CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 21-2-2013 12:44 PM | Show all posts
Jgn la diorg apa2kan Delia......

Jahat sungguh X mak tiri Delia nih.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 01:56 PM | Show all posts
memang jahat pun depa nih...datin aina x mak tiri yang berhati busuk....takutnya ngan rancangan depa nih....harap2 tiada apa yg buruk berlaku...huhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 04:53 PM | Show all posts
TJ2 posted on 21-2-2013 11:38 AM
ada...
dh post dah...
silalah baca

Wahhh dah makin panas nie...tapi nak request from TJ2...

Flashback please darling...kemesraan Ameer and Delia beli cincin sepertimana yang digambarkan oleh Irina...nak juga baca your curahan perasaan on their kemesraaan hingga Irina dan Datin Aina buat plan yang mendebarkan hati nie...

Tengah pujuk hati utk bersabar menunggu sambungan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 05:44 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 21-2-2013 04:53 PM
Wahhh dah makin panas nie...tapi nak request from TJ2...

Flashback please darling...kemesraan A ...

actually xmesra mana pun.
kan delia n ameer tak rapat...
Irina je yang over reacted and exaggerate the situation.
kalau dah benci benda kecik pun kita nampak besar

for more...tunggu next post k...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 02:46 AM | Show all posts
Thanks TJ

amboi apa la plan datin aina dgn Irina tu...sian Delia
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:44 AM | Show all posts
xsabar nye nak tggu next n3...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2013 10:28 AM | Show all posts
nak kepastian...adakah Delia telah benar2 diceraikan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 11:40 AM | Show all posts
***********************


            Suasana di kedai Tomyam Ali riuh seperti selalu.  Ada pelanggan yang baru sampai dan ada juga pelanggan yang sudah mahu pulang. Di celah keriuhan itu ada Delia dan Ameer yang sedang asyik menikmati hidangan makan malam.

            “Nak tambah lagi tak?” Tanya Ameer pada Delia yang kelihatan berselera menyuap nasi.

            “You perli I ke ni?”

            Mana taknya, sudah dua kali Delia menambah nasi. Tak tahu kenapa dia rasa lapar sampai begini sekali. Atau mungkin masakan di kedai ini yang sedap sangat?

            “Mana ada.”

            Ameer senyum. Ini adalah kali pertama dia keluar makan dengan perempuan yang siap minta nasi tambah. Sebelum ni, perempuan-perempuan yang dia kenal semuanya tak pernah makan habis. Dua tiga suap sudah kata kenyang. Asyik nak belek mekap di muka saja.

            “Tengok cara senyum pun dah tau.” Delia cebik bibir.“Tapi I tak kisah. Yang penting kenyang. Pastu you yang bayar…”

            “Bila pula I kata nak bayar? You makan banyak, you la bayar!”

            Delia jelir hujung lidah. Nak jelir banyak-banyak sebab segan dengan orang sekeliling. Nampak macam gedik pula!

            “Eleh…dengan hujung jari pun boleh bayar la.”

            Delia berkata dengan penuh berlagak kerana geram dengan kata-kata Ameer tadi. Padahal lelaki itu yang beria-ia mengajaknya untuk makan di sini. Siap janji nak belanja lagi. Hampagas punya Ameer!

           “Berlagak!”Ujar Ameer.

           Delia buat muka selamba dan meneruskan suapannya. Best gila kerabu magga dekat sini! Menjilat siku kalau boleh sampai le…hehehe

          “You…”Ameer yang sedang meratah udang goreng tepung dipandang. “Kenapa you tolong I beli balik rumah ayah? Siap ajak I kahwin. You kan tak suka I.”

          Sudah berkali-kali persoalan ini menjengah mindanya. Cuma tidak pernah dapat peluang untuk bertanya. Dari awal lagi dia pelik bila Ameer setuju untuk membantunya jika dia sudi mengahwini Ameer. Padahal hubungan mereka bukannya sebaik mana. Bercakap pun bila dirasakan perlu.

         “Sebab I sayang you.”

         Ringkas jawapan Ameer. Delia jelas tergamam. Ameer senyum selamba. Memang dia sudah agak bagaimana reaksi Delia jika dia beritahu sebab utama dia mahu mengahwini ibu muda beranak dua itu.

        “Yela tu.” Pura-pura tak percaya. Padahal jantung sudah berdegup tahap nak terkeluar dari dada!

Last edited by TJ2 on 22-2-2013 11:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2013 11:46 AM | Show all posts
            
           “Dah agak you tak percaya. Tapi takpe. Kan I cakap tadi, belajar untuk kenali I. Semua persoalan yang you ada akan terjawab.”


            Delia telan liur. Macam seram je nak belajar mengenali lelaki yang satu ini. Kerana Ameer yang ini tampak terlalu berbeza dengan Ameer yang sudah pun sebati dengan seluruh kehidupannya. Ameer yang itu garang dan bengis macam singa. Mulut laser. Bukan macam yang ada di depannya sekarang. Malah sedang bercakap soal sayang.

           “You…sorry sebab tadi I tak sebab buat you marah…” Delia ubah topik untuk memulihkan perasaan sendiri.

           Tadi, sebelum ke sini Ameer telah membawanya untuk memilih cincin. Dalam rasa yang bercampur baur, Delia tetap mengikut Ameer tanpa banyak soal. Bila disuakan dengan pelbagai jenis cincin yang penuh dengan batu berkilauan, Delia jadi pening sendiri. Memang semuanya cantik tapi bukan citarasanya.

           Jadi Delia mengeleng dan terus menggeleng. Semuanya sarat. Dia betul-betul tak minat. Dah la harga mahal gila. Baik beli benda lain yang setimpal dengan harga begitu! Hinggakan akhirnya Ameer naik angin dan terus tarik dia keluar dengan wajah yang masam mencuka.

           “You cerewet sangat. Semuanya geleng. Sampai I fed up.”

           “Dah semua bukan citarasa I. Takkan I nak angguk pula.” Delia tarik nafas. “You pun bukan nak tanya!”

           “Ok…ok. My bad!” Ameer angkat tangan mengaku salah. Tapi memang dia salah pun. Excited sampai lupa nak bertanya. “You nak cincin yang macamana?”

           “I suka cincin yang simple. Kalau nak ada berlian pun, cukuplah sebiji. Baru nampak macam classy. Tak nak banyak-banyak batu.”

           Dia cuma mahukan cincin yang ringkas. Tidak perlu sarat dengan berlian di sana sini. Dia rasa macam makcik-makcik kalau pakai benda yang sarat-sarat ni! Delia senyum.

         “Pelik you ni. Setahu I perempuan kan suka berlian. Kalau boleh nak lilit satu badan.”

         “Itu perempuan lain. I jenis tak minat benda-benda macam ni. Lagipun pada I cincin dengan sebutir berlian melambangkan cinta abadi. Tiada yang lain lagi. Eternal love kata orang tua-tua.”

         Terjiwang pula. Delia tiba-tiba terasa segan. Lebih-lebih lagi bila Ameer tidak lepas-lepas merenunginya. Tak pernah tengok orang ke selama ni? Pandang macam nak telan!

         “Boleh I tanya something?” kata Ameer perlahan.

           “Tanya apa?”



Last edited by TJ2 on 22-2-2013 11:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 11:52 AM | Show all posts
            
            "How was your ex husband like?”


            Soalan yang benar-benar mengusik hati Delia kerana pertanyaan itu akan membangkitkan seluruh kenangannya bersama Adam. Walaupun seketika, kesannya masih boleh dirasai sehingga ke hari ini.

           “Tak nak cerita boleh tak?”

           “Ceritalah. At least I tau tentang apa yang pernah berlaku dalam hidup you.”

            Lama Delia mendiamkan diri. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk membalas kata-kata Ameer tadi.

           “You masih ingatkan dia ke, Dell?”
           Delia bungkam. Mana mungkin dia bisa lupakan lelaki pertama yang menghuni hatinya. Malahan lelaki itu meninggalkan tanda yang mungkin tidak akan hilang sampai bila-bila.

           “Tak nak cerita dah la…”

           Melihat Delia yang membisu seribu bahasa, Ameer jadi sakit hati. Rasanya bukan susah mana pun soalan dia tadi. Setakat mahu tahu tentang bekas suami Delia. Takkan itu pun tak boleh nak jawab? Bukan dia suruh jawab soalan Add Math pun! Ameer bangun dengan kasar dan terus berlalu untuk ke kaunter pembayaran.

           Kaki diatur mengekori langkah Ameer. Lelaki itu tampak seperti marah. Delia hela nafas yang seolah tersekat di dada. Biarlah kali ini dia bercerita walaupun sebolehnya dia tidak mahu lagi mengingati kisah itu. Semuanya menyakitkan! Perit di dada masih terasa.

          “Nama dia Adam.” Delia berkata perlahan tetapi masih kedengan jelas di telinga Ameer yang hampir berlalu. Wajah perempuan muda itu tampak kosong tanpa sebarang riak. “Dia baik, tinggi dan putih. Mixed blood kot. I tak pernah tanya pasal tu. Kami kahwin masa belajar dekat Sydney. Sama fakulti tapi berlainan course. Lepas tiga bulan, Adam balik Malaysia sebab atuk dia meninggal. Lepas tu Adam terus hilang tanpa kesan…”

          “Hilang?”

          Lambat-lambat Delia angguk.

         “Ayah mengamuk bila I balik dengan Dani dan Dania sebab masa kahwin I tak pernah minta izin ayah. So ayah ingat I terlanjur. Ayah halau I. Masa tu la baba you tolong I. I kenal baba you masa dekat KLIA. Uncle kasihan tengok I yang tak tentu arah masa tu. Uncle bawa I dengan anak-anak balik. Lepas tu kita pun jumpa. You mengamuk kata I ni perempuan simpanan baba you. Tapi I bukan macam tu. Mujur ummi you percayakan I. Lepas tu, mesti you sendiri pun tau, kan?”

Last edited by TJ2 on 22-2-2013 11:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 11:58 AM | Show all posts
            
            “You tak cuba cari dia?” Ameer bertanya pada Delia dari tadi seperti asyik merenungj alanraya yang bertali arus dengan pelbagai kenderaan.


            “Cari tapi tak jumpa. Uncle pun tolong tapi tak jumpa juga. Lama-lama I pun jadi penat. Bila I dah dapat terima kenyataan, I failkan perceraian. Takkan I nak tunggu sampai ke tua sebab I rasa I berhak dapat kehidupan yang lebih baik. Lagipun I ada anak-anak yang perlu dibesarkan.”

            Kehadiran Dani dan Dania menyuntik semangat untuk Delia meneruskan hidup dengan lebih baik. Dia tidak perlu meratap kehilangan Adam seumur hidup. Sekali terluka tidak bermaksud akan terus terluka.

           Selepas perceraiannya disahkan oleh Mahkamah Syariah, dia terus bangkit dan tidak lagi menoleh ke belakang. Berdikari dan berusaha untuk membahagiakan diri sendiri demi anak-anak. Dan dia bertuah kerana bertemu dengan Tan Sri Rashdan sekeluarga. Walaupun antara mereka tiada sebarang pertalian, lelaki tua itu sudi menerima dia dan anak-anak seadanya.

           “Parents you?”

            Nafas dihela kasar.  Wajah ayah terlayar diruang mata.

           “Ibu I dah meninggal lama. Ayah yang besarkan I. Lepas ayah halau, I tak pernah lagi dapat jumpa dia. Call handphone tak pernah angkat. Kalau call rumah, mama Aina yang jawab. Mama cakap jangan cari ayah lagi.” Delia tahan sebak di dada. “Tak lama lepas tu, adik ayah call dan kata ayah dah meninggal. Mama kata ayah meninggal sebab terlalu kecewa dengan I. Entahlah! Sampai sekarang I masih ralat sebab sakitkan hati ayah dan I tak tahu samada ayah dah maafkan I atau belum!”

           Maafkan Lia, Ayah. Lia gagal jadi anak yang ayah harapkan! Tak berjaya jadi anak yang ayah banggakan!

          “Sorry buatkan you sedih.”

          Setitis airmata yang jatuh buatkan Ameer terasa bersalah. Dia tidak berniat untuk membuatkan Delia bersedih.

         “Takpe…”

          “Inilah salah satu sebab kenapa I nak kahwin dengan you, Dell. I nak bahagiakan you!”

            Delia senyum dalam sendu. Jika benar apa yang dikatakan Ameer, dia amat-amat bersyukur walaupun sebenarnya dia sudah bersedia untuk membesarkan anak-anak sendirian sampai bila-bila.

           “Thanks.” Kata Delia pada Ameer. “Jom balik. Rasanya orang dah pelik tengok kita dari tadi tegak macam tugu dekat sini.”

           Ameer tertawa dan angguk setuju. Kereta dipakir di bahu jalan seberang sana. Mahu tak mahu mereka perlu untuk melintasi jalan. Jalan yang sibuk dengan kenderaan buatkan Ameer gapai dan genggam erat tangan Delia.

           Walau apa terjadi, dia berjanji tidak akan sesekali melepaskan tangan ini…

Last edited by TJ2 on 22-2-2013 12:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 12:24 PM | Show all posts
Sambung lagi TT .............
Terlebih merempit nak membaca bila uturn balik baru perasan yg nama penuh Dzariff tu ...Dzariff Adam ... Last edited by qimi08 on 22-2-2013 12:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 01:08 PM | Show all posts
kenapaaku posted on 22-2-2013 10:28 AM
nak kepastian...adakah Delia telah benar2 diceraikan???

jawapan ada pada n3 br...sila bc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 01:09 PM | Show all posts
qimi08 posted on 22-2-2013 12:24 PM
Sambung lagi TT .............
Terlebih merempit nak membaca bila uturn balik baru perasan yg nama ...

haha...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 03:16 PM | Show all posts
kenapa sikit sangat????
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 03:38 PM | Show all posts
qimi08 posted on 22-2-2013 12:24 PM
Sambung lagi TT .............
Terlebih merempit nak membaca bila uturn balik baru perasan yg nama ...

ye ke?
x perasan la. jgn lah ex delia pulak...oh tidakkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 03:40 PM | Show all posts
TJ2 posted on 22-2-2013 01:08 PM
jawapan ada pada n3 br...sila bc

terima kasih.
nasib baik x sama cam2 cerita yg lain.
suka ngan delia yg x lemah n lemau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 04:07 PM | Show all posts
tq pd yang baca (ingat xde sape yg sudi) hehehe
uols la yg bg iols semangat utk mererpek maraban ari2...
mmuah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 04:23 PM | Show all posts
TJ2 posted on 22-2-2013 11:58 AM
“You tak cuba cari dia?” Ameer bertanya pada Delia dari tadi seperti asy ...

Salam TJ2

Thank you for the entry. Cinta di hati Ameer sudah mula kelihatan...Ameer mengenali Delia sedikit demi sedikit and I know he loves Delia truly sbb Delia tak berpura-pura. Love always that way...

So far no weekend entry...can I hope for it this week?

Happy weekend...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 04:41 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 22-2-2013 04:23 PM
Salam TJ2

Thank you for the entry. Cinta di hati Ameer sudah mula kelihatan...Ameer mengenali D ...

Salam Sanaa1,

Thanks 4 the lovely comment.
But so sorry...still no weekend n3.
still mengarang cuma tak sempat nak post...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.081623 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list