3 Jan – Jika anda atau sesiapa yang rapat adalah seorangDirectioner, pasti anda akan mengumpul cakera padat, poster, pelekat, baju T dan sebagainya. Namun bagaimana pula dengan kaca mata?
Kumpulan pop lelaki terkenal, One Direction baru-baru ini telah bekerjasama dengan Vision Express untuk menghasilkan koleksi kaca mata untuk peminat perempuan mereka di bawah lingkungan umur enam hingga 11 tahun.
Walaupun tiada seorang pun ahli One Direction yang memakai kaca mata, ia tidak menghalang Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson untuk mereka rangkaian cermin mata untuk peminat.
Koleksi kaca mata daripada One Direction. | Kaca mata tersebut mempunyai tujuh jenis rekaan berbeza dan dinamakan sempena nama ahli kumpulan atau lagu One Direction seperti "One Thing", "Little Things" atau "Young".
Koleksi kaca mata berwarna hitam atau perang gelap ini dijual dengan harga £131 (RM710) setiap satu dan turut mempunyai label 'One Direction' atau tandatangan ahli kumpulan tersebut di bahagian sisi.
|