mcm bezikir berhari- hari gitu sampai duit turun. Dan kerja diketua oleh hamba Allah yg dah umur dalam 80-90 an gitu. Kiranya hamba Allah ini yg menjadi perantara dgn alam satu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahkak kerja hari2 pun duit turun.xyah nak tarik2 bagai.

P/S:akak Pernah tengok duit org tarik cara batin gini..tapi duitnya pelik.Ada yang Tengkolok agong terbalik etc etc. Ahkak syak jin silap tarik dari sindiket pemalsuan wang palsu.bukan BANK negara.lol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.140235 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list