CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2860|Reply: 8

lawatan dari roh org tersayang

[Copy link]
Post time 29-1-2013 01:08 PM | Show all posts |Read mode
ni cerita aku dgr dari mak aku sendiri. dia dah cerai ngan arwah abah aku dah lama. dua2 dah kawin lain pun. cerai pun pasal tak persefahaman. yang aku tau, arwah abah aku memang sayang sgt kat mak aku. even dah cerai and kawin lagi, kitorang tau abah aku still tak puas hati dorang berpisah pasal dia terlampau sayang kat mak aku.

arwah abah aku kena sakit kencing manis, dah sampai tahap yg teruk. jantung dia pun affected. keluar masuk hospital ni mmg selalu sangat la. arwah abah aku meninggal kat hospital, kena heart attack. waktu meninggal tu pagi.

mak aku cakap, sebelum dia dapat call dari family abah aku pasal kematian arwah abah, dia nampak abah tengah berdiri renung dia. dia masa tu atas katil. tengah duduk2 baca files yg nak bawak pi keje hari tu. dia kata abah aku tak kata apa2. renung jer. muka sayu. dalam seminit mcm tu.

mak aku mmg tau arwah abah kena admit masuk hospital. masa tu mak aku ckp dia boleh rasa abah aku dah pergi and maybe nak ucap selamat tinggal kat mak aku. kan dia sayang sgt kat mak aku. lepas seminit lebih abah aku tu merenung mak aku, abah aku hilang mcm kabus. immediately lepas tu, mak aku dapat phone call dari family abah aku.
masa dengar cerita ni, berdiri bulu roma aku. tak pernah alami benda2 mcm ni sendiri. pernah tanya kat ustaz, and dia kata apa yg datang selepas mati tu adalah bayangan syaitan/jin, bukan arwah. tak puas hati aku bila dia ckp mcm tu.
aku pulak dalam seminggu sebelum arwah abah pergi, terasa berat dalam ulu hati. mcm senak semacam. tak tau la kebetulan ker apa. masa arwah nenek meninggal pun macam tu.
Last edited by eriminuri on 30-1-2013 09:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 04:48 PM | Show all posts
Kalau cerita pasal dilawat bayangan org yang nak/dah meninggal ni, memang berlainan orang berlainan pendapat. Aku pun xberani nak komen lebih2, sebab ilmu sendiri pun cetek. Tapi bagi aku, kalau kehadiran bayangan tu tak menyebabkan syirik atau khurafat, tak kisahlah. Janji kita jangan terlalu fikir sangat pasal benda tu. Yang penting, kita faham yang orang tu dah pergi menyahut seruan Allah, dan kita doakan mereka tenang dan aman di alam barzakh sana.

Arwah atuk aku meninggal di Mekah. Dia pergi memang betul2 time nak balik Malaysia lepas tunaikan haji. Aku ingat lagi memang satu family aku shocked sebab tak sangka dengan dia berangkat ke Mekah tu, kami takkan jumpa dia lagi. Kami semua memang sangat2 sedih sebab dia meninggal dengan dikelilingi orang asing, bukan ahli keluarga. Cuma ayah aku (menantu dia) je yang ada di sisi dia, yang lain semua kat tanah air. Tapi arwah atuk memang meninggal cara baik, senang je dia lafaz syahadah and hembus nafas akhir dia, siap angkat takbir lagi (Cerita dari ayah aku).

Dalam ramai2 ahli keluarga aku, yang paling teruk affected pasal pemergian arwah atuk adalah makcik aku (anak bongsu Atuk) & aku sendiri (cucu sulung). Makcik aku siap pengsan2 lepas dapat tahu Atuk dah takde. Aku plak sikit2 menangis, sikit2 meraung. Siap mengamuk kat mak ayah aku sebab diorang decide nak kebumi arwah atuk kat sana, kata tak payah bawak balik sebab melambatkan penyempurnaan jenazah (yela, aku baru form 2 masa tu. Mana peduli bab2 fardhu kifayah ni huhuh )

Beberapa hari lepas atuk meninggal (aku xingat berapa hari dah), satu malam tu lepas habis bengkak mata aku melalak, aku tertidur. Dalam mimpi, aku macam jumpa arwah atuk. Dia pakai jubah putih ngan serban. Dia pandang aku sambil senyum, muka dia bersih betul. Lama dia pandang aku, tapi dia tak cakap apa2, cuma senyum je. Tapi aku macam tau sendiri, dia nak bagitau supaya aku jangan lupa solat & jangan nakal2

Masa aku mimpi tu, keadaan sekeliling aku xde pape, cuma ada atuk & aku. Tapi lama2 aku cam sedar yang arwah atuk macam tengah berdiri hujung katil aku (aku pun xreti nak explain macamana part ni, macam transaksi mimpi ke mamai2 macamtu). Bila aku realize yg aku ada atas katil, tak lama lepas tu atuk hilang. Bila dia takde je kat situ, baru aku betul2 terjaga.

Aku tak tahu la sama ada tu memang betul arwah atuk datang tengok aku ke, atau benda lain menjelma jadi dia (aku harap tak la). Tapi yang penting lepas tu mak aku kata aku dah takde meraung2 & marah2 orang sebab tak bawak atuk aku balik. Bagi aku pulak, tu kira closure bagi aku sebab aku paling tak boleh terima arwah atuk pergi mendadak,, macam lesap gitu2 je. So untuk diri aku yang berumur 14 tahun tu, at least dapat tengok dia senyum one last time, aku ok je la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 05:33 PM | Show all posts
aku nye cite mcm nie...arwah abah aku meninggal thn 2000 sebab sakit kanser paru2...lps tu adik aku yg no 3 nie dia usaha sendiri daftar nama ke maahad tahfiz di kelantan...sebelum adik aku nak pegi ke maahad dia tu seperti biasa la kan kene siap2 kan barang2 baju,jubah,segalanye la...ms tu mak aku belikan adik aku hf jenis nokia jer...lepas azan maghrib tiba2 handfone adik aku tu berbunyi lps tu tertera no tipon opis arwah abah aku...kami semua tergamam tak ckp pe pun...angkat pun tak coz dah tau opis tu kul 5.30ptg dah berkunci n gate pun berkunci guard pun jaga di luar pagar jer...ke esokkan arinye mak aku pegi la opis arwah abah aku tanya kot2 ada sape2 yg keje mlm ke atau ada apa2 nak tanye psl arwah abah aku...kawan2 arwah abah aku kata dia org kul 4.45 dah balik dah...n bila tanye guard pulak...si guard leh cakap dia rasa seram sangat senja tu dia pun lari tak jaga depan gate tu...dia duduk jaga jauh ke depan rumah kuarters terakhir yg bersebelahan gan surau n dia siap sembang2 gan salah seorg kwn arwah abah aku lagi...katanye rasa seram lain macam dan guard nie adalah seorg india......n ms tu ada iklan yg aboon tipon makwe dia kat indon yg kata zizah nie abang nie...kami duk menyakat mak kata kalo angkat la tiba2 dengar sore kata ......ni abang nie...mau mak aku pengsan ms tu gak...nsb baik tak angkat...mmg misteri dibtnye... Last edited by ina_na on 6-2-2013 05:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 01:15 AM | Show all posts
ader org ckp dlm mase 40 ke 100 pas ninggal
yang roh akan balik tgok famli dia
tu lah kesahihan dia yah pun xtau.. dengar je org ckp
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 07:34 AM | Show all posts
tumpang citer sat..

my mom n arwah abah masa hidupnya sgt rapat, mak tu kira arwah abah punyer first love lah..arwah abah meninggal sbb hep c tahunnn 2000.....3 hari lepas arwah dikebumika saya dikejutkann dgnn suara arwah panggil nama saya 3 kali...rindunyaa kat abah.
mak pulaak tiap kaali mak demam mesti mak nampak arwah abah dtg melawat...dlm keadaaan dia mamai gitu,, arwah selalunya duduk saja ditepi katil sambil tersenyum...my mom ada bercerita dia mimpi arwaah dtg kat dia saambil ckp,,, "Ton, rumah kita dah siap,, cantik,, abang tunggu Aton ye......
masa tahun 2002 mak sakit kuat 2 minggu sampai doktor ckp pada anak2 semua tu supaya siap sedia...mak yg mmg kurus tambaah kurus layu je terlantar dikatil.masaa ni saya tak dpt ziarah mak,, almklum duk jauh sgt.yg ni saya rasa sgt bersalah..
alhmdulillah tak lama pastu dia punn kembaali sehat,, diaa pun citer masa sakit tu mimpi jumpa semua sedara diaa yg meninggal,, arwah atok,,nenek,, nenek sedara dan arwah abah.....mak ckp nak ikut derang, tapi arwah ckp masa belum sampai lagi,, tapi kami semua menunggu aton (mak) disini..btw..kain pelikat arwah yg last pakai mak tak  basuh, dia ckp kalu rindu kat abah dia cium kain tu...sentiasa ada disamping diaa,, .malam tidur buat alas bantal tu,
..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 07:36 AM | Show all posts
Aku pernah alami ni ms umor 15 thn... arwah abah aku berdiri kat pintu bilik dlm seminit 2 kot...diam jer sambil dok perati aku kat pintu...aku tgh dok baring atas katil tros tarik selimut tutop muka...pastu aku bukak dah tader....lepas tu berpeluh2 seram sejuk xsedar bila tertidor...ms tu arwah x sampai 100 hari lg kot meninggal. Fyi aku anak bongsu dan anak kemanjaan dia.  Tiap2 malam aku mimpi arwah sejak dia meninggal dan selalu mmg takleh terima hakikat yg dia meninggal masa tu.  Alfatihah utk arwah abah aku.....amin. Last edited by ladida on 18-2-2013 11:38 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2013 08:26 AM | Show all posts
oh begitu8
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 01:51 PM | Show all posts
aku pernah...sedih la pulak aku nak share
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 02:29 PM | Show all posts
jadi kisah sedih pula....
btw...tak dpt kubayangkan mcmana perasaan anak2 aku sekiranya aku pergi dulu....
jagalah kesihatan...jauhkan dari segala penyakit dan musibah...amin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058062 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list