CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9941|Reply: 42

Aku perlukan urgent cash..personal loan senang lulus? Update latest 10/01/15

[Copy link]
Post time 4-12-2014 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by muziah84 at 10-1-2015 10:36 AM

Hi forumers,

Aku ada masalah berbangkit Kalau ada yg perasan aku pernah post thread kt sini sebelum ni. Aku da move on dengan hidup baru, buat sementara aku duduk dgn ofismet n sewa bilik kt situ 400. Rumah sewa aku yg sebelum ni sewa 350, tak jauh beza sgt pun dgn sewa bilik yg skrg. Cuma masa aku duk rumah sewa tu kire ada outstanding la sbb masalah kewangan, ada 2 bulan outstanding. Skrg rumah tu member aku duduk, tapi aku masih menyewa rumah tu atas nama aku. So aku janji dgn owner nak bayar lg 2 bln outstanding tu secara ansuran.  Tu satu hal. Hal yang lain property agent yg uruskan jual beli rumah yg aku sewa tu (skrg masih dlm proses lg) dah mintak duit komisen. Nak kena cekau 3500 plak, aku mintak masa 2 bulan. Baru ni dia whatsapp aku mintak byr sikit dulu dlm 1k je. Aku cakap takde then dia ok je. Tapi semak jugak la fikir mana la nak cekau. Dan yg paling aku risau, aku ada kes khalwat yg aku pernah cite kat thread sebelum ni. Dah kuar waran tangkap. Pegawai JAIS tu ckp 15 Jan 2015 ni perbicaraan yg seterusnya. Nak tak nak kena prepare lg 3k. Sebelum ni pegawai JAIS tu dah tolong, so next time kalau dia dtg dgn waran tangkap lg takkan dia nak tolong lg kan, merasa gak la aku masuk lokap tu nanti.

Basic aku tak banyak cuma 1500, elaun 475. Kete 450, bilik sewa 400, personal loan aeon credit 120, minyak kete dlm 200 sebulan. Skrg ni aku mintak member aku tolong drive kete aku ke tempat keje so aku bayar la duit minyak. Ikutkan tak jauh pun dgn tmpat keje tp bas tak ada yg lalu situ. Takat makan boleh ikat perut tak ada hal sgt. Tapi tu la janji nak byr owner rumah lagi, agent lg, JAIS lg. So aku buntu dan tiap-tiap hariku ditemani air mata

So nak mintak pendapat forumers, aku tau dah pernah ada thread pasal personal loan sume tu kat bod ni. Aku pun da pernah apply aeon credit punya personal loan. Bln 7 thn depan baru abis byr gamaknye, oh ye n skrg house loan aku dah approve cuma belum release je, kalau aku apply apa-apa personal loan adakah diorang ada rekod tentang tu. Dan bln lepas cmtu aku ada apply cimb punye personal loan, tak igt ape namanye tp reject. . Easy rhb ada la masuk different outlet 2-3 kali, tapi tang epf je tak lepas. Mesti nak potong 165 tiap-tiap bulan konsisten katenye, yg aku plak ade yg 165 ade yg 161. Memang tak konsisten la. Then dia mintak payslip dan bank statement tggu approval. Pastu senyap. Mungkin tak approve kot.

So nak tanya la sape yg ada pengalaman dan mungkin leh bg suggestion ke, aku pun dah buntu sgt..plak tu aku sorang nak kena face sume ni. Tertekan woo


Update: Sorry tak respon, aku baru kematian ayah tiri di Singapore yang menderita kanser paru2. Pasal property agent boleh kata kawtim sebab kantoi dia charge both sides - penjual n pembeli. Sebelum tu aku nego dgn owner rumah psl outstanding sewa 2 bln tu, aku cerita la masalah aku yg aku baru kematian ayah, then aku cerita psl nak byr agent lagi. Pada fikiran aku, agent mmg x charge penjual kononnye sbb agent cakap dia xdpt bg harga yg penjual minta. Terkejut owner rumah, rupenye kat penjual dah charge 4k, kat aku lagi dah 3.5k. Bukan main tamak lg. Owner pun sound agent tu dan agent setuju supaya x charge aku 3.5k, cuma charge aku runner fees n documentation je. Tu mungkin dalam bape ratus je kot. So aku slow2 nak byr outstanding sewa rmh, dan cuma kena risau pasal denda JAIS je ni. Tarikh dah dekat, kalau dokumen jual beli rumah dah complete leh proceed kuarkan akaun 2 kwsp,dalam akaun 2 ada 5k lbh je. Lawyer fees dalam 5k lbh gak tapi owner iaitu penjual setuju nak bahagi dua dgn aku, kira dia byr separuh aku bayar separuh. Kat situ aku ada balance lg lbh kurang 2.5k. Tapi sempat ke? Wallahualam. Tgh tunggu consent letter je dari pemaju, lepas apply kuar kwsp amik masa 2 mggu gak kot baru masuk akaun. Doakan aku ye forumers sekalian. Aku redha dgn ujian yg Allah bg pada aku. InsyaAllah harap2 ada jalan keluar dari masalah2 ni

Update 2: Hari ni 29/12/14 update utk masalah aku ni, aku dah dapat 3k dari seorang kwn lelaki untuk byr denda jais. Aku dah lama cerita masalah aku ni kat dia, maklumlah tertekan kan so kira macam luahan perasaan la. Dia pun tak pernah mention kata nak bantu ke ape, tup2 semalam dia bg aku 3k. Tapi tu la nak cerita pun segan, dia dapat duit tu hasil perjudian online yang dia menang 5.9k. Utk pengetahuan korang, sehari dua sebelum aku dpt 3k ni masa duk serabut2 fikir mana nak cekau 3k tu, aku ada bernazar dalam hati kalau la aku dpt 3k aku nak puasa 3 hari tapi tak berturut2 la..dan aku nak sedekah RM50 kat fakir miskin atau anak yatim. Tapi tu la..since duit yg aku dpt ni pun source nya almaklum la tak halal, memandangkan dah terdesak aku pun terpaksa la amik..masih confuse tak tahu nak tunaikan nazar ke tak..tapi lastly aku decide nak tunaikan je sebab dah niat (diterima atau tidak wallahualam, semoga Allah ampunkan dosaku ini).
Tarikh makin dekat, n aku ada whatsapp pegawai jais yg dtg rmh aku dgn waran tangkap oktober lepas. Saje nak confirmkan tarikh dan nak inform yang duit dah cukup so tak payah datang lagi dengan waran tangkap baru (memandangkan aku tak hadir bicara bln oktober tu sbb xcukup 3k atas nasihat pegawai JAIS tersebut). Tapi malangnya pegawai jais yg aku namakan En Zul (bkn nama sebenar) dah tak boleh tolong sbb dah tak in-charge. Aku difahamkan JAIS akan cari aku di alamat ofis atau kampung, dan tangkap aku jumpa hakim untuk sebutan kes di mana aku perlukan seorang penjamin dgn duit 2k. Adoi duit lg..dan kalau gagal masuk la aku ke dalam lokap sampai la tarikh bicara..   Aku tak tahu macam mana nak fight sebab aku rasa ni macam tak adil dan penindasan je tau, bayangkan lah aku diberitahu dulu tarikh bicara 3 April 2014. Masa tu nangis2 aku cari 3k, akhirnya cukup (mujur dapat duit kutu sekali time tu campur gaji aku dan pinjam dgn adik). Dah siap apply cuti, aku pun pergi mahkamah. Sampai sana check nama aku takde, 2 org lagi yg kena tangkap sekali dgn aku pun nama diorang takde. Bila tanya kat kerani tu dan sorang polis yg jaga situ, sorang cakap nama takde dalam rekod dan sorang lagi cakap mungkin nama aku dah gugur dari kes. Masa tu apa lagi aku pun balik la dgn lega fikir dah takde apa. Duit 3k tu yg sebahagiannya aku pinjam aku pulangkan kat adik aku, yang selebihnya selamat dibelanjakan tanpa rasa bersalah. Aku pun jalani seharian kat rumah tu sampai la awal bln oktober lepas, En Zul tu dtg dgn geng2 dia dgn waran tangkap kat tgn. Aku pun questioned la diorang aku ckp aku ada pergi tapi nama aku takde. Diorang ckp aku tak hadir bicara, eh tgk bulan Julai plak. Rupanya bukan nama takde dalam rekod tapi aku tak di inform langsung pasal tarikh bicara tu postpone, even adik aku pun tak pernah di inform. En Zul ckp tarikh bicara lg 2 hari, mana plak nak cekau 3k dalam 2 hari. Sudahnya tak pergi sbb tak cukup 3k, sebab kalau aku pergi jugak..confirm masuk jail sebab tak dapat bayar denda. So hari ni baru dapat tahu, waran tangkap baru dah keluar kot, tunggu masa je nak ditangkap dan masuk lokap sampai la tarikh bicara (kalau lagi seminggu, seminggu la aku dalam lokap). Aku tak pernah masuk lokap dan taknak masuk lokap tak kira la sehari ke seminggu, lagi satu klu diorang tangkap aku kat ofis habis la reputasi aku..silap2 kena buang kerja plak adoii.. Memang la aku salah sebab duduk campur lelaki perempuan walaupun dengan couple dah kawin, tapi wajar ke aku kena waran tangkap kalau aku tak tahu menahu pasal tarikh bicara tu postpone. Kalau tak dapat call aku pun, leh je call adik aku sebab adik aku penjamin..lagipun no ofis aku pun aku ada bagi. Leh je call ofis kalau tak dapat sangat call hp aku. Kesimpulannya masalah belum selesai walaupun dah ada 3k, settle masalah yg ni aku leh la dikatakan sangaaaatt lega sbb masalah ni dah mengganggu fikiran aku berbulan2. Doakan aku ye

Update 3: Hari ni 10/01/2015 update utk masalah aku, 2 hari lepas ada 2 org pegawai JAIS ada dtg ofis aku dgn waran tangkap, mujur aku agak ready sbb da tahu kan so aku cite leklok dgn pegawai tu, aku tak boleh tinggal mcm tu je ofis utk ikut diorang sebab aku duk kaunter receptionist. Lagipun ada meeting besar yg semua org dlm semua department kena take part. Siapa yg nak cuti mmg takkan di approve punya melainkan terlalu kritikal. Aku pun ada explain yg bkn aku sengaja tak dtg bicara tapi aku tak di inform langsung tarikh postpone tu at first place. Nasib baik sgt diorang tak tangkap aku, just diorang amik gambar IC aku dan amik no manager aku just in case aku melarikan diri. Aku dgn konfiden la ckp encik dah tahu sy kerja kat sini encik bleh cari saya kt sini bila2 masa, tapi next bicara on 15hb Jan ni saya janji saya dtg dgn izin Allah. Diorang pun pesan suruh bawak 3k on hari bicara tu nanti, so aku pun tgh counting days je la dan submit leave form siap2. Lepas bicara 15 Jan tu nanti aku update lagi, supaya org tgk masalah aku ni selesai la at least ada progress kan bukan cuma post masalah je kat thread je hehe





Last edited by muziah84 on 13-12-2014 12:45 PM





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 03:14 PM | Show all posts
Lelaki yang kena tangkap khalwat sekali dgn ko dulu xleh tolong ke?... Cuba ko jual kereta tu. Mungkin leh dpt RM 3 - 5k downpayment dan suruh pembeli baru sambung bayar kereta tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 03:50 PM | Show all posts
Tak paham kenapa property agent tu mintak komisen dekat kamu.
Kamu kan pembeli, bukan patut komisen dia dapat dari penjual?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:03 PM | Show all posts
aku rasa ko kena usahakan buat personal loan yg boleh dpt kelulusan segera..
try pegi submit loan kat koperasi plak...biasanya koperasi ni takdelah byk kerenah sgt...
contohnya:- bank persatuan ke, MBSB ke....

ko jgn pinjam ahlong plak ye..lagi susah hidup kang
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:31 PM | Show all posts
sabar yerrr...kesian pulak aku baca
pasal personal loan...aku ada experience...
dgn mana2 bank pon aku rasa same je...diorg akan track kita punya capability...tanggungan semasa..
if banyak tanggungan...mmg susah nak lepas...tapi TT boleh gak cuba lain2 bank...
easy rhb mmg macam senang..tp tgk die punya interest..mak aihhh..tinggi bebeno

aku rasa ko listkan perbelanjaan ko bulan2
mana yg boleh cut...ko cut
mana yg boleh hold...mintak hold..
JAIS tu x boleh tolong ke??mintak panjangkan tempoh bayaran??
settlekan yg penting dulu k...

banyak2 berdoa...solat taubat...dhuha...al waqiah....aku rasa banyak kali dah ak tulih camni..
nak ingatkan diri aku sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:34 PM | Show all posts
bank rakyat tak lepas ke TT?
sorry lah aku tatau thread2 ko yg lepas (kalau ada baca pn tak ingat dah)
bank rakyat cepat juga lulusnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2014 05:30 PM | Show all posts
dipendekkan cerita...

1-berapa yg ko perlukan sekarang ni?
2-kalau ada org nak bagi pinjam, camner cara ko nak bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl posted on 4-12-2014 03:50 PM
Tak paham kenapa property agent tu mintak komisen dekat kamu.
Kamu kan pembeli, bukan patut komisen ...

Agent slalu akan charge kat penjual & pembeli...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 10:00 PM | Show all posts
banyaknya masalah... kesian nya..

sori xtau nk tolong.. tumpang baca n komen je..

xde ke ahli keluarga yg leh tolong?
brg2 emas xde ke utk cagar kt ahli keluarga?
klu pi jual or gadai kt kedai, cm x berbaloi..

klu nk pinjam dgn kwn2 or family, kosong xde cagaran cm susah la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
wds posted on 4-12-2014 03:14 PM
Lelaki yang kena tangkap khalwat sekali dgn ko dulu xleh tolong ke?... Cuba ko jual kereta tu. Mungk ...

Bkn dia punya partner....

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou posted on 4-12-2014 04:34 PM
bank rakyat tak lepas ke TT?
sorry lah aku tatau thread2 ko yg lepas (kalau ada baca pn tak ingat d ...

Bank rakyat klu org gomen memang tak de pblm....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak tlg dgn mak lah tt..

Utamakn kes Pej agama tu dulu..

Serius terharu aku bila kau kata basic pay kau rm1500.  Nak byar rumah, keta, minyak dll...
Mcmana kau mkn tt...

Klu ada brg kemas kau gi ar-rahnu je dulu...kumpulkn rm3k tu dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia posted on 4-12-2014 09:43 PM
Agent slalu akan charge kat penjual & pembeli...

Rasa akk agent charge kat penjual kan innn??.


Sbb masa akk beli satu rumah tu dulu, sblm byar 10% deposit, dia mintak 2% dari akk...bal 8% tu akk byar kat lawyer...

Kira dia ambik dari  seller le tu...

Mgkin kes tt mcm ni le kot...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 4-12-2014 10:17 PM
Rasa akk agent charge kat penjual kan innn??.



Dedua sis... Seller certain % and buyer around 5-6%....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 11:13 PM | Show all posts
jazaa posted on 4-12-2014 10:01 PM
Bkn dia punya partner....

Aku baru je lepas jenguk TT punya thread yang pertama tu. Pening gak aku nak membacanya panjang berjela-jela. Apa yang aku paham masalah TT semuanya berpunca berkaitan lelaki.

Aku nasihatkan dkt TT la. Mulakan hidup baru, jangan berhutang lagi. Jual je kereta tu dan mula dari bawah semula. Amik masa tak lama pun. Mungkin 3-5 tahun kalo berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri. Yang penting hidup tidak terbeban dengan hutang. Hubungan dengan lelaki sila ketepikan buat masa ni. Stabilkan dan kuatkan diri sendiri dulu supaya tidak kena tindas atau menderita kemudian hari. Ko gadai je segala harta yang ko ada untuk hapuskan hutang ko tu. Biar hidup serba kurang asalkan tiada hutang. Peduli la apa orang nak ckp. Jangan gadai diri sendiri lak.

Ni je nasihat aku untuk TT.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je baca quote kat pesbuk tadi..kata nya salah satu ujian adalah hutang piutang

Setuju dgn posting @wds kat atas ni..apa yg ada gadai/jual semua..settle semua hutang jgn simpan lagi..bg aku hutang la paling sakit..nak habis bayar tu makan taun..kalau ada dapar duit selepuk tu lain citer la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2014 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sewa bilikrm400 tu agak mahal jugak
1 rumah dok bape org?
Dlm keadaan kewangan ko sekarang, aku rase lah, ko tak payah beli rumah dlu patutnye
Setelkan mende2 yg patut disetelkan, then baru beli rumah
Kalo ko ade lesen motor, jual kete beli motor
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt....kau nak berubah tapi tak 100% berubah....

Sapa duduk rumah lama kau tu?...aku rasa org yg sama...klu aku jadi kau aku suruh dia kuar & kau  balik semula kerumah tu sbb loan kau pun dah approved....nanti kau nk kena bayar loan pulak...

Kau cari penyewa utk dua bilik kosong & kau duduk satu bilik...duit deposit dorang byar tu kau blh byar agent atau tuanrumah....

Selagi kau simpan 'member' kau tu sampai bila-bila hidup kau takkn senang...

Klu aku jadi kau dgn gaji byk tu aku tak beli keta....

Last edited by jazaa on 5-12-2014 06:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:08 AM | Show all posts
Tu la ko byk berzina..tuhan bg ko cash of sorrow..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak nye hutang ko. Ko buat ape ngn duit2 tu? Sori aku xbc kisah lama ko.. ermm aku pn buntu kalo xde duit. Dats y aku blnja ngn berhemah. Mana yg bukan keperluan tu ko jual je dl. Byr yg penting2 je.

1 lg..mgkin ni kifarah utk dosa2 ko. Byk2 brdoa agr Allah bagi ko jalan utk selesaikan hutang2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.109047 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list