CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6308|Reply: 25

[Jenayah] Pendekatan Baharu Atasi Jenayah Oleh Bekas Tahanan, Gelang Pengesan!!

[Copy link]
Post time 17-8-2013 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Penjenayah dipasang peranti EMD, pantau pergerakan?

CYBERJAYA 17 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara kini berbincang berkaitan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu bagi memantau pergerakan mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini, hanya penjenayah tertentu mengikut peruntukan Chapter 6 akan dipasang EMD, dan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara sedang dilakukan bagi membolehkan mereka yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah dipasang peranti sama.
"Untuk peruntukan di bawah Akta Pencegahan Jenayah, alat ini masih belum dapat digunakan, dan ini memerlukan pindaan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Program Desa Selamat Zon Selatan Selangor hari ini.
Beliau berkata pihak Peguam Negara menyambut baik cadangan PDRM berkaitan isu itu.
Khalid berkata, PDRM juga akan menggunakan sebaik mungkin segala akta dan teknologi sedia ada bagi membanteras jenayah.
Beliau turut ditanya berkaitan dakwaan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa ada pihak cuba mengintip kehidupan peribadinya dan keluarga menerusi penggunaan helikopter kawalan jauh.
Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu dan kini meneliti rakaman yang dipasang pada helikopter berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang menerbangkannya. - BERNAMA


Artikel Penuh: Usutan Melayu


Penjenayah dipasang peranti EMD, pantau pergerakan?

Cara yang mungkin keberkesanan tinggi, penguatkuasaan perlu tegas dan diamal dengan rasa tanggungjawab dan integriti....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2013 11:04 PM | Show all posts
pasang IED pun takpa. kasi lenyap terus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 11:23 PM | Show all posts



dh byk kes pesalah obersea cuma balutkn alimunium foil kt keliling tracker ni, terus mampus device ni nk jln..

device cmne nk buat? tanam terus dlm badan paling bagus aku rasa..

pstu wat wiring bateri kuar bdn smbung bateri 3A.. pstu wat circuit klu bateri abis ada warning, klu tk isi bateri wat litar smbung ke C4, akan meletup dlm 30 saat..

abis cite...



Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 11:25 PM | Show all posts
cukup siksa nak jadi urang jahat, IUD lah vasektomi lah apa lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 11:30 PM | Show all posts
bila manusia tak beriman tak percaya tuhan mula lah wat jahat.. ni lah hasil sains ajaran @Lejen caprut.. sebab sains lah manusia jadi binatang.. sebab sains lah manusia bom orang sana sini tembak orang sana sini.. ni lah hasil ketamadunan darwis monyet evolusi caprut
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 11:40 PM | Show all posts
buat bomb collar macam dlm cerita Battle Royal pon boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2013 12:17 AM | Show all posts
ushioz posted on 17-8-2013 11:04 PM
pasang IED pun takpa. kasi lenyap terus.

wohooo... Besh!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 03:55 AM | Show all posts
tengok nnt sape yg jadi pembekal alat ni.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2013 06:05 AM | Show all posts
teringat citer "Alien"
tanam dalam badan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2013 12:20 PM | Show all posts
aziz79 posted on 17-8-2013 11:40 PM
buat bomb collar macam dlm cerita Battle Royal pon boleh.

haa, yang ni lagi aku setuju. Cuba je keluar dari kawasan pengasingan . Meletup atau terkena rejatan sampai mati...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:33 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 17-8-2013 11:30 PM
bila manusia tak beriman tak percaya tuhan mula lah wat jahat.. ni lah hasil sains ajaran @Lej ...

Sains mana yang suruh WAJIB / SUNAT dan DAPAT PAHALA?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:54 AM | Show all posts
batmana posted on 17-8-2013 03:23 PM
dh byk kes pesalah obersea cuma balutkn alimunium foil kt keliling tracker ni, terus mampus de ...

wahh....hebat betul abg buat bomm...huhuhu
byk tgk citer burn notice ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 12:04 PM | Show all posts
macam cerita face off ler pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 12:15 PM | Show all posts
monitor secara electronic dan juga GPS mengesan secara tepat, diaorg sure tak senang duduk jika buat kerja jahat lagi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 12:30 PM | Show all posts
gebang lebih ...

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 12:32 PM | Show all posts
batmana posted on 17-8-2013 11:23 PM
dh byk kes pesalah obersea cuma balutkn alimunium foil kt keliling tracker ni, terus mampus de ...

Ini mcm cerita White Collar, Neal Caffrey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 12:34 PM | Show all posts
zaipen posted on 18-8-2013 03:55 AM
tengok nnt sape yg jadi pembekal alat ni.......

Adik,kakak,abang, makcik,pakcik,sepupu,sepapat juga yg dpt akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 12:36 PM | Show all posts
zaipen posted on 18-8-2013 03:55 AM
tengok nnt sape yg jadi pembekal alat ni.......

skali error..
xguna pakai gelang tp tidak berfungsi seperi yg sepatutnya..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 01:11 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 19-8-2013 12:30 PM
gebang lebih ...

Biasalah, gebang perlu untuk tarik keyakinan ra'ayat....

Sementara itu, (ini cara lagi berkesan dari guna kolar/gelang pengesan ni)

(UPDATE) OPS CANTAS: Lima Penjenayah Ditembak Mati Di P. Pinang
GEORGETOWN -Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagai J.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.
Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.
Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.
Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.
Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.
“Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.
“Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan,” katanya.
Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan. – BERNAMA

(UPDATE) OPS CANTAS: Lima Penjenayah Ditembak Mati Di P. Pinang



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 01:32 PM | Show all posts
Memadangkan Thread 4 Sekawan koliang mampus ditembak polis di lokerkan, aku post kat sini jer. Susulan insiden tembakan 4 sekawan ahli gelap kongsi gelap yang gelap kat Penang semalam....

Gerakan Besar-Besaran Buru Penjenayah Seluruh Negara Bermula!

August 19, 2013

1

0

0


Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah malam kelmarin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai perang terhadap individu atau suspek jenayah.

Operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Akta Ordinan Darurat (EO) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, anggotanya menjalankan pemeriksaan dan siasatan menyeluruh berdasarkan maklumat orang awam dan risikan.

“Melalui cara ini, kita yakin dapat mengatasi kes jenayah seperti samun, curi kenderaan dan pecah rumah, termasuk menghandar berlakunya sebarang cubaan untuk melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti kes bunuh,” tambah beliau lagi.

a104

Sementara agensi berita nasional Bernama melaporkan seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun berkumpulan, adalah antara lapan ditahan dalam Ops Cantas di sekitar Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata pemeriksaan ke atas lelaki terbabit mendapati dia memiliki empat rekod dikehendaki polis, termasuk satu kes samun berkumpulan di Hulu Klang.

“Ketika ditahan, lelaki terbabit menaiki sebuah motosikal yang dilapor hilang di Pudu bulan lepas. Selain motosikal itu, kami turut merampas dua telefon bimbit dan wang tunai daripada lelaki terbabit,” katanya kepada Bernama semalam.

Dalam operasi khas bersama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu, polis turut menahan dua lelaki di Ukay Perdana dalam sekatan jalan raya kerana disyaki melakukan jenayah pecah rumah.

“Di dalam kereta terbabit, kami menemui pemutar skru, sepasang sarung tangan, dua walkie-talkie, satu pisau lipat panjang, alat semburan dan dadah jenis syabu dan eramin 5,” katanya.

Amiruddin berkata seramai 10 pegawai dan 43 anggota dari ibu pejabat polis daerah itu terlibat dalam operasi selama enam jam berakhir pukul 6 pagi ini yang merangkumi sekatan jalan raya dan pemeriksaan terhadap individu mencurigakan di restoran 24 jam di sekitar Ampang.

“Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 20-an yang terlibat dalam pelbagai kesalahan antaranya samun, curi kenderaan dan dadah,” katanya.

Beliau berkata operasi bersepadu itu melibatkan kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor sebagai perintis, sebelum ia diperluas ke seluruh negara.

Amiruddin berkata dalam operasi itu polis turut memeriksa 83 individu dan 55 kenderaan.

Gerakan Besar-Besaran Buru Penjenayah Seluruh Negara Bermula!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087464 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list