CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3068|Reply: 16

[Tempatan] jumpa peluru dan tengkorak askar WWII lepas banjir

[Copy link]
Post time 3-1-2015 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Komrade at 3-1-2015 08:23 PM

Tumpat – Penemuan ratusan peluru dan senjata api dipercayai tinggalan zaman perang dunia kedua di halaman rumah mekanik lori, menggemparkan penduduk Kampung Tanjung Kuala di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Che Mud Ismail, 51, memberitahu, peluru dan senjata api ditemui ketika dia bersama anaknya, Zuhairi, 19, membersihkan halaman rumahnya yang runtuh akibat banjir.
Katanya, ketika mencangkul dan menyapu kawasan itu, dia ternampak enam peluru lama di atas besi berkarat berhampiran pokok mangga.
“Saya menghampirinya dan tidak menyangka besi itu adalah topi askar. Saya angkat topi yang terbenam dalam pasir, keluar pula serpihan tulang di dalamnya, saya syak ia tengkorak manusia,” katanya.
Menurutnya, berdekatan itu juga, dia ternampak sebatang besi berkarat lalu dan amat mengejutkannya kerana ia adalah senjata api.
Sementara itu Zuhairi berkata, ketika tangannya meraba-raba di kawasan akar pokok mangga yang terbongkah keluar, ada ratusan peluru di bawah tanah itu.
“Ketika jam 12 tengah hari, kira-kira 50 peluru berjaya dikeluarkan dalam tanah di hadapan rumah kami yang runtuh akibat dibawa arus ketika banjir Jumaat lalu,” katanya.
Menurutnya, kawasan halaman rumahnya terhakis dan menjadi rendah daripada jalan utama walau pun sebelum banjir, tapak rumahnya sama tinggi dengan jalan Kampung Tanjung Kuala.
“Mungkin apa yang ada di bawah tanah ini seperti peluru dan senjata api peninggalan Jepun timbul akibat hakisan tersebut,” katanya.
Difahamkan, sekitar tapak rumah sewa Che Mud merupakan kubu Jepun pada zaman perang dunia kedua.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan penemuan peluru dan senjata api lama tersebut,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2015 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
selama duduk situ x pernah alami penampakkan hantu askar jepun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 08:31 PM | Show all posts
giler berani dok kutip bahan letupan...kang bedeboommm pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin askar Jepun tu org solleh.. Tu yg tk jadi Antu Jepun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 08:42 PM | Show all posts
keluar topi jepun dgn peluru jah?
bukankah di kelantan diwarwarkan tersembunyi emas yamashita di dalam terowong bawah tanah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 08:42 PM | Show all posts
Kalau terjumpa emas ketul2 syok jugak.. hik hik hik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe inilah hikmah banjir...terjumpe brg2 peninggalan perang dunia ke2
Siap jmpe tulang2 lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 08:44 PM | Show all posts
Jangan gergaji peluru tu dikk !!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalagi dikk...sila buat galeri sejarah di halaman rumah tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Erh skerinya selama ni rumah atas kubor jepang
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 09:46 PM | Show all posts
Sila check DNA babi dalam tulang beliau
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat DNA testing intersstibg jugak bagi sesiapa yg kehilangan ahli keluarga , tapi rumit la sebab tak tahu nak dapat database askar? Yg hilang di tanah melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti sblm ni ade kejadian2 aneh rupanya itu misterinya

kena cek dna lah pulang semula ke ngr asal
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 10:13 PM | Show all posts
simpan peluru tu dik... nilai tinggi tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Akn ada bnyk lgi artifak2 purba zaman lbh tua drp ww1dan dua yg akn dtemui...

Harap jumpa emas2 zaman dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 10:45 PM | Show all posts
topi askar Jepun ke askar bersekutu? Harap pihak yg berkenaan dapat memastikan yg kawasan rumah Pakcik ni bebas daripada bahan letupan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2015 10:57 PM | Show all posts
batmana replied at 3-1-2015 08:36 PM
Mgkin askar Jepun tu org solleh.. Tu yg tk jadi Antu Jepun..

kalipoh isle ISIS lu dah kluo patwa kaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.558797 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list