CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2000|Reply: 7

Bukannya sengaja lewat hantar

[Copy link]
Post time 31-10-2014 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Assalam, first time post thread kt sini. Selalu jadi sr je.

Camni kisahnya, aku dah habis praktikal dah bulan 9 aritu tapi drag sampai oktober la sbb tempat praktikal tu bagi sambilan. Memandangkan aku xde keje, takde hal pun sambilan kat situ.

Okeh macam bese, lepas praktikal kena la anta beberapa dokumen yang berkenaan seperti buku log, borang penilaian, dan report (yang hard cover tu).  Borang penilaian aku dah fax kat sv dah, cuma report sekali dgn buku log belom. Tempat aku mana ade bagi elaun, itu pun hidup bergantung dgn saki baki ptptn dulu pastu kadang2 parent topup sikit.

Jadi, aku punya report tu nk buat hard cover lambat la sket kan sbb xde duit, aku tempah 3 hari so dpt murah la sket. Tempat praktikal aku ni pon nak jenis hardcover jugak, so kena la dedua report hardcover. Padehal binding bese pun boleh. Takpelah, ikut je la.

Aku start sambilan tu kebetulan tempat keje aku tgh busy plan event dorang, sbg kuli aku lah yg diarahkan itu ini. hias,print,laminate,etc. dah la staff x ramai. penat nak mati. balik rumah sewa, pukul 9 dah tido. sampai tengah bulan gak la busy sbb eventnya dah makin dekat. btw ni event kemasyarakatan dan hari keluarga yang agak grand (kononnya).

Pastu aku pon terlupa nk amik hardcover tu, org kedai tu bukan nak call! taulah aku amik pakej murahh. aku amik cuti sehari pegi amik report tu, cdang nak anta terus ke fakulti. aku takde transport sendiri so naikla bas. tunggu bas je berjam2, rasa malas betul time tu. dah amik report, nk anta ke fakulti kena tunggu bas lagi. boleh lak tengah2 jalan bas rosak. aaaaaa dugaann. hujan lebat pulak. aaaaaa sv lak cakap anta masa dia ade kt bilik,lepas dia balik kalau anta die xnk terima. kejamnye.. time tu jam dah pukul 4 lebih, dan stuck tepi jalan. boleh lak driver bas tu rilek je dalam bas. dia kata kalau nak tunggu, tunggulah. kalau xnk boleh tahan bas lain. dalam ujan tu aku turun pastu tahan bas lain. terus balik umah. kalau sempat sampai fakulti pon dah lebih office hour.

so cadang nak pegi esoknya lah, takde transport (umah xde kete sbb parent aku lawat nenek aku sakit. aku jaga umah), masa tu dah dekat seminggu selepas tarikh tutup anta. sv aku call pastu cakap camni,

"where's your report! saya nak sekrang faham tak. harini jugak awak kena hantar. saya tak kira."

mengigil kejap. bukannye aku xnak anta, masalahnya aku mmg busy (jadi kuli), in fact sepanjang praktikal aku mmg busy (jadi kuli staff yang cerewet2 tu).

tapi ada hikmah sbb esoknya aku ade interview keje. legaaa, dan sekarang aku dpt keje sbb lepas inteview tu. legaa beb sebab member lain still cari keje dan ade tak lepas interview.

alamak panjangnya. yelah ruangan aduan dan pendapat kan..hehe

interview tu hari rabu, esoknya tu pun ade interview gak (keje bese2 je). aku pegi sbb ibu aku suh pegi, kot2 rezeki kan. 3 hari berderet interview, mmg tak sempat la ceritanya nak hantar report tu.lagipun batch kitorang nya praktikal hanya gred lulus gagal pastu transkrip dah keluar. cuma report kene anta sbg bukti kita penah praktikal dan utk masuk dlm sv punya report la. tapi aku tak dapat anta sbb pegi interview ni aku bgtau la kat sv aku, dia kata okey anta awal nov (1-2) pun bole. kejap ok, kejap meroyan. tak faham aku.

pastu isnin aritu aku dpt tau aku berjaya dpt keje. lapor diri selasa aritu. aku dpt keje ni sbb staffnya berhenti nk ikut suami, banyak gila keje yg ditinggalkan. btw aku hari2 pegi keje dgn ibu aku,dia anta. aku ingat nak hantar kelmarin tp ade meeting pulak,semalam kelas aku pack sampai kol 4, harini pun sama. nk curi masa taktau cemana.

so aku nk anta esok la, sangkut je kat pintu sv tu. nk amik ke tak, lantak ar janji aku anta walaupun lmbt. tibe2 tadi dia call marah2,

"mana report awak! saya dah suruh anta kan. aku pelik betul la, suka menyusahkan orang ke?!"

"maaf puan, saya dah start keje ni, susah sikit nk curik masa. (susah sikit sbb swasta plus bos tak bagi nnt staff sikit) tp haritu ada puan btau anta 1-2 nov. "

"nonsense! bila masa saya cakap camtu! (sv aku dah tua, pelupa kot) no no no you have to send it now before lunch hour (time ni dah gigil2 sbb tau impossible) what a bad student la you. very bad. (ulang byk kali)."

first time kena herdik camtu. bukannya aku tak bagitau, bagitau kot. desak2 cmtu. mustahil lah. time tu pukul 11, aku kt putrajaya. nak masuk shah alam. gila mane sempat sampai before lunch hour. agaknya aku lama je diam pastu dia suruh anta esok. mmg plan aku pun.

haihh

byk lak bebel, sorry korang! aku taktau nk luah kt mana. huhuh

apepun penah tak korang (yg ada praktikal) mengalami keadaan seperti aku ni? ke korang ada penah anta lagi lambat? hahah tapi nk tny la, report tu diorang nk buat apa. dalam kes aku ni markah praktikal kitorang tak ditentukan dgn report. lepas surat penilaian anta dgn visit lec, dah lulus dah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 02:13 PM | Show all posts
Main issue psl anta report, tp tulis da mcm skrip drama 20 episode.. pening nk mmbaca nye..

Comments

Hahahaha!!!!  Post time 3-11-2014 03:22 PM
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 02:29 PM | Show all posts
all about time management.. sis kena faham mana keutamaan.. bukan main buat je semua menda.. hidup kita kena ada perancangan, plan a, plan b.

keutamaan sis ialah praktikal, dan selesaikan report. bab hias ke, menda2 merepek semua bas rosak ke, penat ke nombor last..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:04 PM | Show all posts
sorry to say..aku x ske org mcm ni,,byk sgt alasan..bestu ko menaip cite ko kt cni ade plk mase. kalau aku la,,aku mntak permission ketua untuk keluar hanta report,sure die bagi.. bas rosak teksi ade..teksi rosak lrt ade..so wats de probs? aku rse tt yg bermasalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 04:06 PM | Show all posts
hehehe.. ada masa jap time tunggu zohor tadi.

anyway thanks atas feedback sume, report tu dah pun selamat dihantar setengah jam yang lepas. yeay! lepas tanggungjawab yang satu tu.. phew

so mod nk delete thread ni pon boleh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 04:08 PM | Show all posts
jaja4 posted on 31-10-2014 02:13 PM
Main issue psl anta report, tp tulis da mcm skrip drama 20 episode.. pening nk mmbaca nye..

skrip drama 20 episode? hahaha banyak nyaa

cerpen sudaa

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-10-2014 04:09 PM | Show all posts
rawahah posted on 31-10-2014 02:29 PM
all about time management.. sis kena faham mana keutamaan.. bukan main buat je semua menda.. hidup k ...

itulah, mmg saya yang silap tu. takpelah, pengalaman... pasni taknak ulang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:48 PM | Show all posts
totoro-chan posted on 31-10-2014 04:09 PM
itulah, mmg saya yang silap tu. takpelah, pengalaman... pasni taknak ulang lagi.

xpe.. kesilapan itulah pendidikan paling berkesan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.323967 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list