CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2669|Reply: 35

[Tempatan] Cacing parasit Anisakis sp ditemukan dalam tin sardin dari China - MAQIS. Seperti biasa jenama dirahsiakan

  [Copy link]
Post time 25-4-2024 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Cacing parasit Anisakis sp ditemukan dalam tin sardin dari China - MAQIS
Oleh Mohamed Farid Noh - April 25, 2024 @ 12:57pm
farid_noh@bh.com.my

Cacing parasit Anisakis sp. ditemui dalam tin sardin buatan China yang cuba diimport masuk ke negara ini melalui Johor, awal bulan ini. - Foto ihsan MAQIS

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan kewujudan cacing parasit Anisakis sp dalam tin sardin dari China yang dirampas selepas cuba diimport masuk ke negara ini, awal bulan ini.

Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof, berkata kewujudan cacing itu dikesan selepas sampel daripada keseluruhan 16,320 kilogram tin sardin yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis.

Beliau berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menyita sebuah lori yang membawa muatan sardin dalam tin bernilai RM83,879.84 yang diimport dari Singapura melalui pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, awal bulan ini.

"Tindakan sitaan terhadap lori itu dibuat berikutan sardin dalam tin itu diimport tanpa permit import daripada MAQIS.

"Susulan itu, anggota MAQIS membuat pemeriksaan lanjut secara fizikal terhadap sardin dalam tin dari China itu sebelum mendapati kehadiran bendasing dalam tin sardin berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Dalam pada itu, Edie Putra berkata, tindakan cuba mengimport sardin mengandungi cacing parasit itu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] .

Katanya, ia kerana mengimport barangan yang mengandungi perosak, penyakit atau bahan cemar yang berbahaya kepada pengguna dan boleh di hukum di bawah akta yang sama.

"Jika sabit kesalahan, kesalahan itu boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"MAQIS komited dalam menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan tiada perosak dan penyakit yang memasuki negara demi menjamin keselamatan makanan negara," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerdik sungguh SOP maqis ni..pastu b40 la yg selalu akn beli brg2 keperluan dgn harga murah, yg akn mkn benda2 xelok mcm ni..pastu kene penyakit mcm2...sekurangnya bgla tau jenama apa..dr zaman tok kaduk smp zaman madanon permaidani buruk, ko buat keje ala2 aniaya org... ngok ngek ke apo???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 06:20 PM | Show all posts
Kobis dari tanah motherland PRC guna baja tahikkk maknosia penoh dengan telor cacing pita lalu diimport ke negara KPOOP buat kimchi lalu ummah KPOOP menggelupoh perot makan obat cacing kerna takut melampau tersenyum sinissssss satu masa dolu

Parasite Eggs Found Again in Kimchi From China

Health officials have again discovered parasite eggs in some Chinese-made kimchi products, escalating public concerns about the health risks of food imports.

The Korea Food and Drug Administration (KFDA) said Thursday that it has found parasite eggs in 15 samples of 82 Chinese kimchi products stored in warehouses.

http://www.koreatimes.com/article/20051027/277264



South Koreans were alarmed for the safety of their kimchi -- the spicy pickled cabbage they eat with almost every meal -- after parasite eggs were found in kimchi imported from China, where farmers often use human excrement as fertilizer.


https://www.reuters.com/article/idUSSEO159738/


PRC terpaling selera eksotik recycle tahikk cirit kaya dengan telor cacing buat baja huntok sayor tersenyom sinisss





Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Import dr prc via Singapore.
Permit import pon tadak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 06:47 PM | Show all posts
jika ada yang termakan, hidup lagi ke cacing tu bila dah diproses, treat dengan haba etc... telur mcm mana?

ada siapa yang tahu..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2024 07:19 PM | Show all posts
Mungkin @aechae boleh cerita balik prosedur pengimportan makanan dari luar negara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlg la jangan beli sumber makanan dari China. Canned food buah sayur kentang bawang apple carrot Bawang putih byk dari China. Loaded with baja kimia merbahaya. Ayam regular Msia pun palsu, jab antibiotik n hormon supaya ayam sakit jadi palsu gemok besar gebu. Eii
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gingerly replied at 25-4-2024 09:17 PM
Tlg la jangan beli sumber makanan dari China. Canned food buah sayur kentang bawang apple carrot Baw ...

kalau pergi pasar/pasaraya, byk ke brg yg origin not from china?  Kebykan mmg from china... kecuali beli bhgian organic. Tapi bila kita tak memasak, pegi makan kat kedai pun, tak tahu dorang pakai sayur/buah dari mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 25-4-2024 06:47 PM
jika ada yang termakan, hidup lagi ke cacing tu bila dah diproses, treat dengan haba etc... telur mc ...

i baru lepas google....

kalau masak lebih 60 degree celcius, mati je cacing jenis yg ni.... tapi kalau recipe requires raw fish, atau masak low temp (slow cook) , kena freeze kan ikan tu sblm masak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 25-4-2024 09:52 PM
kalau pergi pasar/pasaraya, byk ke brg yg origin not from china?  Kebykan mmg from china... kecual ...

Biasanya sayur n buah bukan dari China yg avail mostly bukan dari average groceries. So kene masuk lahkew top notch supermarket.

Betul. Aku pun jarang or hampir tak pernah dah skrg nk mkn kt luar tepi2 jalan atau random restoran, lebih baik masak sediakan sendiri dgn bahan2 terpilih. Tak boleh nk percaya dah sumber n cara pengendalian dr luar.

Bila sakit, kos rawatan kesihatan lebih tggi n beban. Lagi tggi dari kos bahan premium yg kita berkira2 taknak beli. Kalau aku nk mkn sushi (bukan sashimi) or buffet yg boleh nampak chef prepare dpn kaunter. Yg ini aku masih boleh hadap, ittew pun setakat seafood aku berani telan paling teruk. Daging darat tak berapa nk masuk dari dulu

Skrg ni jika nk survive dgn sumber makanan lebih murah n kurg selamat, kene berani hadap kesan jgka panjang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
brand apa pulak ni

adoi baru lps mkn sardin ni tp cap ayam la
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 02:50 AM | Show all posts
kalau barang makan. tak payahlah beli product dari china tu.. kalau tak fake dia ada kes kotor mcm ni.. buah limau deme pun bole sakit perut kalau makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2024 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 25-4-2024 09:52 PM
kalau pergi pasar/pasaraya, byk ke brg yg origin not from china?  Kebykan mmg from china... kecual ...

Kedai akan cari yang paling murah. Sayur seperti kobis dan carrot mmg dari china. Kalau carrot yg packaging cantik pula import dari australia dan sudah tentu harga lagi mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:10 AM | Show all posts
macam mana dia lepas dari pemeriksaan Kastam?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:16 AM | Show all posts
produk cina yg dimport oleh bangsa sepet tetapi dibeli oleh bangsa melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:42 AM | Show all posts
sebab tu aku tak pernah beli dah sardin brand dari china..

walhal ada brand top2 pun kalau teliti balik tin dia, memang dari china..

aku beli adabi je sekarang..dulu selalu beli pertima, sardin dari terengganu...tapi dah tak sedap cam dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
buat peminat LAKSA...
now ni semua KUAH LAKSA buat dgn ikan sardin TIN murah dari CHINA... sbb rega ikan fresh mahai dan TAK BERBALOI utk buat kuah laksa...

tlg HATI2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:40 AM | Show all posts
gelinya tengok cacing kat sardin tu.. terus rasa tak nak makan sardin dah lps ni tak kira apa brand
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 01:02 PM | Show all posts
clueless_gamer replied at 26-4-2024 02:50 AM
kalau barang makan. tak payahlah beli product dari china tu.. kalau tak fake dia ada kes kotor mcm n ...

Buah limau mandarin dari tanah motherland PRC yg kaya dengan khasiat protein berengga tersenyom sinisss




Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 26-4-2024 08:42 AM
sebab tu aku tak pernah beli dah sardin brand dari china..

walhal ada brand top2 pun kalau teliti b ...

Aku beli sardin cap mudim not bad la jugak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.083282 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list