CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3505|Reply: 9

Ekspedisi pasangan warga mas naik Pajero ke Mekah

 Close [Copy link]
Post time 20-7-2013 11:44 PM | Show all posts |Read mode
http://www.wanista.com/2013/07/inspirasi-ekspedisi-pasangan-warga-emas-menaiki-kereta-4wd-dari-malaysia-menuju-ke-mekah/

Inspirasi : Ekspedisi Pasangan Warga Emas Menaiki Kereta 4WD Dari Malaysia Menuju Ke Mekah
Oleh Aida Sue
17 JUL 20130 KOMEN


Sumber FB Kamarul Azwan



Kita selalu mendengar ekspedisi pengembaraan manusia yang menjelajah ke serata benua dengan menaiki pelbagai kenderaan dan ada yang berjalan kaki. Tetapi berita mengenai pengembaraan oleh warga emas yang berumur 70 tahun jarang kita dengar. Apa yang saya ingin kongsikan adalah kisah inspirasi pasangan ibu bapa kawan saya, Kamarul Azwan, yang juga merupakan bekas pemain boling negara, yang baru sahaja memulakan pengembaraan mereka dari Malaysia menuju ke Arab Saudi dengan menggunakan kenderaan Pajero 4WD yang sudah pun berusia 16 tahun!

Encik Kamarul Zaman Abd Rahman dan isterinya Puan Kamsiah yang kedua-duanya berumur 70an telah memulakan pengembaraan Sabtu lepas pada pukul 8.30 pagi tadi dan mereka memang dari dulu ingin mengembara dan pengembaraan mereka menggunakan jalan darat yang bakal melalui Thailand, Laos, Vietnam, China,  Tajikistan , Uzbekistan , Turkmenistan , Iran , Iraq , Kuwait , dan seterusnya Arab Saudi. Pasangan ini berharap agar mereka sampai ke Shanghai atau Xi’an di China untuk menyambut Hari Raya dan sampai di Jeddah dan Mekah sekitar bulan Oktober depan untuk menunaikan ibadah Haji.

Menurut Kamarul Azwan lagi, ibu bapanya kini sudah selamat tiba di Songkla, Thailand dan akan menyambung perjalanan mereka pada keesokkan hari menuju ke Bangkok. Encik Kamarul Zaman juga telah membeli nombor telefon Thailand supaya mudah untuk menghubungi ahli keluarga mereka dan menggunakan perkhidmatan internet untuk memuatnaik gambar sepanjang perjalanan mereka ke Mekah di laman Facebook.

Bagi anda yang ingin mengikuti kisah perjalanan pasangan ini, anda boleh lawati laman Facebook Kamarul Azwan, sebarang bantuan kewangan mahupun apa-apa sahaja, anda boleh mesej mereka di alamat emel : k.azwan@ohsem.net





Kami doakan perjalanan Encik Kamarul Zaman Abd Rahman dan isterinya Puan Kamsiah dipermudahkan Allah swt dan supaya hasrat pasangan ini menunaikan ibadah Haji di Mekah terlaksana. Semoga kisah ini menjadi inspirasi pada anda di luar sana! Umur bukan penghalang untuk anda capai apa yang anda inginkan kerana yang penting anda berani mengejar impian anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2013 11:46 PM | Show all posts
ni lain lagi dari yang plan balik raya tu kan?

bestnya lahai...salah satu impian aku adalah mengembara keliling dunia. semoga makcik pakcik ni selamat sampai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2013 11:47 PM | Show all posts
chazey posted on 20-7-2013 11:46 PM
ni lain lagi dari yang plan balik raya tu kan?

bestnya lahai...salah satu impian aku adalah menge ...

aah lain... yg ni by road from Malaysia to Mecca
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 11:51 PM | Show all posts
bayieng posted on 20-7-2013 11:47 PM
aah lain... yg ni by road from Malaysia to Mecca

awwwwwww baru kuar gambar yang ko tepek tu. tadi aku tak nampak. comel ja makcik pakcik tu. romantiknya dah tua2 gitu kuar mengembara bersama2. demi haji lak tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 11:53 PM | Show all posts
Sorry dah ada thread ini sebelum ini kak, mod sila katup
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 11:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2013 11:58 PM | Show all posts
chazey posted on 20-7-2013 11:54 PM
baru pasan thread ni dah ada.

http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=741368&extr ...

laa dh ada ke. aku pon x smpt nk check td. mohon momod la katup aje benang ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:45 AM | Show all posts
saya mohon tacang jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2013 01:14 AM | Show all posts
mcm dah bosan idop je
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 01:56 AM | Show all posts
hebat,,, rasa nak ikut, Last edited by abgrara on 21-7-2013 01:59 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.078440 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list