CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7179|Reply: 24

[Tempatan] Berita Baik Utk Johorean..Kereta Spore Masuk JB kena caj VEP

[Copy link]
Post time 8-4-2015 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Pelaksanaan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 bagi setiap kenderaan asing yang masuk ke Malaysia dari Singapura, dijangka bermula 1 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata kerajaan kini dalam proses perolehan dan pemasangan alat di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

"Ini kali pertama Malaysia akan melaksanakan sistem caj ini dan sudah pasti ia akan mengambil masa dari aspek perolehan dan pemasangan alat.

"Kadar caj pula akan kekal pada RM20 seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini kerana jumlah itu dianggap relevan," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta 'Funride and Criterium Road Race' yang diadakan sempena Kemahkotaan Sultan Johor di Dataran Bandaraya, di sini Sabtu.

Abdul Aziz berkata caj VEP akan turut dikenakan ke atas kenderaan asing dari pintu masuk lain seperti Thailand sebagai usaha penyelarasan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata pihaknya akan berbincang dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan lebih mendalam mengenai penangguhan kenaikan tambang bas ekspres.

Beliau berkata ia bagi memastikan kenaikan berkenaan relevan dengan keadaan semasa dan pada masa sama tidak membebankan pengguna.

"Kementerian akan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam dengan 'stakeholder' lain agar kenaikannya tidak membebankan rakyat," katanya.

Sementara itu, Jelajah Kemahkotaan Johor 2015 yang diadakan sejak 31 Mac lalu sempena Kemahkotaan Sultan Johor memasuki acara terakhir dengan penganjuran Funride & Criterium Road Race yang diadakan dalam tiga kategori dan disertai lebih 50 peserta.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 12:57 PM | Show all posts

braper Dun?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 12:57 PM | Show all posts
johor makin kaya..

ayuh. luaskan kuasamu. ale ale ale
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:02 PM | Show all posts

Kau jangan kerek  nak eksen eksen tanya boleh tak?

kalaupun  RM50 sekali masuk...apa  ada heran? Kau punya sanitary allowance kompeni bagi sebulan jerk dah boleh cover keluar masuk JB with this rate for one year kan,kan,kan?

Boleh aku sambung lagik?












Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:05 PM | Show all posts
stinger_attack replied at 8-4-2015 03:02 PM
Kau jangan kerek  nak eksen eksen tanya boleh tak?

kalaupun  RM50 sekali masuk...apa  ada  ...



Aku tanye Dunhill.. yg ko menyampok pesal

aku bom ko kang..


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 8-4-2015 01:08 PM

Dr bukit kayu hitam dan padang besar pun kena jugak kan....baguslah...van transport pekerja siam punya lah laju di hiway kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-4-2015 01:06 PM | Show all posts

wallahualam...

proposed RM20.00 katanya sekali masuk...tp kita tak tahu apa tindakbalas LTA nnt...tunggu aja lah sbb kutipan tol mestilah dikongsi 2 negara selaras dgn perjanjian koswe..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape la charge 20 hengget je..charge la lg mahal supaya nnt bos iols jarang dtg ofis kat jb..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 01:08 PM | Show all posts
Lina66 replied at 8-4-2015 01:05 PM
Aku tanye Dunhill.. yg ko menyampok pesal  

aku bom ko kang..

Aku tak takut dgn bom buatan kau....... Penthouse aku pun aku dah pasang bomb shelter..........tak kena  tak kena....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 01:09 PM | Show all posts
bellaa replied at 8-4-2015 12:57 PM
johor makin kaya..

ayuh. luaskan kuasamu. ale ale ale

Caj Kereta Keluar Masuk (VEP): Singapura vs Kereta Malaysia[size=12.8800001144409px]

]Caj Masuk Kereta (VEP) Singapura Keluar Masuk vs Kereta Malaysia
Kadang-kadang saya terfikir juga. Bukan niat saya untuk mendatangkan kesusahan kepada orang Singapura ye. Kalau di Johor Bahru, kereta Singapore semata sehingga berlakunya kesesakan disebabkan kehadiran dan pertambahan bilangan kereta Singapura dari hari ke sehari. Kalau hujung minggu lagi teruk.  

Bab cara memandu anda boleh lihat sendiri, bagaimana. Bukan semua, tetapi sebilangan besar menunjukkan jaguh di jalan raya.Apa yang berlaku sebaliknya kepada rakyat Malaysia yang masuk ke Singapura untuk tempoh yang terlalu sekejap? Mereka boleh mengenakan pelbagai cukai dan peraturan kepada kita. Sampaikan jikalau pada weekdays, kena bayar SGD 20.00 per car.

Apa salahnya kalau tak banyak pun, kita impose Vehicle Entry Permit(VEP) kepada kereta Singapura. Tentang nilainya biar kerajaan yang tentukan. Bukannya apa, hasilnya itu sebenarnya boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan negara terutamanya untuk tujuan pembangunan dan prasarana. Yang mendapat faedah orang Malaysia dan orang Singapura yang datang ke Malaysia mendapat tempiasnya juga. Kalau dikenakan contohnya RM200-RM300 setahun tak jejas pun kehadiran pelancong Singapura. Di mana lagi untuk mereka keluar daripada kepompong negara Singapura tu, kalau tidaknya Malaysia. Sudah berapa la kita berikan kebebasan kepada orang-orang Singapura, jadi tiada salahnya peraturan ini diperkenalkan untuk kebaikan bersama dan manfaat kepada rakyat Malaysia sendiri. Mungkin sudah tibanya Malaysia perkenalkan peraturan ini.

Adakah kedatangan pelancong Singapore untuk bercuti akan terjejas? Saya tidak merasakan caj yang bakal dikenakan akan membebankan mereka. Kat mana lagi boleh test drive kereta-kereta mewah mereka itu? Selain di Malaysia. Apala sangat orang Singapore dengan caj VEP, kalau ia jadi dilaksanakan nanti.

Mari kita lihat apa caj-caj yang dikenakan oleh Singapura jika orang Malaysia jejak kaki di sana. Antaranya :

Mengenakan yuran S$150 (RM351) sebulan terhadap setiap pekerja asing dalam erti kata lain orang Malaysia yang memegang permit kerja.
Setiap kenderaan Malaysia yang ingin memasuki Singapura mesti didaftarkan dan dikenakan bayaran Permit Kenderaan Masuk (VEP) S$4 (RM9.40) sehari untuk motosikal; S$20 (RM44.80) sehari untuk kereta dan van. Bayaran untuk bas dan lori saya tidak pasti.(Yang mana tahu, tolong mention di ruangan komen). Walaupun bayaran itu tinggi, ramai rakyat Malaysia memandu kereta untuk ke Singapura.
Memastikan setiap kereta Singapura yang ingin meninggalkan republik itu, menunjukkan bacaan meter minyak sekurang-kurangnya tiga perempat daripada bacaan penuh. Jika kurang, saman S$500 (RM1,170) akan dikenakan.
Mengenakan cukai (GST) sebanyak tujuh peratus terhadap setiap barang yang dibeli sama ada rakyat Singapura sendiri atau rakyat asing.
Mengenakan bayaran tempat letak kenderaan termasuk motosikal.
Memastikan rakyat Malaysia yang disaman kerana kesalahan lalu lintas membayar saman pada hari sama saman dikeluarkan sebelum meninggalkan Singapura. Singapura mengamalkan sistem saman elektronik yang boleh mengesan kenderaan disaman pada setiap pintu keluar Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK)
Mengenakan tol terhadap pengguna lebuh raya. Yang tak tahan motosikal pun termasuk sekali.
Melarang rakyat Singapura atau penduduk tetap memiliki kenderaan asing.
Mengenakan saman yang tinggi iaitu S$70 (RM163.80) terhadap kenderaan Malaysia yang tidak mempunyai mesin IU (digunakan untuk membayar VEP dan tol secara automatik) ketika melalui lebuh raya bertol. Kos pemasangan mesin IU, sebanyak S$155 (RM362.70) seunit.

Dulu Malaysia hampir-hampir mengenakan levi RM20 ke atas setiap kenderaan asing, kemudian buat palang dan semua lorong kereta/bas/lori di semua Pusat Pemeriksaan Imigresen, habis duit berjuta-juta memasang terminal tol. Akhirnya, akur dengan permintaan/bantahan negara-negara jiran, maka projek itu terbatal selepas diumumkan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada 31-8-2007.

Larangan membeli minyak petrol/diesel bersubsidi di dalam lingkungan 50 km sempadan negara, dibatalkan sekelip mata ketika harga minyak Malaysia naik mendadak (RM2.70) menghampiri harga pasaran dunia (RM3.00). Pada masa itu, kenderaan asing masih boleh menikmati 30 sen subsidi pada masa itu bersama dengan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan larangan membeli minyak masak dan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, penguatkuasaan dibuat secara “sementara”, rakyat asing kini menikmati barangan subsidi bersama. Katanya tahun depan bakal dilaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras penikmatan subsidi dikalangan warga asing. Kita lihat bagaimana mekanismenya yang bakal digunakan kerajaan. Diharap berbaloi-baloi.

Kelemahan ketara apabila rakyat Singapura yang telah dikenakan saman. Mereka tidak akan ditahan apabila keluar dari Malaysia walaupun saman belum dijelaskan. Sebab Malaysia sendiri tiada sistem yang boleh track atau mengesan kesalahan yang ada pada setiap kenderaan yang keluar masuk negara. Hai……..sepatutnya Malaysia sudah ada mekanisme untuk mendaftarkan kehadiran kereta-kereta Singapore di Malaysia ini. Apatah lagi jika hendak menyemak saman.

Tetapi itula….suka atau kita tidak suka sekarang ini hakikatnya……

Malaysia sampai sekarang tak impose VEP kat kereta Singapore, tetapi apabila kereta Malaysia masuk Singapore dikenakan bayar S$20 weekday.

Pekerja Malaysia di Singapore kena bayar levy, tapi sebaliknya tiada caj.

Sebarang isu “bertindih”, Malaysia Singapura masih lagi tidak menampakkan kesudahan dalam isu air

Malaysia walaupun sudah ada CIQ baru, dalam pada masa sama jambatan bengkok pun sudah diberikan kontrak pun akhirnya terbatal dengan mudahnya. Sangat mudah RM700 juta hilang begitu sahaja.

P/S : Sekarang ini Singapura tengah buat promosi, dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 2 pagi. Free of caj masuk sana.

PP/S : Kalau nak beri subsidi, biarlah undang-undang serta penguatkuasaan undang-undang itu diadakan secara teratur. Kerajaan asyik-asyik habiskan membuat sesuatu polisi dan menggunakan duit negara/rakyat, bayar duit berjuta-juta membayar duit palang + komputer + Sistem kepada Iris Sdn. Bhd dan syarikat-syarikat tertentu serta beri subsidi kepada rakyat asing. Akhirnya, menemui “jalan mati”

PPP/S : Tindakan ini amat menghampakan rakyat. Buat ubah, buat ubah. Ini semua yang merugikan rakyat bawahan.

Ulasan: Malaysia nampaknya takut-takut melaksanakan polisi luar negara dengan jiran agak jahat dengan kita.  Kenapa takut-takut?

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:09 PM | Show all posts
Dunhill. replied at 8-4-2015 01:06 PM
wallahualam...

proposed RM20.00 katanya sekali masuk...tp kita tak tahu apa tindakbalas LTA nnt ...

Ibarat taugeh urap terselit dicelah gigi Si LINA jerk this RM20..........


Kan LINA  kan,kan kan?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 01:12 PM | Show all posts
stinger_attack replied at 8-4-2015 01:08 PM
Aku tak takut dgn bom buatan kau....... Penthouse aku pun aku dah pasang bomb shelter..........tak ...

spore takut sgt dgn msia kenapa sampaikan kebanyakan rumah HDB ada panic room??

senin plak mesti ada bunyi siren... nak suruh bersiap siaga perang dgn msia ke??

chinook plak asik nak meronda...duit GST korang tu buat beli alat ketenteraan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:15 PM | Show all posts
aku terbaca bebaru ini, dgn perlaksanaan ini akan memberikan pendapatan RM320juta setahun kepada kerajaan..cukup untuk tampung kos penyelenggaraan jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:24 PM | Show all posts
stinger_attack replied at 8-4-2015 03:08 PM
Aku tak takut dgn bom buatan kau....... Penthouse aku pun aku dah pasang bomb shelter..........tak ...



....

ye la Penthouse.....


























Byk ko nye Penthouse..

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:25 PM | Show all posts
Dunhill. replied at 8-4-2015 01:12 PM
spore takut sgt dgn msia kenapa sampaikan kebanyakan rumah HDB ada panic room??

senin plak mest ...

Corrections...they fear no one...KECUALI BAYANG BAYANG SENDIRIK...kau tak caya?

Aku bagi contoh Si LINA....kau challenge dia suh jalan sorang sorang kat LIMCHUKANG....the cemetery in the pitch dark wee hours of the nite....dia no sweat....Tapi kau jangan suruh dia jalan dalam keadaan gelap Tapi ada sedikit cahaya untuk  menampakkan bayang bayang nya....mampos dia akan terpekik terpekau melolong macam kena rasuk....spesis yang takut dengan bayang bayang sendirik....











Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:32 PM | Show all posts
primemova replied at 8-4-2015 01:15 PM
aku terbaca bebaru ini, dgn perlaksanaan ini akan memberikan pendapatan RM320juta setahun kepada ker ...

300 juta masuk poket .....what is left untuk road maintenenace?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 01:35 PM | Show all posts
Lina66 replied at 8-4-2015 01:24 PM
....

ye la Penthouse.....

see no leg ah?







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 01:36 PM | Show all posts
stinger_attack replied at 8-4-2015 01:25 PM
Corrections...they fear no one...KECUALI BAYANG BAYANG SENDIRIK...kau tak caya?

Aku bagi contoh ...

Pemimpin yang mengaku Melayu/islam ini sudah lama mengamalkan "tak boleh buruk sangka atau jangan buruk sangka.

Oleh itu kenalah baik sangka" atau sangka baik dengan pemimpin Singapura.Inilah punca pemimpin Melayu/Islam sering kena tipu, termasuk rugi serba serbi.Sangka baik ini yang membuat Melaysia mendapat padah, termasuk akan hilang harta warisan yang ada disingapura jika silap perhitungan.Atau silap buat keputusan, termasuk terlalu cepat buat keputusan inilah segala gala akan berputih mata.

Tapi ingat pemimpin yang mengaku Melayu Islam dan beramal dengan sikap baik sangka dan tak buruk sangka akan mendapat laba yang besar setelah tanah itu dibangunkan nanti.Kita nampak pemimpin melayu bodoh, tetapi bodoh kena ke dia, manakala rakyat jadi mangsa dengan gula gula rakyat didahulukan.

Itulah hebatnya perdana menteri Malaysia. Lebih lebih lagi perdana menteri sebelum ini dah jual Singapura kepada Lee Kuan Yew kerana takut bersaing.

Oleh itu tidak mustahil malaysia juga turut tergadai dek kerja perdana menteri yang hebat ini.





Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 01:37 PM | Show all posts
Dunhill. replied at 8-4-2015 01:09 PM
Caj Kereta Keluar Masuk (VEP): Singapura vs Kereta Malaysia

]Caj Masuk Kereta (VEP) ...

maaf saudara

boleh bg link kt mana dpt info 'bernas' ni? nmpk panjang lebar, nk tegur penulis mcm kesian sbb nmpk sgt tk penah jejak kaki kt spore kot.

promosi 12-2am? bkn 5pm to 12am? byk nyer info salah, sy takut nnt ramai warga msia yg jakun lg prejudis to us sporeans.

sy ni bkn ler jenis kerek tk bertempat, kalo ader bazooka yg bagus nk tembak kepincangan negara sy, sy trimer ngan bebesar ati, but also tgu serangan balas sy yg tk kurang power ranger.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 01:50 PM | Show all posts
dutchy replied at 8-4-2015 01:37 PM
maaf saudara

boleh bg link kt mana dpt info 'bernas' ni? nmpk panjang lebar, nk tegur penulis m ...

saya paste jah...anda boleh betulkan mana2 fakta yang salah..lagipun warga johor dah tentu maklum dgn waktu percuma ni...lagipun cuti sekolah mmg VEP charge dipendekkan sehingga jam 12 tengahari jah..

apa nak hairan..

kami rakyat malaysia selama nie bayar tol pun punyalah mahal. skudai - simpang renggam pun RM6.20. ini singapore bayar tol RM2.90 je (sebelum Ogos 2014)??? masuk malaysia tak perlu VEP, Erp takda, Tau ke tak??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.072064 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list