CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7327|Reply: 21

Problem sopve

[Copy link]
Post time 4-10-2013 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by megan_pox at 3-1-2018 08:29 PM

Probelm solve


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 10:19 AM | Show all posts
rujukan kat Sini. wa copy paste je..
http://qasihiilahi.blogspot.com/ ... ta-sepencarian.html

MENGENALI  HARTA SEPENCARIAN.
Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia.
Dalam Al-Quran ada menyebut :

“ Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan ” ( Surah An-Nisa’ : 32 )

Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan. Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:“Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’.

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan:“Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada keuda-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidanag yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak”

Harta sepencarian juga adalah satu prinsip yang berasaskan adat temenggung dan diterima pakai di dalam undang-undang kekeluargaan Islam di negeri-negeri dalam Malaysia. Ia bermaksud harta yang diperolehi oleh suami atau isteri sepanjang tempoh perkahwinan yang perlu dibahagikan di antara mereka selepas berlaku perceraian.

Menurut konsep harta sepencarian mana-mana pasangan tetap berhak kepada harta sepencarian walau pun dia tidak berkerja. Ini bermaksa seseorang isteri yang menjadi surirumah tetap berhak mendapat sebahagian dari harta suaminya jika mereka bercerai dengan syarat harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan.

Apakah pandangan  ulamak tentang Harta sepencarian ini ???
Menurut Pandangan Ulama’ :

Para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri.

Harta sepencarian tidak dijelaskan oleh apa-apa dalil nas, namun ulama’ masih lagi memperakuinya berdasarkan konsep uruf dan maslahah setempat dan ia mengambilkira soal keadilan kedua-dua pihak selaras firman Allah s.w.t :

Maksudnya : “orang – orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga”( Surah An-Nur Ayat 32 ).

Definisi dari segi umum dan istilah syarak :
Definisi umum : Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi secara bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.

Definisi syarak : Ia ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kes Yang Berkaitan Dengan Harta Sepencarian :
Kes Hasmah lwn Jalil, telah diputuskan bahawa harta carian laki bini hendaklah dibahagikan dua antara suami dan isteri apabila berlaku perceraian. Malah jika dia mati, sebelum pindaan Perkara 121(1A), kebanyakan keputusan para hakim Inggeris berkaitan harta sepencarian lebih cenderung merujuk kepada pemakaian adat setempat orang Melayu. Jika dilihat sejarah lampau, harta sepencarian dianggap sebagai satu bentuk adat dalam masyarakat Melayu. Menurut Adat Pepatih, ia disebut sebagai ”carian laki bini”.
Dalam kes Robert lwn Boto’, diputuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian dianggap sebagai harta sepencarian dan mahkamah akan membahagikan setiap setengah bahagian jika pihak-pihak bersetuju. Ini adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa ia adalah satu adat dan bukannya hukum syarak.


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 10:20 AM | Show all posts
Konsep dan Pelaksanaan Harta Sepencarian.
Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat secara umumnya selepas berlaku penceraian dan kematian. Professor Ahmad Ibrahim menyebutkan dalam bukunya "Islamic Law in Malaysia" yang diterbitkan pada 1965 oleh Malaysian Sociological Research Institute, pada mukasurat 389 menyatakan bahawa harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama yang mana kerja yang dilakukan menyebabkan pemilikan bersama, semasa berlaku penceraian atau kematian isteri mempunyai hak terhadap bahagian selain daripada penyelesaian perkara yang lain yang diwajibkan di bawah Undang-Undang Islam.

Di Kelantan, di dalam kes Hajjah Saudah v Hanafi ( 1990 ) 8JH 66, Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa perintah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas kematian pasangan. Doktrin harta sepencarian telah diberi pengiktirafan oleh semua Mahkamah Syariah di Malaysia. Yang penting ialah penyelesaian tuntutan harta sepencarian akan diselesaikan segera selepas menyempurnakan Wasiat dan sebelum dibuat pembahagian harta mengikut sistem faraid.

PERBEZAAN ANTARA HARTA SEPENCARIAN DAN NAFKAH
Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh hasil daripada usaha suami isteri dan termasuk pendapatan yang diperoleh daripada modal sendiri hasil kerjasama mereka. Apabila berlaku perceraian antara suami isteri, harta yang diperoleh boleh diisytiharkan harta sepencarian. Dengan persetujuan kedua-dua pihak harta itu dapat dibahagikan bersama antara mereka dengan persetujuan mahkamah.
Nafkah merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri, iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah ( Arab, nafaqah ) daripada suaminya. Termasuk dalam nafkah ialah makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan. Kadar nafkah diambil kira dengan kemampuan suami berdasarkan pendapatannya.

Allah berfirman maksudnya: "...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya." ( al-Quran, al-Baqarah ( 2 ): 233 )

Apabila dicerai, isteri juga berhak mendapat nafkah untuk masa idah.
  ( Surah at-Talaq: ayat 6 ).
" Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya ".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 11:51 AM | Show all posts
boleh tuntut apa2 harta yg dibeli oleh suami/isteri/kedua2nya semasa dalam tempoh perkahwinan..dan juga harta suami/isteri yg dibeli sebelum kahwin tapi dikembangkan dalam tempoh perkahwinan..
julah bergantung pada takat sumbangan masing2..sape bnyk akan dpt bnyk..
klu isteri suri rumah sekalipun, tetap akan dapat harta sepencarian walau satu sen pun dia x bg duit untuk beli harta tu..ianya dikira melalui sumbangan isteri mnjadi suri rumah menguruskan rumah tgga sehigga menyenagkan hati suami untuk pergi kerja dan mengumpul harta..

x boleh tuntut KWSP, wang gratuiti, dan pencen suami..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 08:02 PM | Show all posts
hafiz_1312 posted on 4-10-2013 11:51 AM
boleh tuntut apa2 harta yg dibeli oleh suami/isteri/kedua2nya semasa dalam tempoh perkahwinan..dan j ...

bagaimana pula tuntutan harta sepencarian bagi kes poligami...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 09:35 PM | Show all posts
Harta sepencarian itu adalah harta yg diperolehi bersama selepas berkahwin, mana-mana harta yg dimiliki sebelum kahwin isteri tak berhak menuntut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2013 05:32 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 5-10-2013 08:02 PM
bagaimana pula tuntutan harta sepencarian bagi kes poligami...

poligami boleh isytihar tp x boleh bahagikan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 05:33 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 5-10-2013 09:35 PM
Harta sepencarian itu adalah harta yg diperolehi bersama selepas berkahwin, mana-mana harta yg dimil ...

boleh tuntut yg dibeli sblm kawen, dgn syarat harta tu dikembangkan dalam tempoh perkahwinan..klu beli sblm kawen dan xde apa2 perkembangan dlm tempoh kawen x boleh tuntut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2013 05:38 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 5-10-2013 09:35 PM
Harta sepencarian itu adalah harta yg diperolehi bersama selepas berkahwin, mana-mana harta yg dimil ...

tentang kes poligami.. ...sebelum suami berkahwin lagi satu...antaranya akan dibahagi siap2 harta sepencarian...yang saya nak tahu adakah harta sepencarian yang dibeli letak nama suami sahaja dibahagi kepada isteri dan yang dibeli atas nama isteri kekal kpd isteri atau yang dibeli atas nama isteri pun dibahagi juga kepada suami...macam kes cerai..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 05:59 PM | Show all posts
hafiz_1312 posted on 6-10-2013 05:32 PM
poligami boleh isytihar tp x boleh bahagikan lagi..

apaa tindakan isteri pertama dalam hal harta sepencarian,,,nafkah,,giliran,,hak tidak dipsiko isteri ke 2..terhadap dia n anak2....rumah yang diduduki sekarang rumah isteri pertama..kenderaan isteri,isteri beli la..pakaian buka sekolah atau raya isteri beli...anak belajar  sekolah menengah n IPT..pendapatan isteri tinggi dari suami so suami memang lepas tangan...
Last edited by mak_wa95 on 7-10-2013 04:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 06:32 PM | Show all posts
hafiz_1312 posted on 6-10-2013 05:33 PM
boleh tuntut yg dibeli sblm kawen, dgn syarat harta tu dikembangkan dalam tempoh perkahwinan..klu  ...

so napa Norish Karman tak dapat percentage dlm saham2 suami dia?? bukankah dah dikembangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 07:00 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 6-10-2013 06:32 PM
so napa Norish Karman tak dapat percentage dlm saham2 suami dia?? bukankah dah dikembangkan?

kaedah asalnya harta yg dikembangkan boleh dituntut.. kes norish tu bnyk isu lain yg dibawa..x semestinya kita tuntut terus dpt, kena tgk juga pembelaan pihak suami mcm mana..bnyk kes tuntut rumah yg dibeli sblm kahwin dan masih dikembangkan dalam perkahwinan isteri still dapat paling kurang 15%
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 07:06 PM | Show all posts

Seksyen 122. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian


(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang—

    (a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu;

    (b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

    (c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada—

    (a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;

    (b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimana pun, pihak yang telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

(5) Bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 07:07 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 6-10-2013 05:59 PM
terima kasih..kalau kes suami kahwin sempadan...dah daftar kat malaysia..tapi masih disorok daripa ...

boleh failkan pengisytiharan harta sepencarian, nafkah anak, nafkah isteri, hak giliran bermalam di mahkamah syariah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 07:09 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 6-10-2013 05:38 PM
tentang kes poligami.. ...sebelum suami berkahwin lagi satu...antaranya akan dibahagi siap2 harta  ...

amalannya di mahakamah syariah, harta suami isteri boleh tuntut, harta isteri suami susah nk tuntut dan susah nk dpt klu tuntut..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 07:15 PM | Show all posts
TAPI..contohnya suami tu sblm kawen ayah dia ada bg tanah, dh xde hutang apa semua tanah tu..pastu tanah tu biar cmtu je..bila kawen tanah tu x jd harta sepencarian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 01:23 PM | Show all posts
hafiz_1312 posted on 6-10-2013 07:06 PM
Seksyen 122. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian

kalau dalam tempoh fasakh, suami isteri dah tak tinggal sekali, kalau suami atau isteri beli harta baru, salah sorang boleh tuntut tak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 06:42 PM | Show all posts
no.20 posted on 11-10-2013 01:23 PM
kalau dalam tempoh fasakh, suami isteri dah tak tinggal sekali, kalau suami atau isteri beli harta ...

tuntut boleh..tp nk dpt tu susah lh..dh x releven..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:11 AM | Show all posts
kalau kau rasa reta tu kau tak ada sumbangan tak payah tuntut lah.. mcm lapar reta sahaja bunyinya...

tapi reta tuh dibeli hasil titik peluh bersama, berkorban bersama.. tuntut lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:17 PM | Show all posts
addamnor posted on 12-10-2013 11:11 AM
kalau kau rasa reta tu kau tak ada sumbangan tak payah tuntut lah.. mcm lapar reta sahaja bunyinya.. ...

rugilah kalau tak tuntut, alang-alang dah pernah bersama tu kan? walaupun setahun jagung cuma
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.123158 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list