View: 2875|Reply: 9
|
Panduan Menghadapi Anak Mengamuk
[Copy link]
|
|
Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.
1. Alih perhatian dia.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.
2. Jangan mengikut kehendaknya.
Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.
3. Elak daripada memarahi atau menjerit
Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
4. Jangan pedulikan
Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.
5. Apabila anak berhenti mengamuk
Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
TQ for this info. Anak baru je mengamuk tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku umur 4 thn skrg ni selalu meragam coz org kata kalo ini mengandung anak akan buat perangai... Aku biarkan jer dia melalak mengamuk... Lps tu anak aku ckp mcm ni ' tadi ibu mara lps tu ibu tak mara... Kape ibu x mara... Kape ibu" kape tu ialah kenapa coz dia pelat sikit2... Aki ckp la ' dah adik nak menangis2 n nak mengamuk apa boleh ibu buat..,sila la mengamuk lagi... Terus anak aku diam capai botol susu dia minum susu sampai tertidur.... |
|
|
|
|
|
|
|
nenek aku dulu bila anak anak dia mengamuk sakan senang aje dia redakan............depa semua kena mandi.......nenek heret ke bilik mandi dan mandikan.........lepas mandi mereka rasa lega dan terus jadi baik..... |
|
|
|
|
|
|
|
cara no.1 mmg aku selalu buat..klu anak mgamuk,aku akan nagis n xnak ckp gan dia..
pastu anak akan peluk n salam(tanda mintak maaf). |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 carly jarang mengamuk.. mungkin sbb kenyang dan cukup tidur... tp nya... carly yg kuat mengamuk dgn depa nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
anak miss mmg rajin mengamuk.. dah lah perempaun |
|
|
|
|
|
|
|
Tp kl aku.. bl memgamuk n menangis, akan muntah2... knp yea.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima ksih tips ank mengamuk ni. Insyallah akn sy praktikn utk ank..tq. |
|
|
|
|
|
|
|
IRZeeBuk posted on 17-1-2014 07:01 PM
Tp kl aku.. bl memgamuk n menangis, akan muntah2... knp yea..
sama mcm anak ku juga. mungkin taktik kot. tp lpas muntah biasanya akan reda marahnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|