CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16760|Reply: 4

Masalah pencemaran air di Malaysia

[Copy link]
Post time 22-3-2014 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JapaneseMY at 5-5-2016 11:55 PM

Masalah pencemaran air di Malaysia
By: Kasmuri Hassan
18 Mac 2014

Masalah pencemaran air di Malaysia satu fenomena yang mengangu kehidupan manusia dantidak menyokong kepada sistem kehidupan global.
Masalah pencemaran air di Malaysia membantutkan  aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dansebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidakbertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidaklangsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitumana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam,atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatikserta tumbuh-tumbuhan air.


Masalah pencemaran air di Malaysia dilihat daripada punca-puncanya.

Masalah pencemaran air di Malaysia ialah dari pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, SungaiSemenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Masalah pencemaranair di Malaysia juga dikaitkan dengan sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkanke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan airsungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisaradioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Masalahpencemaran air di Malaysia juga disebabkan tumpahan minyak yang berlakudisebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyakyang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan airdan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MVWaily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyakmentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran TanjungAyam.


Masalah pencemaran air di Malaysiadan kesan pada jangka pendek dan panjang.

Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepadajantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf.Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.Bagaimana air sihat boleh merawat pelbagai penyakit kronik seperti di jepun Klik Sini
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yangboleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesarandan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akanmati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorongkepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripadapencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh denganbanyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.


Masalah pencemaran air di Malaysia dan LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR


Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perludiadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedarankepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakan alam sekitar.
Selain itu,pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Manakala,Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapathukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukankesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakanhukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebihdaripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Pencemaranair perlu diambil serius oleh setiap insan kerana ia mengakibatkan kemudaratan kesihatan kepada keluarga di Malaysia.Sebagai langkah proactive setiap rumah perlu dibekalkan dengan penapis air yang sesuai dengan cara gaya kehidupan setiap keluarga.


Jangan mengambil resiko dengan keracunan air yang mungkin dihadapi oleh keluarga di Malaysia kerana ingin berjimat RM1-RM3 sehari.


Kesimpulannya,sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnyamementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yangdijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.

Dipetik dan diulas dari pencemarandotblogspot


WassalamTerimakasih


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2014 08:10 AM | Show all posts
tred camni kt sini tuk bincangkan apa ye??

but good article
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 01:13 AM | Show all posts
genchi posted on 24-3-2014 08:10 AM
tred camni kt sini tuk bincangkan apa ye??

but good article

apa pendapat anda mengenai pencemaran,kerana ketiadaan air di selangor baru2 ini memang mengundang serius kesihatan rakyat selangor
salah satu sebab adalah pencemaran bukan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 08:17 AM | Show all posts
JapaneseMY posted on 27-5-2014 01:13 AM
apa pendapat anda mengenai pencemaran,kerana ketiadaan air di selangor baru2 ini memang mengundang ...

owhh pencemaran mmg mende yang perlu dipndg siyes bg gen.. apa2 jnis pencemaran pun la..
sbb mengganggu ekosistem .. makhluk hidup.. huhu..

kalo sg bese yg mencemarkan kilang dan orang yg buang smph dlm sungai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2014 03:17 AM | Show all posts

Bagaimana Wanita Diluar Sana Boleh Mendapat Harga Minyak Bersubsidi

Bagaimana Wanita Diluar Sana Boleh Mendapat Harga Minyak Seperti Harga Bersubsidi https://www.facebook.com/pages/T ... ah/1514875625417093 Last edited by JapaneseMY on 2-11-2014 03:18 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.114489 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list