CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2635|Reply: 7

Ning dan Zainal Abidin saling melintasi

[Copy link]
Post time 28-9-2014 12:42 AM | Show all posts |Read mode
Zainal Abidin sengaja melintasi pentas apabila Ning terpaksa mendendangkan satu lagu tambahan atas permintaan penonton yang memenuhi dewan DFP, kerana sepatutnya Zainal membuat persembahan waktu itu..



copy paste dan kredit untuk Murai.com
KL, 23 SEPT 2014:
Ning Baizura Balas Dendam Kerana Tindakan Zainal abidin
Bukan suatu yang biasa buat dua penyanyi senior, Ning Baizura dan Zainalabidin apabila masing-masing saling berbalas-balas tindakan ketika membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) hujung minggu lalu.
Murai Batu difahamkan, Ning Baizura telah membalas tindakan Zainal abidin yang dikatakan sengaja melintas di atas pentas ketika diva Pop R&B itu sedang membuat persembahan ketika berlangsungya DFP Seni Festival 2014.
Kerana tindakan spontan Zainalabidin itu, penyanyi Ning Baizura juga telah membuat tindakan serupa apabila tibanya giliran penyanyi Hijua itu membuat persembahan tidak lama selepas itu.
Entah apa juga agenda yang cuba disampaikan oleh kedua-dua penyanyi berkenaan, itu Murai Batu kurang pasti.
Tapi apa yang Murai Batu faham, itu hanyalah tindakan jenaka yang dibuat oleh kedua-dua penyanyi berkenaan untuk persembahan masing-masing dalam mewujudkan sentuhan humor kepada peminat-peminat mereka.
Kejadian itu terjadi apabila Ning Baizura terpaksa mendendangkan satu lagu tambahan atas permintaan penonton yang memenuhi dewan DFP.
Pada hal hakikatnya, sudah tiba masanya untuk Zainalabidin membuat persembahan. Tetapi kerana itu Zainalabidin terpaksa membiarkan pentas itu diberikan kepada Ning Baizura buat sementara waktu.
Oleh kerana Ning Baizura disifatkan telah mencuri slot Zainalabidin, maka penyanyi lelaki berkaliber itu telah membuat satu jenaka spontan  yang kemudiannya diikuti Ning Baizura pula apabila tiba masanya dia membuat persembahan.
Kelakar kan? Inilah ragam penyanyi-penyanyi senior kita.
Bagi Murai Batu, humor yang disampaikan Zainalabidin dan Ning Baizura memang menjadi dan telah membuatkan ramai penonton ceria dan tertawa.
Harapan Murai Batu agar pihak DFP dapat menggabungkan Ning Baizura dan Zainalabidin sekali lagi dalam satu konsert bersama-sama tidak lama lagi.
Apatah lagi, apa yang Murai Batu dengar persembahan Ning Baizura telah mendapat tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ daripada tetamu yang hadir ke konsert akustika berkenaan. Bravo



Last edited by Laracinta on 28-9-2014 01:09 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 12:47 AM | Show all posts
Owh  melawak je rupanyer
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 12:53 AM | Show all posts
Baca tajuk tak paham. Bergurau senda rupanya. Ingat nak bergaduh tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:12 PM | Show all posts
haha .. gurau je rupanya. abis masa aku membaca dengan trkun ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:15 PM | Show all posts
nice!!....kehkehkeh...teringin nak tengok rakaman tu...kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:21 PM | Show all posts
Ni retis zaman dulu. Sebab tu nama diorang still famous. Bukan mcam  retis zaman sekarang.
Retis sekarang retis IG jah banyaks. Last edited by lionsleepin on 29-9-2014 01:26 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2014 01:24 PM | Show all posts
lionsleepin posted on 29-9-2014 01:21 PM
Ni retis zaman dulu. Sebab tu anma diorang still famous. Bukan mcam  retis zaman sekarang.
Retis se ...
anma
amende ni? cer sexplain sket

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lintas melintas....cehhh ingt kn apa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.090110 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list