‘Baby Erin’ yang didera kini sihatFacebook Siakap Keli memuat naik gambar terbaru bayi itu, ihsan daripada Mia Izzaraziela Shahuri, yang memaparkan keadaan Erin yang ceria dan bahagia di samping keluarga angkatnya. (Muka bayi tidak dipaparkan kerana tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak)
[size=100%]KUALA LUMPUR 20 Mei: Berikutan kes bayi didera yang menjadi viral beberapa hari lalu, ‘Baby Erin’ kini di bawah jagaan keluarga angkat yang juga bapa saudaranya dan juga neneknya.
Facebook Siakap Keli memuat naik gambar terbaru bayi itu, ihsan daripada Mia Izzaraziela Shahuri, yang memaparkan keadaan Erin yang ceria dan bahagia di samping keluarga angkatnya.
Laporan pemeriksaan kesihatan mengesahkan ‘Baby Erin’ tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Video 52 saat yang menjadi viral sejak dua hari lepas difahamkan seorang suspek bertindak ganas terhadap bayi disebabkan konflik dia bersama suaminya dan mengambil keputusan untuk merakam video.
Semalam, The Rakyat Post dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak terhadap kes itu dan suspek diletakkan di bawah kaunseling di Pusat Penjagaan Mangsa (VCO) di Perak dan bayi akan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
TRP
|