CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RosesAre_Red

Liverpool FC

 Close [Copy link]
Post time 9-2-2014 10:31 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2014 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
antagenaiz posted on 9-2-2014 02:46 AM
Last season (away) :
Arsenal 2-2 Liverpool
Man City 2-2 Liverpool

Kalo letak man united...lagi manis rasa nya...
tp aku tau motip ni utk top four je...
United x layak utk di compare...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 04:08 PM | Show all posts
Liverpool 5 - 1 Arsenal (Ulasan Liverpoolkita)

Arsenal diumpamakan telah dibogelkan, diikat mata dan dipukul tanpa belas kasihan di kem tahanan. Liverpool memang main berani dan tak hiraukan lawan yang memang jadi badi sebelum ni. Brendan Rodgers tak buat percaturan rumit dan bereksperimen bagai. Dia masih kekalkan kesebelasan lalu yang seri dengan WBA. Cuma tukar posisi Sturridge sebagai penyerang utama dan Suarez disebelah kanan dan Sterling di kiri. Lagi satu yang saya perasan dia ubah pelarasan tempo agar pemain main pantas dan asak dari atas.

Bek Arsenal takada orang yang pedulikan mereka. Sebab itu bila gerombolan penyerang kita naik mengasak, mereka jadi macam baru kena air ketum sekole, tak tahu apa yang mereka nak buat dan apa yang mereka dah buat. Gol pertama dan kedua dari Skrtel dari sepakan bebas dan penjuru menunjukkan tahap konfiden beliau. Namun Gol Sterling dan Sturridge adalah persembahan berpasukan yang menggunakan kepakaran hantaran dan penyudahan asbab kepantasan serangan.

Separuh pertama kegilaan 20 minit pertama dengan 4 gol adalah satu luar jangkaan saya. Apataknya hanya tak sampai seminit perlawanan, Liverpool telah dihadiahkan sepakan percuma. Gerrard dengan kepakarannya melakukan sepakan lencong yang bahaya kekawasan lubuk dan dalam ramai-ramai meluru kedepan, Skrtel adalah pemecut terpantas dan menyepak dengan betis itupun goli Arsenal tak dapat tangkap. Kalau Skrtel rembat betul-betul mau pecah jaring takpun muka goli tu yang pecah.

Gol kedua juga dari Skrtel. Memang diketahui Arsenal masih bengong dan bengang dengan Skrtel. Tetapi rupanya Arsenal macam pelanduk yang tak hiraukan jerat yakni kebolehan Skrtel yang pandai cari lubuk Arsenal.Skrtel lari menyelinap untuk pergi menyerang bola yang dihantar sebegitu molek sokmo oleh Abam Kapten Gerrard. Dengan tandukan padu kepenjuru gawang, pemain Arsenal hanya buat-buat lompat takut kena marah, dan Liverpool menambah kemaluan Arsenal 2-0 dalam 10 minit saja.

Permainan nampak rancak dan Liverpool makin naik syeikh. Pemain termahal Arsenal, Ozil buat tere nak goreng Hendo, tapi malang sekali kena sergah saja dia kantoi. Hendo mencari Suarez di sebelah kanan dan dengan hantaran kemas dan sempurna Sturridge dah menunggu nak makan umpan dari Suarez. Tapi agak malang dia telah kena potong dengan adinndanya sendiri, Sterling yang lebih laju kedepan untuk menjolok gol peribadi pertama dan ketiga untuk Liverpool.

Kehebatan Coutinho terserlah apabila dia mengawal bola dan cilok dari asakan Arterta. Dengan keadaan Sturridge yang dah buka ruang dan membuat larian, Coutinho melakukan hantaran bollywood dengan kelajuan dan ketepatan yang sempurna. Sturridge yang dah kedepan dan meninggalkan bek Arsenal yang kepenatan, melakukan sepakan padu melepasi goli Arsenal yang berharap dia mampu mengantoikan Sturridge buat kali kedua. Jangan haraplah dan Sturridge kembali melakukan tarian Shuffle untuk meraikan 4-0 dalam 20 minit.

Hingga ke separuh masa kedua Arsenal dah kembali mendapat rentak kerana pemain Liverpool dah nampak macam kurang gas oksigen akibat main macam pelesit sejak dari awal permainan. Namun begitu Arsenal yang dah diberi peluang tak juga nampak macam pendahulu Liga. Masih membuatkan Mignolet kurang berpeluh walaupun dok main hantar bola kesana-kesini nak cari ruang kelemahan dan lubuk untuk buat gol. Separuh pertama tamat dengan Arsenal ibarat meriam karat.

Separuh kedua bermula agak berhati-hati bauat Liverpool dan tetapi Arsenal dah nampak lain. Mungkin Wenger dah bagi ayat power suruh pemain beliau untuk cari gol paling cikai pun satu. Dalam Arsenal dok serang punya serang, Toure buat gila dengan melakukan larian dari bawah dan dia melepaskan hantaran mudah kat Sterling yang memecut meninggalkan Abang Mop dan merembat kearah gol. Percubaan pertama ditepis goli Arsenal tetapi bola kedua jangan haraplah nak kantoi lagi. Liverpool mendapat 5 gol dalam 50minit lebih perlawanan.

Arsenal melakukan pertukaran drastik. Giroud yang berada dalam poket Skrtel dikeluarkan digantikan Podolski. Ozil kena buli dengan Hendo digantikan Rosicky dan Monreal yang macam tak wujud digantikan dengan Gibb. Pulun punya pulun, dapat juga gol saguhati untuk Arsenal. Itupun dasar kasihan Gerrard dengan sengaja membentes Ox untuk beri penalti. Arterta berjaya mengelirukan Mignolet yang buat aksi sotong nak tiru Dudeks tapi tapi skrip ulangan tak menjadi. Sampai Wisel penamat ditiup cukupklah keputusan 5-1, takut lebih ada pula peminat Arsenal di Afrika bunuh diri plak.

Pemain terbaik perlawanan ialah semua pemain Liverpool. Tetapi pemain terhebat ialah Sterling yang memang ibarat haiwan buas yang bukan saja sukar diperangap malah bila ada peluang dia akan mengamuk sakan. Lagi satu saya nampak Sterling dah pandai gunakan kelebihan kepnatasan dan kemahiran gelecek dengan betul. Dia pandai cari jalan untuk melepasi kawalan musuh dan dapat sepakan percuma bila lawan mengasak keras.

Liverpool hanya 6 mata dengan pendahulu baru Chelsea, yang telah memotong Arsenal yang bungkus. Namun situasi sekarang tak juga selesa jika Everton dapat 3 mata nanti. Kalau nak tanya saya apakah harapan Liverpool nak julang Kejuaraan musim ini boleh dicapai. Saya kata ya dan tidak. Kenapa saya anggap begitu kerana pasukan kita masih blom tunjukkan konsistensi diluar gelanggang sendiri. Setakat tempat ke-4, kita macam tak ada masalah sangat.


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 06:53 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 9-2-2014 02:37 AM
Raheem Sterling is 19.. And he's already destroyed the "best CB partnership" in the league

{: ...

Raheem pegang arak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 11:51 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:03 AM | Show all posts
motif forum takleh masuk pagi td
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2014 10:07 AM | Show all posts

Remember when Suarez really really wanted to leave Liverpool for Arsenal






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:16 AM | Show all posts
Daniel Sturridge posts celebratory Liverpool dressing room picture on Instagram after Arsenal rout


dstudge[Thumb |Mid |Large|Orig] 1d
Official Daniel Sturridge



dstudge Teamwork make the dreamwork!!! #redordead #ynwa  1d



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2014 10:19 AM | Show all posts
Daniel Sturridge doing his dance in front of a shellshocked Szczesny



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 10:24 AM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 10-2-2014 10:03 AM
motif forum takleh masuk pagi td

apsal marah sgt tak bleh nak berporum pepagi....
lu tak sabar nak mkn kueh SERI muka ka...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:28 AM | Show all posts
antagenaiz posted on 10-2-2014 10:24 AM
apsal marah sgt tak bleh nak berporum pepagi....
lu tak sabar nak mkn kueh SERI muka ka...

koser, wa dh kenyang makan 5 pinggan ok
wei, takmo la sebut2 psl team kue seri muka ke ape?
simpan kegembiraan sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 10:30 AM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 10-2-2014 10:28 AM
koser, wa dh kenyang makan 5 pinggan ok
wei, takmo la sebut2 psl team kue seri muka ke ape?
simp ...

baiklah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:37 AM | Show all posts
antagenaiz posted on 10-2-2014 10:30 AM
baiklah....

kenapa nanges?
jangan sedih sebab tak dapat meratap jiran tu
banyak lagi jiran lain boleh diratap
meksiti seri gak tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 10:45 AM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 10-2-2014 10:37 AM
kenapa nanges?
jangan sedih sebab tak dapat meratap jiran tu
banyak lagi jiran lain boleh dirata ...

tim lain tak bes nak diratap..
tim yg kuat nganjin team lain sizen lepas jek yg bes hingga menjilat kaki..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:48 AM | Show all posts
antagenaiz posted on 10-2-2014 10:45 AM
tim lain tak bes nak diratap..
tim yg kuat nganjin team lain sizen lepas jek yg bes hingga menjil ...

nak buat camne?
anggaplah hati mereka tak sekering hati kita
ampunkanlah dosa mereka2 yg pernah mengeji dan menganjing kita

btw : ada baca tak pasal berita harian hari sabtu hari tu
wa rasa nk tepek je tp mengenangkan kang ade yg sentap malas ah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:49 AM | Show all posts
12hb ni jumpa Fulham
away game
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2014 10:51 AM | Show all posts
wa macam tak percaya  martin skrtel skor pada minit pertama
pengsan bangun pengsan bangun wa tengok

minit ke 10 pun rasa unbelievable, pengsan bangun lagi
berbisa nar tengkorak dia tu eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:52 AM | Show all posts
abang gigi mcm feras bila tak score
tu la, dulu teringin sangat nk p arsenal
kang langsung tak goal
nasib baik liverpool menang
kalo tak mesti masam muka dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:52 AM | Show all posts
kenapa takde gif goal goal liverpool gan arsenal ni
jenuh wa cari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:55 AM | Show all posts
ada wa baca kt fb, budak ni komen
menang besar ke atas arsenal terasa menang epl
choii cakap gitu, kang jiran cakap kita riak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.063478 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list