CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cektim

[Tempatan] Senarai Penipuan Telco Yang Didedahkan PPIM

[Copy link]
Post time 14-1-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada aku kesah? - telco

pusing sana...pusing sini ttp kroni ..lebih kurang sama je monopoli market
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 10:01 AM | Show all posts
1. Sebagai pelanggan, segala fine print kena baca ok.. lepas subscribe service telco ni...

2. Itemised bill kena request. Then korang tau ler apa yang dicaj.

3. Roaming tu initally takkan activate. But once korang dah request untuk activate, akan forever on. Which means, kalau korang pegi oversea and biarkan aje roaming tu - both line and data akan dicaj. Kena ingat, kat oversea normally incoming call and outgoing call akan dicaj. Data lagi la.. memang lagi kebaboom cajnya.. And korang kena paham how roaming works.. telco kita tumpang network orang.. so dah tau menumpang, lain la caj dia..

Tapiiiiii.... kalau korang register dengan partner telco korang, caj tu will be adjusted. Contoh: Celcom ada package RM38/day for data kalau roaming kat negara2 yang dorang ada partner.. the trick is, disable data network dulu. Change setting to "manually select network" . Bila sampai kat destinasi, search for network, select network yang partner dengan Celcom. Then baru activate data network balik.. But before all this, kena la inform Celcom yang korang nak pakai package RM38/day untuk roaming tu.. Aku dah buat ni masa backpacking sebulan kat Europe/Turkey last year .. hasilnya, dari kena caj ribu riban, aku kena caj RM200++ je.

4. Lagi satu, as a company, telco pun nak jimat operating cost.. so dorang dah introduce online billing etc.. ada portal.. untuk korang sign up dan boleh view bill and bayar bill online.. tak ke mudah tu... apa kes nak jugak hardcopy bill tu sampai kat mailbox rumah korang tiap tiap bulan?tu semua kos untuk company telco tu.  Kalau korang boleh check online, korang boleh je print bil ltu beratus kali pun takpe.. Ala ala maybank2U jugak ler kan...

5. Pasal limit untuk data cepat habis.. kalau korang asyik menala youtube.. streaming semua.. memang la cepat habis sebab itu makan data banyak.. especially kalau korang pakai LTE.. lagi laju habis.. and lagi satu.. smartphone ni korang sedap install macam2 apps.. kena check ok satu-satu apps tu.. mana yang run background and constantly access internet and pakai data.. macam email.. kalau korang set auto download attachment .. memang cepat la habis data usage sebab nak download attachment tu memang pakai banyak data usage.

6. Pasal penalti bayar lewat.. tak tau tang mana dan cemana pelanggan tu kena bayar ribu riban.. selalunya.. memang ada penalty bayar lambat ni.. sebab korang pakai dulu service dorang.. tapi bayar lambat.. menyusahkan plak dorang nak closing account bagai kan... ala ala serupa retis nak berlakon.. dorang mintak deposit kan.. takde deposit, service dah pakai.. bayar tarak.. ada mau ka..

Aku tak kerja kat telco.. ni berdasarkan pengalaman aku pakai Celcom bertahun-tahun ni... ada la ups and downs.. especially kalau cakap dengan customer service dorang yang baca skrip dan macam robot.. tapi overall oklah..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:06 AM | Show all posts
Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

Ahad minggu yang lalu, penulis menerima sebuah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Celcom yang memberitahu penulis telah pun menggunakan 80 peratus daripada pelan data 3GB yang dilanggan setiap bulan dan untuk terus melayari internet, perlu membeli data tambahan.

Terperanjat jugak tengok SMS demikian kerana pelan data penulis bermula dari 28 Disember lalu dan akan hanya berakhir dalam 27 Januari ini.

Takkan dalam 8 hari dah guna 80 peratus?



Memang benda itu boleh berlaku kalau kita berterusan menggunakan internet dan membuka laman-laman yang memerlukan loading yang besar.

Namun, penulis tahulah batas penggunaan penulis. Kalau kat ofis yang kekadang hampir 12 jam penulis lepak, tak guna pun sebab ada wi-fi ofis. Telefon bimbit pun akan diubah kepada wi-fi dan bukan pelan data Celcom lagi.

Lantas penulis membuka setting telefon dan memeriksa penggunaan data, baru dalam 1.1 GB sahaja (sebenarnya pada petang itu masa SMS itu masuk masih bawah 1GB).



Kalau ikut perkiraan Celcom, hampir 80 peratus maka sudah hampir 2.4GB digunakan.

Beberapa hari selepas itu, penulis dapat satu lagi SMS menyatakan volume data telah habis digunakan.

Bukan setakat itu, dinyatakan cara untuk menambah pelan data. Maknanya kalau nak guna lagi, kenalah bayar.

Lagi sekali penulis memeriksa jumlah data usage di telefon, baru 1.71 GB sahaja yang digunakan. Maknanya kalau ikut kiraan telefon, sepatutnya ada lagi 1.3GB.

Okay.. memang boleh kata perkiraan Celcom dan yang dirakam dalam telefon bimbit tidak akan sama.

Boleh terima. Namun mustahil jumlahnya berbeza begitu besar sekali. Takkan kat telefon 1.7GB dan Celcom cakap dah habis guna!!!

Peliknya, beberapa bulan awal semasa baru-baru gunakan pelan data dulu takda pun SMS camtu sampai.

Masa tu penulis tengok data usage di telefon dengan yang Celcom bagi sama aje. Justeru sebenarnya kiraan di telefon bimbit itu sebenarnya tepat atau hampir tepat.

Bila dah nampak macam lama sikit, dah jadi pengguna tetap, mula la muncul SMS peringatan sedangkan kadar penggunaan tetap sama.

Bukan hendak kata Celcom, bila balik kampung, ada orang duk bising pelan data Maxis yang kononnya unlimited pun habis sebelum pusingan bil yang seterusnya.

Satu jugak hal yang duk janji unlimited tetapi habis jugak.

Insiden yang menimpa penulis ini membuka persoalan, siapa yang memantau dan memastikan jumlah data yang dibenarkan dilayari adalah sama dengan jumlah yang dijanjikan?

Mudah untuk syarikat telekomunikasi (Telco) sekadar menghantar SMS memberitahu kita sudah habis guna dan sila beli lagi kalau nak guna lagi. Nampak macam kaedah marketing untuk perah duit pelanggan sendiri.

Kalau perkiraan data yang dirakam dalam telefon bimbit dikatakan tidak sama dengan jumlah yang dikira syarikat telekomunikasi (Telco), maka siapa yang harus dipercayai untuk memastikan pengguna mendapat jumlah data yang tepat seperti yang dijanjikan?

Di mana pengguna hendak periksa dengan tepat dan dipercayai jumlah yang telah mereka gunakan?

Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak yakni pengguna dan telco agar tidak wujud sebarang syak wasangka atau curiga, maka satu mekanisme pemantauan bebas perlu diwujudkan.

Pelanggan harus ada cara untuk mengetahui jumlah sebenar penggunaan dan bukannya bergantung kepada kata-kata telco semata-mata.

Penulis bukan la ‘insan istimewa’ yang secara berseorangan menerima kasih sayang dan perhatian begitu mendalam Celcom yang baru 8 hari penggunaan data dah mula hantar SMS untuk tambah lagi…sudah tentu ramai lagi yang melalui nasib yang sama kan?

Pengguna Telco lain pun pastinya mengalami nasib yang hampir sama kan…

Perlu ada pembelaan yang lebih dalam isu ini.

http://mynewshub.cc/2015/01/12/s ... n-pelan-data-telco/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:20 AM | Show all posts
duquesne replied at 14-1-2015 10:01 AM
1. Sebagai pelanggan, segala fine print kena baca ok.. lepas subscribe service telco ni...

2. Ite ...

2 kali aku kes dgn celcom ni

1) free sim kad
msa aku study dlu lg..
budak2 xcerdik lg hehe
ada promoter dkat stesen bas tgah wat promotion sim kad free
dea ckap ni free ja dik amik la xyah byar pa2 pon
trus guna jaa
aku mmg xnak..tp mmg dorg sungguh2 promote ni
last2 cmna leh teramik jugak
dah rmai sgt promoter dk promote sruh amik
rupa2nya bila gna tu no postpaid bulan2 kna byaq rm50 xkesah la ko guna ka x
tiap2 bulan mmg wajib caj rm50
naseb bek cpat2 aku terminate kan

2) psal scam postpaid no
satu hari tu dapat kol dr celcom aku kna bayar bil postpaid utk no yg mmg aku xpenah guna
no tu register ats nma aku ic aku
bil tu pon dh tertunggak 3 blan
nk dkat 2 ratus jugak xcilap
depa ckap kalu xbyar dlm msa trdekat akan diambil tndakan!
gila trkejut la no xpenah guna tiba2 kna byar free buta2 ja
tp depa ada suruh p service center utk cek dlu
sbab yg kol tu section bil saja..xleh la nk access akaun no phone tu
dh kena ejas time p service center celcom
dh smpai center tnya staf  psai no
so depa explain la no ni register kt mna
nma mak aku suma yg didaftarkan
so mmg terang2 tipu la
register nama mak aku lain
almat suma lain
mungkin ic aku ada expose kt mna2
pastu kes setle la..conclude sbg scam
naseb aku xyah byar apa2
tp mmg mnyusahkan laaa..buang msa sunguh huh

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:25 AM | Show all posts
cektim replied at 14-1-2015 10:20 AM
2 kali aku kes dgn celcom ni

1) free sim kad

1. Time promotion tu kena tanya habis2.. free sim card.. tapi untuk plan apa.. what's next etc..
2. Masa register, dorang akan mintak copy of IC.. make sure dorang palang copy IC tu.. so that takleh guna untuk yang lain... and lagi satu, most of the time, no postpaid ni recycle.. so maybe no tu dulu ada bill tertunggak.. so the next owner tu la kena sebab itu yang tertera dalam system.. unless you can prove that you only own the number from which date.. so bill lama tu is not under your care, then dorang takkan caj kat ko..  sebab tu penting borang pendaftaran tu kena simpan..


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah hari hari jenguk forum..habis la data
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2015 10:34 AM | Show all posts
duquesne replied at 14-1-2015 10:25 AM
1. Time promotion tu kena tanya habis2.. free sim card.. tapi untuk plan apa.. what's next etc..
...

yg first tu mmg aku admit la salah aku jugak
xbrapa teliti kan
mmg lpas tu amik pngajaran la
telco mna2 pon wat promotion free simkad mmg wat xheran la, haha


tp yg second tu aku xpenah register pon no tu
no yg sedia ada guna skang pon aku register gna no adik aku
mmg nk smpan borg registration ka apa ka mmg xdak la
satu lg tmpat register sim kad tu mmg jauh ngan tmpat aku
mmg xlogik
mcm mna depa gna ic aku pon xtau laa

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:23 AM | Show all posts
selama ni takde problem ngan celcom smp lah ada sekali dorang upgrade then krdit kono telan rm10 kata den dah abis quota...terpaksa la kol helpline 50 sen tu repot..sibbaik dpt blk..tu pun dekat sebulan gak br dpt refund...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 11:43 AM | Show all posts
bab roaming memang totally pelanggan yg bimbo,
roaming kalau dah active, mmg la akan auto connect bila kamu di luar negara, bukan nya kena manually activate.
guna ponsel pintar namun pengguna masih bimbo felda pprt sunni.

make sure turn off data roaming sis.
takat roaming untuk terima sms pelbagai ok lah takkan kena charge selagi tak guna.

bab charge customer discreetly dengan premium sms memang ada terjadi. untuk shortcode bermula dengan 2 ianya telco branded servis, dan pelanggan tak perlu nak  hantar something untuk register servis itu untuk charge customer. selagi ada no customer, boleh jah charge customer guna shortcode bermula siri 2 itu. bukan bermaksud telco ada buat sebegitu namun ianya possible to do so. akak pernah kerja integrate sms service dgn semua telco di tanah air ini, so mmg akak tahu sis

namun mungkin tak semua network telco boleh lakukan nya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:52 AM | Show all posts
cektim replied at 14-1-2015 10:06 AM
Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

Ahad minggu yang lalu, penulis menerim ...

ada org ckp samsung punya byk gila app running in the background perabis data.

ada kemungkinan ini yg telan data; dan menipu plak lagik kengkununnya dia tak telan?

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 12:05 PM | Show all posts
Changa replied at 14-1-2015 11:43 AM
bab roaming memang totally pelanggan yg bimbo,
roaming kalau dah active, mmg la akan auto connect b ...

Data roaming tub yg tulis data mobile data tuh yer dik....?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 12:10 PM | Show all posts
shernazz replied at 14-1-2015 10:33 AM
Dah hari hari jenguk forum..habis la data

takat jenguk porum jenguk on surface mcmni tkpe..jgn bukak web2 online sale tu..cepat data kering., tpi dulu itu jam 300mb tu bole guna seminggu oo..ni dua hari suda kering kontang..kena topup ta kdan abis data la nak expired renew lagi..pastu data kering lagi..topup lagi renew lagi..smpi la mamposss
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 12:14 PM | Show all posts
Di akhirat kelak menjawablah syarikat telco tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 14-1-2015 12:10 PM
takat jenguk porum jenguk on surface mcmni tkpe..jgn bukak web2 online sale tu..cepat data kering. ...

Yg mcm zalora fv n so on tu ke kaka?
Ish..bahaya tu..
Silap beribu nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 12:36 PM | Show all posts
dah lama aku tak rasa bayar bil mahal2 cam nih...
paling koman pun bil aku skang 40 hinggit je..
sebelum tukar umobile, mak aih, sampai 100-200 aku kene..
skang nih, pacik ngn macik aku kene..sebulan bayar sampai 600 sebab maxis punye promotion bagi handfon free la apela...kate yang servis satu lagi tu free skali..
bute2 je kene tipu...
bila tgk bil, tekejut kau, 600 terus..pastu dapat mms la ape la..skali mms charge sampai 2.00 kalau 6-10 mms..yang tah mana2 dtg tah...dah bape ringgit. diorang mana tau nak off kan setup auto download mms tu.

kalau kat oversea memang aku tak on kan roaming..beli simkad negara sane je senang. sebab umobile tak buat sgt roaming kat oveasea.
kdg2 orang tua leceh la nak beli simkad, nak setup kan dalam fon diorang lagi..
tu yang redha je roaming kat oversea dengan data charges.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 12:37 PM | Show all posts
kawan aku cerita, dulu dia guna broadband maxis, 68 atau 78 ringgit(x sure) sebulan utk 8gb...ropanya 4 gb tuh utk kuota pukul 8am-2am....lagi 4gb utk pukul 2am-8am...boleh dikatakan kuota tu dia hanya guna 4 gb saja...sbb lagi 4 gb tu antara pukul 2am-8am....sapa yg berjaga waktu tu. dia cakap masa langgan depa tak habaq pulak kuota ada waktu tertentu...
yg ni menipu cara terhormat la kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 12:45 PM | Show all posts
ultra78 replied at 14-1-2015 12:14 PM
Di akhirat kelak menjawablah syarikat telco tersebut

ye..tula yg sy applykn...
email dorg bgtau situation and bgtau saya dah bayar duit haram celcom tu, tp kat akhirat nanti saya tuntut...
baik lawyer, owner celcom, pekerja yg dok tepon2 semua nanti sila datang jumpa kat padang mahsyar...
x kosser i nak sakit2 ati dgn celcom ni...
suke benor kenakan org...nak lawan pun dorg ni kebal...
xlarat nak trun nek g skmm amek time off bagai...
member sorg ni pakai fon stock 3310 dulu tu, sekali bil sampai de guna internet sampai 200++....
nah, salahkanla kami rakyat marhaen ni pasal x tutup data...
tlg cari sat camne nak tutup data hp 3310 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 01:46 PM | Show all posts
Ada betulnya forumer kata Samsung (Android) memang kaki kikis data

Aku guna Tab S utk 3GB sebulan mesti habis dan ada beberapa ketika sampai terpaksa

beli additional normally aku beli 5GB ngan celcom RM 50.00

Tapi kat Iphone aku data 5 GB klu check status hujung bulan sebelum cut off cycle, 2GB pun susah...

Lagi haru nyer aku pernah kene baru seminggu quota 3GB dah habis bila aku tanya ngan Celcom boleh bagi

usage detail diorang tak boleh bagi so camner nak buktikan... redho aje dikk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 02:01 PM | Show all posts
Celcom ni mula buat sial semasa dia orang upgrade sistem mula October 14...caj ppu 10sen/kb...aku langgan plan xpax 4GB RM58 2 hari jer dah habis kuota padahal x bukak youtube pun...last2 check kat data usage komputer aku mmg dia telan data kaw2 padahal aku dah tutup semua browser cuma broadband jer connect..lepas data habis kdt pulak kna telan...celcom ni pulak kalu orang komplen kat fb dia , komplen2 tu kena delete...lagi satu sapa2 nak langgan YES tu hati2 dgn kontrak 2 tahun mereka...sblum langgan baik  korang jengah page YES SUCK dulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 02:04 PM | Show all posts
nk blame telco xleh 100% jugak sbb ada kes muncul sbb ketidakcerdikkn user sndri....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.660093 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list