CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13935|Reply: 22

Arnab Angora - Diternak Kerana Bulu

[Copy link]
Post time 1-12-2014 08:59 AM | Show all posts |Read mode





Sekali pandang nampak macam gula - gula kapas. Gebu. Itulah arnab Angora. Apalah makanan diberi hingga hingga jadi begitu sekali. Tapi ternyata, spesies ini memang wujud dan berasal dari Angkara, Turki. Menurut rekod, arnab Angora sangat popular sekitar abad ke-18 dan menjadi haiwan kesayangan keluarga diraja. Kemudian, barulah ia tersebar ke serata Eropah sebelum masuk ke Amerika Syarikat sekitar abad ke-20. Sama seperti haiwan lain, arnab Angora terbahagi kepada beberapa baka tersendiri.Empat jenis baka diletakkan di bawah Persatuan Baka Arnab Amerika (ARBA). Antaranya baka English, French, Giant, & Satin. Selebihnya adalah baka German, Chinese, Swiss, Finnish, Korea & St. Lucian. Arnab Angora juga dipercayai spesies arnab tertua di dunia.


Cara penjagaannya juga mudah. Mereka tidak memerlukan sebarang vaksin tambahan & juga tidak memerlukan makanan yang mahal. Hanya diberi rumput sudah memadai. Bagaimanapun, anda perlu menjaga bulunya dengan baik, & cermat supaya kelihatan kemas, bersih & terjaga rapi. Untuk mengelakkan bulunya tampak kusut, kerinting atau bergumpal, pemilik selalunya akan menyikat bulu arnab tersebut 2 minggu sekali. Dengan menggunakan berus gigi biasa atau berus khas, bulu - bulu arnab akan kelihatan lebih bersinar jika kerap didandan.






Arnab Angora bukan diternak sebagai haiwan peliharaan, ia juga diternak kerana bulunya. Bagi industri pembuatan pakaian, bulu arnab Angora dikategorikan sangat lembut & bersinar seakan-akan sutera. Dari segi diameternya, ia dikatakan 0.0011cm lebih halus dari bulu kambing Kashmir. Selalunya, bulu mereka akan dicukur 4 bulan sekali. Apabila musim tersebut, arnab akan menunjukkan tanda-tanda bulu matang. Antaranya bulu gugur, mudah tercabut apabila disikat & arnab akan termakan bulunya sendiri. Ketika itu, proses mencukur perlu dilakukan segera. Biasanya, proses ini dilakukan dengan mencabut, mencukur atau menyikat dengan alatan khas. Kemudian, bulu-bulu tersebut akan diletakkan di tempat khas & disusun selari bagi mengelakkan ia berada dlm keadaan kusut. Jika berselerak, kualitinya berkurangan.






Jika anda gagal menguruskan bulunya dengan baik,  serta membiarkan bulu-bulunya gugur tanpa pembersihan, berkemungkinan besar arnab ini akan mati. Sama seperti kucing, arnab sangat gemar menjilat bulunya sendiri. Bagaimanapun, apabila tiba proses mengutip bulu, mereka secara tidak sengaja akan menelan mana-mana bulu yg gugur. Berbeza dgn kucing, mereka boleh memuntahkan kembali. Tetapi tidak bagi arnab Angora kerana mereka menelan sedikit demi sedikit. Apabila bulu sudah memenuhi perut, mereka akan menjadi kenyang sepanjang masa & tidak lagi menjamah makanan mahupun minuman.Ini kerana bulu yg masuk ke dalam perut tidak akan hadam sama sekali. Maka secara tidak langsung, ia akan menyumbat saluran usus & menggangu kesihatan arnab dan akhirnya mati.



**FAKTA TAMBAHAN**:

  • Selain daripada arnab Angora, terdapat  2 lagi spesies haiwan daripada kumpulan yang sama, iaitu Kambing Angora & Kucing Angora. Sama seperti arnab, kambing Angora diternak kerana bulunya. Tetapi tidak bagi kucing Angora.

  



Last edited by anees~nuhara on 1-12-2014 08:58 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 09:16 AM | Show all posts
Comelnya arnab2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 10:57 AM | Show all posts
gebus gebas bulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 11:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:25 AM | Show all posts
comelnya, tapi macam kesian pulak tgk kena ikat tu..
cam seksa je
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:27 AM | Show all posts
comeynya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2014 12:14 PM | Show all posts
Lahai comelnya gebus2
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 03:33 PM | Show all posts
comelnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 03:38 PM | Show all posts
gebunya......kucing angora tu pun comel gak
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 03:59 PM | Show all posts
tomei sungguhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 04:30 PM | Show all posts
gebu smpai x nmpak mata pulak..
tapi comel
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 04:48 PM | Show all posts
pernah terbeli sweater anak aku yg guna bulu angora ni.. ms beli tu tak perasan pulak, tgk cantik aku ambik la.. skali bile dh pki penuh pulak lekat dkt baju mcm bulu kucing tu.. bila aku tgk kat situ dia tulis angora.. dah saspen sbb aku igt kot bulu oink oink..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel ya..Harapnya bulu arnab ni dicukur dan bukan disiat hidup2 mcm arnab jenis lain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 07:37 PM | Show all posts
muka memasing..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:16 PM | Show all posts
ni kalo pelok best ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
terkejutnye posted on 1-12-2014 04:48 PM
pernah terbeli sweater anak aku yg guna bulu angora ni.. ms beli tu tak perasan pulak, tgk cantik ak ...

warna apa? oink2 bulu sontot2 jah. n wane hitam jah selalu nye yg berbulu ni. yg pinkishh tu kulit je bulu xde sgat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 05:16 PM | Show all posts
cuteness overload...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 09:20 AM | Show all posts
kalau dia berak, jenuh nak cuci bulu dia yg kena taik tu.. huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 09:45 AM | Show all posts
sedapnya pelukk
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 12:55 PM | Show all posts
mata pun x nmpk dah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.073813 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list