CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4513|Reply: 46

[Tempatan] HIMPUNAN #222

[Copy link]
Post time 17-2-2014 12:03 AM | Show all posts |Read mode


Bantah PBS: Himpunan 222 gugat kerajaan hanya dakyah

BANGI: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) memberitahu "Himpunan 222: Mansuh PBS" akan diadakan di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi pada jam 1 petang berikutan terdapat satu arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pegawai Pendidik Daerah Malaysia (MPPDM) yang meminta agar guru-guru tidak hadir himpunan yang diadakan di Putrajaya.

Himpunan aman itu dijangkakan dihadiri oleh 200 peserta akan turut dihadiri 15 badan bukan kerajaan (NGO) dan juga 10 orang tokoh pendidik negara ini bagi menyatakan bantahan terhadap  pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Jelas Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari pada satu sidang media petang semalam, berikutan arahan tersebut SGMM mengambil pendekatan untuk mengubah lokasi himpunan tersebut.

"Himpunan yang kita jadualkan akan diadakan di pekarangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya telah kita ubah ke Masjid Bandar Baru Bangi.

"Ini berikutan satu arahan yang telah dikeluarkan oleh MPPDM yang mengarahkan agar guru-guru tidak hadir pada himpunan di Putrajaya itu.

"Berubahnya lokasi ini, KPM mahupun MPPDM tidak lagi boleh mengeluarkan apa-apa arahan agar guru tidak hadir kerana arahan mereka hanya tertumpu himpunan di Putrajaya sahaja, bukannya di Bandar Baru Bangi," jelas beliau.

Tegasnya lagi, apa-apa arahan yang dikeluarkan itu tidak terpakai kerana arahan pertama telah pun dikeluarkan dan jika masih terdapat arahan kedua ia adalah bertujuan untuk mengagalkan himpunan yang akan diadakan itu.

Beliau yang juga Ketua Gerak Kerja Kempen Mansuh PBS turut kesal dengan tuduhan Yang Dipertua MPPDM, Shafruddin Ali Hussin yang berkata himpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata, demi kepentingan diri.


"Saya di sini selaku Ketua Gerak Kerja untuk SGMM menegaskan beliau tidak sewenang-wenangnya menuduh gerakan ini dengan menyatakan untuk menjatuhkan kerajaan.

"Sikap beliau yang memutar belit cerita amat memalukan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah, saya dengan tegas mendesak beliau untuk memohon maaf kepada seluruh guru Malaysia kerana menuduh kami ingin menjatuhkan kerajaan.

"Sebelum kita dari awal menyatakan ini adalah gerakan untuk menjamin masa depan anak-anak kita baik di sekolah atau di luar, ia berkaitan pendidikan bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Ini jelas dan perlu faham," tegas beliau.

Katanya lagi, semua pihak sama ada menteri atau Pegawai Pendidikan Daerah juga perlu hadir pada himpunan tersebut bagi melihat sendiri pengisian yang akan dilaksanakan.

"Kita minta semua hadir, ibu bapa dan juga termasuk mereka dari KPM dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk melihat sendiri apa yang kita lakukan pada himpunan tersebut.

"Himpunan itu bukan hanya desakan mansuh PBS tetapi kita akan sertai dengan program-program penerangan tentang pendidikan, kelemahan PBS yang sudah tidak dapat diperbaiki sehingga pelajar menjadi mangsa," sambung beliau.

Jelas beliau, himpunan tersebut akan dibatalkan serta merta jika KPM mengeluarkan arahan rasmi dalam memansuhkan pelaksanaan PBS sebelum himpunan itu diadakan.

Namun, tegas beliau jika KPM masih berdiam diri dan bertegas dengan pendirian serta alasan mereka, himpunan 222 ini merupakan satu permulaan kepada gerakan yang lebih besar di seluruh negara.

"Kita mahu kebaikan dalam sistem pendidikan negara, kita bukan ingin menentang kerajaan tetapi ingin menjadikan ia yang terbaik.

"Kita gesa segerakan pemansuhan PBS, sayangi anak-anak kita dan jangan jadikan mereka mangsa kepada sistem yang nazak itu," jelasnya.

Beliau yang turut mengulangi, gerakan ini bukannya berlandaskan politik dan hanya bertujuan untuk kebaikan pendidikan, namun dalam masa yang sama beliau mengalu-alukan sokongan semua pihak termasuk parti politik.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO Pendidik), Normala Sudirman.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2014 12:05 AM | Show all posts
Tahniah pada muhyiddin yassing
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:07 AM | Show all posts
cikgu2 kt mesia ni byk pengampu dan pmbodek je

mana tak kena pijak dgn mohyidin tambi dn kuncu2nya lanunnya

kasi lawan habis2lah , jgn smbang je
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
aku xphm ape isunya cikgu cikgi ni,korang nak bonus lg ke..salah tau mnentang kjaan ni,nak masuk ISA ke masing2
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:12 AM | Show all posts
Ni gerak kerja derih natang ke nak impliment idea dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 12:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2014 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
tp mmg betul jugak lps muhyiddin pegang poftfolio ni mmg cacamarba pendidikan negare,maybe die nak bwk sistem pendidikan jawa tanah lelohornye itew spy budak2 mesia jd babu kuli mcm imigran indon kot,anak die pi hntr bljr music kat berkeley US tu last2 jd penyanyi club mlm naik van dr city ke city kat US nun,anak2 kite pi lantakla jd ape biar bodoh blake
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:19 AM | Show all posts
mohidin tambi n pikir komisyen dia dgn kroni dia je..

bkn dia dulik psl sistem pendidikan utk budak2 pun

x caya tgk apa dia dh buat kt jb , tamak haloba giler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 12:21 AM | Show all posts
Himpunan #222 ni adalah haram dalam agama umno, dilarang melawan menteri, besar dosanya..

kalu tak wajibkn anak2 murid pmpn islam menutup aurat kt sekolah takpe..tu bukan arahan kementerian..
pasal arahan tuhan tu lebih rendah dari arahan Menteri pendidikan..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 12:24 AM | Show all posts
yang kaya kompeni yg set server utk pbs yg lembaps iniii gakkkk....kaachingggg
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Masing masing di atas sana tu cakap bergegar gegar podium...nk sistem pendidikan taraf first world countries. Muntah. Yg aku nampak skg semua pening. Dari budak ke cikgu ke mak bapak. Semua dalam satu lorong yg tak nampak cahaya. Tolol manalah yg bertanggungjawab ke atas semua kebodohan yg berlaku satu demi satu ni.  Daripada membazir duit plan, execute, kemudian bungkus benda benda bongok ni semua, baiklah lagi kalau duit tu digunakan bagi baikpulih kelas tu semua. Bebudak belajar macam kat afrika aku tengok dgn kelas yang azab rupa paras.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:59 AM | Show all posts
mesia ni sistem dia dah korup giler, dah mmg wajib kena flush

bila sistem dah korup , apa yg ada dlm sistem tu turut jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 08:07 AM | Show all posts
batmana posted on 16-2-2014 04:21 PM
Himpunan #222 ni adalah haram dalam agama umno, dilarang melawan menteri, besar dosanya..

k ...

betol..sy sokong stetment ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
miu84 posted on 17-2-2014 12:28 AM
Masing masing di atas sana tu cakap bergegar gegar podium...nk sistem pendidikan taraf first world c ...

tepat sekali...sokong!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sistem pendidikan ala2 british di adukkan dengan idea merapu2.
Kalau nak buat perubahan tu, buat le pilot projek dulu utk tgk berkesan ke tak. Ini abis semua diubahnye serentak
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 08:34 AM | Show all posts
aik...ingat dah bayor juta2 kat consultant dah boleh execute....rupa2nya masih dlm kajian....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 08:36 AM | Show all posts
Kalau aku dekat pun aku mau datang dan ikut.....
Habuskan PBS!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 08:41 AM | Show all posts
ramai kawan2 aku yg bekerja as cikgu pon komplen pasal PBS ni
walupon aku x tau apa sebenarnya PBS ni
tpi aku rasa ni 'extra work,leceh dan membebankan dorang..mgkin..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 08:45 AM | Show all posts
Mana ada org nak bangun pukul 2-4am hanya nak key-in markah budak...
Baik aku bangun beribadah kpd Tuhan , lg baik....
Tapi inilah yg terjadi....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 08:47 AM | Show all posts
panjang sgt nak baca...

ni nak berdemo ada permit tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090971 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list