CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 1

[Dunia] Pentagon arah 650,000 kakitangan cuti tanpa gaji

[Copy link]
Post time 10-7-2013 08:22 AM | Show all posts |Read mode

Washington: Langkah pemotongan perbelanjaan berskala besar Amerika Syarikat (AS) memberikan kesan langsung apabila Pentagon mula mengarahkan 650,000 kakitangan awamnya mengambil cuti tanpa gaji.
Kakitangan awam di Jabatan Pertahanan AS itu diberi cuti sehingga 11 hari dalam tahun fiskal berakhir 30 September.
Saya membuat keputusan 'dengan berat hati' berhubung cuti itu kerana ia menjejaskan kehidupan pekerjaan dan memberi kesan kepada operasi pertahanan AS” Chuck Hagel, Setiausaha Pertahanan AS

Pemberian cuti tanpa gaji itu tentunya akan menjejaskan pendapatan pekerja sebanyak 20 peratus ketika ekonomi AS tumbuh pada kadar sederhana empat tahun selepas berakhirnya ‘Kemelesetan Terbesar’.

Keadaan itu dijangka memberi kesan serta-merta di kawasan yang mana diduduki ramai tentera seperti Washington DC, California dan Texas.

Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel membuat pengumuman berhubung cuti tanpa gaji pada Mei lalu, sebagai sebahagian pemotongan berjumlah AS$37 bilion (RM118.18 bilion) daripada bajet Pentagon di bawah pengurangan perbelanjaan besar kerajaan persekutuan atau peng-asingan yang berkuat kuasa 1 Mac.

Bajet pertahanan mencatat pemotongan terbesar di bawah langkah pengurangan kerajaan berjumlah AS$85 bilion (RM271.49 bilion) menerusi tahun fiskal semasa, pelaksanaan program secara drastik selepas kegagalan parti politik mencapai kata sepakat berhubung pengurangan defisit jangka panjang.
Pengasingan perbelanjaan lebih rendah sebanyak lima peratus bagi kerajaan dan sekitar lapan peratus bagi Pentagon.

Hagel berkata, beliau membuat keputusan ‘dengan berat hati” berhubung cuti itu kerana ia menjejaskan kehidupan pekerjaan dan memberi kesan kepada operasi pertahanan AS.

Cuti tanpa gaji itu dijangka memberi penjimatan kira-kira AS$1.8 bilion (RM5.75 bilion), menurut Pentagon.

Pentagon dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan dalam beberapa bahagian termasuk latihan peperangan, penyelenggaraan dan pergerakan.

Pemberian cuti itu bermula kelmarin akan dilaksanakan pada kadar sehari dalam seminggu kepada kebanyakan pekerja sivil.

Bulan lalu, Tabung Kewangan Dunia menyifatkan pemotongan perbelanjaan mendadak sebagai ‘berlebihan dan direka’.

IMF dalam kenyataan laporan tahunan berhubung ekonomi AS pada 14 Jun lalu berkata, pertumbuhan ekonomi negara itu akan hanya berada pada kadar 1.9 peratus tahun ini berikutan langkah pengasingan itu yang mana ia berpotensi tumbuh lebih pantas sebanyak 1.75 peratus.

“Pengurangan defisit pada kadar yang lebih perlahan akan membantu pemulihan ketika dasar monetari adalah terhad untuk menyokongnya,” katanya. - AFP


Apa dah jadi US?.....Duit dah susutkaaa...hi3..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 08:25 AM | Show all posts
ramailah pejuang2 US, FBI, CIA, jadi pengemis pasni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.666724 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list