CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34865|Reply: 4

[Tempatan] Simpanan ASNB RM118,800 lesap ditipu scammer

[Copy link]
Post time 14-10-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh MOHD AZLI ADLAN
14 Oktober 2024



Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU – Gara-gara terpengaruh dengan tawaran pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan mencecah sembilan peratus sepantas tiga hari, seorang penyelia tapak pembinaan kehilangan simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak RM118,800.

Lelaki berusia 39 tahun hanya menyedari tertipu apabila tidak dapat mengeluarkan ‘keuntungan’ pelaburannya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 10.46 pagi, semalam.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, mangsa yang menetap di Manir di sini tertarik dengan tawaran pelaburan saham yang dilihatnya di aplikasi kumpulan WhatsApp pada pukul 7.55 malam, 21 April lalu.


“Skim pelaburan saham yang didakwa didagangkan menerusi aplikasi dagangan saham berpengkalan di Hong Kong tersebut menawarkan keuntungan antara lima hingga sembilan perarus dalam tempoh selewat-lewatnya lima hari dengan hanya bermodalkan RM5,000.

“Keuntungan kononnya dijanjikan akan dilunaskan dalam bentuk mata wang Ringgit dan Yuan (China),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, mangsa yang tertarik kemudiannya telah menghubungi salah seorang pengendali skim pelaburan tersebut.

Tambah beliau, lelaki itu kemudiannya menandatangani perjanjian dengan penaung aplikasi dagangan tersebut secara dalam talian sebelum mempelajari teknik berdagang saham dengan seorang mentor maya selama beberapa bulan.

“Mangsa kemudiannya mula membuat pelaburan awal RM5,000 sebelum meningkatkannya sehingga mencecah RM118,800.

“Mangsa mula menyedari tertipu apabila gagal mengeluarkan RM2,000 yang merupakan sebahagian keuntungan diperolehinya sebalik diminta membayar RM 424,298.08 sebagai caj pengeluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 04:24 PM | Show all posts
Baik beli laptop gaming daripada join segala skim pelaburan palsu di semua medsos..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.tapi nmpk convincing jgklah scammer ni drp kena tipu hidup2 dgn scammer kat talipon yg sah2 scammer
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
i pun dah berjaya pujuk adik keluarkan semua duit asb dia utk melabur skim hari tua yg i berangan2 kan... ... tapi tkde lah sekelip mata dpt keuntungan, adik dah setuju ... lepas 6 bulan baru boleh jana keuntungan lebih kurang 15% (sbb dia cuma bagi i modal awal 15% aje, tu jelah duit dlm asb dia) harap2 plan i berjalan lancar. Kalau tak berjaya, kena pulang kan duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 06:11 PM | Show all posts
Buat report polis pun bukan boleh dapat duit balik pun..
hangus mcm tu aje duit simpanan.. kesian betul..

Aku tak tau yang kat group whatsapp pun ada, tapi kalau dalam telegram masa sebelum aku activate option only friend yang boleh add masuk group, mmg tiap2 hari ada aje kena add masuk dlm group scam mcm ni..

Pastu yang best dalam group tu semua (bots) berborak sama2 diorang mcm orang gile, duit dah masuk lah, apa ke benda la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.311517 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list