CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7880|Reply: 77

[Jenayah] Updet! Geng Samun ke atas Surirumah dan Penjual Kuih guna parang! Dah Ditangkap!

[Copy link]
Post time 21-3-2013 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Buat wanita-wanita dikawasan disebutkan ini, sila berhati-hati!

Sasar wanita beli sarapan


Oleh Muhamad Syazemim Bazelan
Kuala Selangor: Empat penjenayah menaiki dua motosikal bertindak ganas di daerah ini apabila melakukan empat kes samun menggunakan modus operandi hampir sama membabitkan mangsa yang semuanya wanita.

Suspek yang melakukan jenayah berangkai mereka itu menyasarkan suri rumah dan wanita yang berjalan sendirian ketika keluar membeli sarapan dengan setiap kes dilaporkan hanya selang 10 hingga 20 minit.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, kejadian pertama dilaporkan Isnin lalu jam pagi 8 membabitkan mangsa, seorang wanita yang bersiap untuk ke tempat kerja di Taman Harapan, Pasir Tuntung, dekat sini.


Menurutnya, mangsa tidak menyedari kehadiran suspek yang memasuki rumahnya selepas pintu pagar dan pintu utama terbuka sebelum mengarahkan mangsa berdiam diri sambil diacukan parang.

“Penjenayah melarikan satu komputer riba, tiga telefon bimbit, dompet berisi dokumen peribadi dan wang tunai menyebabkan mangsa kerugian RM2,000,” katanya.

Katanya, 15 minit selepas itu, kumpulan sama disyaki melakukan satu lagi samun, kali ini membabitkan dua wanita iaitu seorang peniaga kuih di Taman Paduka, Kuala Selangor serta pelanggannya sejurus mereka didatangi empat suspek terbabit yang datang secara mengejut.

“Wanita berusia 40 dan 49 tahun itu masing-masing kerugian RM400 dan RM2,800 apabila menyerahkan barangan kemas mereka sejurus diacukan parang ke leher.

“Kumpulan sama dipercayai melakukan satu lagi samun kira-kira 15 minit selepas itu apabila mereka yang bersenjatakan parang menerpa masuk sebuah rumah di Taman Sri Ijok jam 8.30 pagi dan merampas barangan kemas serta telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian RM6,000,” katanya.

Menurutnya, mangsa adalah satu keluarga membabitkan pasangan warga emas dan anak perempuan berusia 30 tahun serta cucunya dan mereka bernasib baik kerana tidak dicederakan. Muhd Taib berkata, tidak cukup dengan itu kumpulan terbabit seakan-akan tamak apabila melakukan satu lagi samun membabitkan seorang guru dan kali ini mangsa diserang ketika membersihkan laman rumahnya di Taman Kota Puteri jam 8.45 pagi.

“Suspek meluru masuk ke laman rumah mangsa lalu mengacukan parang ke lehernya sebelum meragut gelang emas dan mengambil rantai yang disimpan dalam rumah serta komputer riba, telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian RM5,500,” katanya.

Berikutan empat kejadian itu, katanya, polis menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki suspek terbabit yang beroperasi pada awal pagi dengan menjadikan suri rumah sebagai mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Capaian: H. Metro: Sasar wanita beli sarapan

Last edited by iskans on 7-4-2013 11:14 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2013 08:54 AM | Show all posts
Empat disamun penjenayah sama

Oleh FATIN AINAA FAUDZI
pengarang@utusan.com.my
KUALA SELANGOR 20 Mac - Empat lelaki bersenjatakan parang menyamun empat wanita termasuk seorang peniaga kuih dan guru dalam tempoh sejam di lokasi berbeza di daerah ini semalam.

Dalam kejadian bermula kira-kira pukul 8 pagi itu, kesemua suspek berusia lingkungan 30-an melakukan jenayah itu dengan menaiki dua motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Ninja RR dan memakai topi keledar bertutup penuh bagi mengelakkan wajah mereka dikenali.

Difahamkan, mangsa pertama disamun di rumahnya di Taman Harapan, Pasir Tuntung di sini semasa sedang bersiap untuk keluar ke tempat kerja.

Suspek mengambil kesempatan menyusup masuk ke rumah mangsa melalui pintu utama yang terbuka lalu mengacukan parang ke arahnya sebelum melarikan barang berharga terdiri daripada wang tunai, sebuah komputer riba, kunci kereta, beg duit berisi dokumen penting, kad bank dan tiga telefon bimbit.

... Utusan Online: Empat disamun penjenayah sama
Jangan Marah, sebab copy jer ni... Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -sama#ixzz2O8CCkz00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:10 AM | Show all posts
penyamun dah x buat keje mlm2 dah, tuka shift ke pagi2 di mana waktu org sibuk nk mulakan hari.. pegi keje, berniaga, kemas2 umah..
waktu yg org x sangka penyamun nk buat keje...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:16 AM | Show all posts
meriahnya si penyamun tu...4 sekaligus dalam satu hari....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:21 AM | Show all posts
kat area umah aku mggu lps mcm ni jgk..kwn suami aku tgh siap2 nk gi keje penyamun msuk umah dia acu parang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:22 AM | Show all posts
chaoyunjie posted on 21-3-2013 09:16 AM
meriahnya si penyamun tu...4 sekaligus dalam satu hari....

tengah gigh kumpul duit nak kawen kot....cuti skolah kan tak lama dah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2013 09:23 AM | Show all posts
bangsa mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:23 AM | Show all posts
vavi punya penjenayah..senang korg cari duit haram kan..tak selamat hidup korang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 09:26 AM | Show all posts
makin menjadi-jadi kes samun skang.....takkan nak wait kes mati baru nak amik tindakan serious...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 09:27 AM | Show all posts
ifanonline posted on 21-3-2013 09:23 AM
bangsa mana ni?

Hm... Kalau dah daring camni dan samun bermotor dan parang...

Bangsa Melayu la.... Sial. Merosakkan masa depan dan ganggu rezeki orang...

Ha, budak-budak camni kalau mati atau mampus jatuh motor ke bagus gak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:29 AM | Show all posts
aman, makmur & selamat........
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:29 AM | Show all posts
tak dpt tau ka suspek bangsa apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 09:34 AM | Show all posts
batmana posted on 21-3-2013 09:29 AM
tak dpt tau ka suspek bangsa apa

Aku speku... Melayu sebab erani diorang sampai ke umah dan ke ulu ke ilir menyamun pagi-pagi...

Cuma aku hairan, takkan yang perasan pagi-pagi tu tak tolong... Terutamanya lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:39 AM | Show all posts
giler.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:41 AM | Show all posts
Tak pa...polis ada sedia berkhidmat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:43 AM | Show all posts
iskans posted on 21-3-2013 08:34 AM
Aku speku... Melayu sebab erani diorang sampai ke umah dan ke ulu ke ilir menyamun pagi-pagi...

...

diorg dgn berparang bagai.. kalu aku pun, takkan benarkan husband aku bergadai nyawa nak melawan perompak berparang. duit bleh cari balik, tapi nyawa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 09:44 AM | Show all posts
ni kalau dpt ni..elok bg kat puak sulu jer..bior kene sembelih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:45 AM | Show all posts
ramai no penyamun

ni semua stock2 tak bekerja tp nak mewah2 la ni!!

selamat la sgt kan...


bila kah akan tertangkapnya mereka ni?? ke takkan tertangkap?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:53 AM | Show all posts
warga asing atau warga tempatan ini?....ditempat saya ummah rohingya berkeliaran sana sini dengan girang...bawa motor berkaki tiga kutip besi buruk....selepas itu ada jua yang selamba curi besi penutu longkang...dahulu yang aktif buat kerja2 sebegini mat fit....sekarang ini ummah rohingya pula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 09:54 AM | Show all posts
salwani911 posted on 21-3-2013 09:43 AM
diorg dgn berparang bagai.. kalu aku pun, takkan benarkan husband aku bergadai nyawa nak melawan p ...

Takper. Aku faham.

Masing masing ada anak bini yang perlu dijaga dan diberi makan serta beban sendiri. Tapi ikut pada ketegasan kita menentang jenayah. Janganlah kita relakan jenayah itu berlaku sebegitu sahaja. Macam kita takut dan biarkan ia berlaku sebegitu sahaja....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.395598 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list