CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8795|Reply: 66

[Tempatan] Hati-Hati Jika Ingin Membeli Barang Online Dengan Gadis Pipi Gebu Ini

[Copy link]
Post time 1-6-2015 08:08 AM | Show all posts |Read mode



Berang ditipu peniaga online, seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar perbualan messenger dengan peniaga online terbabit.

Amisha, berasal dari Sabah, memuat naik gambar-gambar itu dengan caption,

"Hati-hati dengan perempuan ini. Dia dah banyak tipu duit orang. Konon jual baju, handphone dan macam-macam lagi, itu semua poyo. Dia tipu RM220. Konon minta nombor akaun nak bagi balik duit saya. Sampai sekarang tak ada. Polis pun dah cari dia. Jadi, hati-hati, dia suka tukar-tukar nama,"

Apabila didakwa cuba menipu pelanggan, peniaga terbabit memberikan alasan banyak berhutang dan terpaksa menggunakan wang bayaran pelanggannya dahulu.

"Ini bukan alasan sis, tapi kenyataan. Memang saya terlalu susah. Andaikata saya tak dapat pulangkan duit sis, beritahulah abang sis carilah saya di Persiaran Taman Meru, Ipoh, Perak.

"Saya banyak sangat hutang kena langsai. Macam-macam orang dah mesej saya. Saya tak tahu nak buat macam mana dah. Saya minta maaf sis. Sis bagi nombor akaun sis, saya akan refund duit sis semula. Saya betul-betul minta maaf.

"Saya buntu dah sis, saya cakap macam mana sekali pun sis memang takkan percaya sebab saya pesalah. Mungkin ini pengajaran bagi saya," katanya.

Menurut gambar yang dimuat naik oleh sumber, peniaga bernama Fazlina itu merupakan ibu tunggal yang telah diceraikan oleh suaminya kerana perkahwinannya dengan suami tidak direstui oleh keluarga.

Sungguhpun mempunyai anak seorang, Fazlida tetap dipulaukan oleh keluarganya menyebabkan dia terpaksa menempuhi hidup bersendirian.

"Aku nak balik pun adik beradik pulaukan aku. Itu yang aku susah kat sini. Anak aku baru 2 tahun, tengah banyak pakai duit. Itu yang aku macam orang gila cari duit.

"Aku pernah call nak cakap dengan mak aku. Diorang tak bagi. Hari raya aku telefon pun diorang tak angkat,"  katanya.

Bagaimanapun, menurut seorang individu, nama sebenar wanita itu adalah Norhafizah Abd Razak yang merupakan rakan sekolahnya yang juga orang sekampung.

"Memang dari kecil lagi dia memang kuat mencuri. Dia memang asal Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah duduk Kuantan pun. Tipu je semua itu. Bapa dia dah lama tak ada. Adik beradik dia memang tak ambil port pun pasal dia. Pasal kad bank kena pegang dengan along ke ape ke, jangan percaya apa-apa pun dia cakap. Buat report je terus,"

Difahamkan, sudah ramai yang terkena dengan peniaga online penipu ini dan telah banyak laporan polis dibuat. Namun masih tiada tangkapan yang dibuat.

Orang ramai disarankan berhati-hati membeli barangan secara online. Pastikan anda menyemak latar belakang peniaga online dan maklumbalas pelanggan terdahulu sebelum bersetuju membayar peniaga online terbabit. - THEHYPEMEDIA.COM


























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 08:14 AM | Show all posts
tak masuk akal

Anak aku baru 2 tahun, tengah banyak pakai duit.

baby baru 2 tahun .. banyak maner la guna duit

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 08:28 AM | Show all posts
nak membongak je keje. agak-agaklah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 08:40 AM | Show all posts
ermmm....kadang2 x yakin nk beli online nie, terutama yg main kutu, yg jual emas...huhu...x sanggup den..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kang dah femes satu mesia tgg laki dtg minang ko sis
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 08:54 AM | Show all posts
mana husbandnya?...smpai mcm ni isterinya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2015 08:57 AM | Show all posts
macam2 noo..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:01 AM | Show all posts
iols tetap percaya dgn membeli secara konvensional
takut nak beli2 online ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 09:01 AM | Show all posts
Muka bulat macam apam
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:02 AM | Show all posts
membusukkan nama seller on9 je...kang pasal dia seorg abis semua org tak caya kat peniaga on9
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ahkak gundu niii. .  
amboi amboi...
pandai berlakon susah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:17 AM | Show all posts
muka mintak penampar
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 1-6-2015 08:14 AM
tak masuk akal



Maybe die bajet anak die tarap retis kot
Takkan ex laki tak bg nafkah utk anak
Atau sekadar propa nak raih simpati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2015 09:19 AM | Show all posts
shernazz replied at 1-6-2015 01:12 AM
ahkak gundu niii. .  
amboi amboi...
pandai berlakon susah..

nak keje senang je tipu orang macam tu tak senonoh betul.yang penting eyeliner biru dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:19 AM | Show all posts
dah byk report tapi polis tak tangkap?
sebab tak jumpa ke sebab report di luar mukim?

muka tak macam orang susah pn
mekap sekati..kening tipis... tudung bertukar2
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 1-6-2015 09:19 AM
nak keje senang je tipu orang macam tu tak senonoh betul.yang penting eyeliner biru dekkkk

ko perati habis kan ahkak gundu ni...hahahahahaha

habis duit.malahap.nasik.paprik..mana la duit x habis...hahahahahaahhaahah..(sekadar rekaan untuk si gundu penipu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2015 09:28 AM | Show all posts
shernazz replied at 1-6-2015 01:24 AM
ko perati habis kan ahkak gundu ni...hahahahahaha

habis duit.malahap.nasik.paprik..mana la duit ...

tulah orang macam ni la yang akan susahkan seller lain(waima aku bukan on9 seller).geram aku rasa nak uli2 pipi dia sampai naik macam roti paun
kalau buyer mesti kita dah start rasa was2 kalau nak beli online.betul2 menyusahkan orang lain acik gundu ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:32 AM | Show all posts
org kampung teman ni..... memalukan jerk minah ni......
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:38 AM | Show all posts
moleknya biar penjenayah yang jejak deme nie....baru cepat dapat dapat habuan sekali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
puteri_impian replied at 1-6-2015 01:32 AM
org kampung teman ni..... memalukan jerk minah ni......

Kome kenal ke dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.077542 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list