CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 3142|Reply: 1

Pelayar Web Pengganti Internet Explorer

[Copy link]
Post time 30-4-2015 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Pelayar Web Pengganti Internet Explorer Akan Dikenali Dengan Nama Microsoft Edge
Microsoft telah menguji Project Spartan pada desktop dan telefon pintar sejak beberapa minggu yang lepas, dan hari ini secara rasminya pihak Microsoft mengumumkan nama untuk pelayar web baru mereka kelak, dimana ia akan dikenali sebagai Microsoft Edge.
Microsoft Edge bakal menggantikan Internet Explorer, dan hadir sebagai aplikasi universal – bermakna anda boleh menggunakannya pada tablet, telefon pintar, dan komputer dengan mudah. Seperti biasa, ia akan hadir terbina pada Windows 10 kelak.
Microsoft Edge adalah nama akhir untuk Project Spartan, dimana ia turut hadir dengan pelbagai sokongan menarik, termasuk integrasi Cortana, dan juga input terus ke OneNote.
Microsoft turut menekankan yang mana mereka turut akan menyertakan Internet Explorer 11 untuk sokongan legasi bagi beberapa perkhidmatan web – terutamanya memfokuskan perusahaan.
Jadi, bagi anda, adakah anda menyukai nama “Edge” untuk pelayar web?


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 05:17 PM | Show all posts
rasa mcm dah lama sgt xguna web browser microsoft
skrg kat pc guna comodo, kat hp guna opera
harap2 edge ni boleh celen chrome, firefox sume tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.092672 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list