CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3613|Reply: 45

[Tempatan] krisis air ketika cuti hariraya

[Copy link]
Post time 24-8-2012 07:48 AM | Show all posts |Read mode
KUANTAN — Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) akan menyediakan 294 tangki air statik di kawasan yang dikenal pasti sering mengalami masalah bekalan air bagi memastikan pengguna mendapat air yang mencukupi pada musim Aidilfitri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Paip Datuk Mohd Zahari Md Isa berkata penggunaan air di Pahang dijangka meningkat berganda semasa musim perayaan Aidilfitri ini.
"Seperti biasa dalam musim perayaan, tradisi balik kampung akan menyebabkan penggunaan air meningkat berganda di Pahang.
"Mengikut rekod Paip, akan berlaku kekurangan bekalan air dan gangguan bekalan air di beberapa kawasan terutama di kawasan Felda dan kampung-kampung tradisonal,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan turut menyediakan 32 lori tangki yang boleh bergerak ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.
"Selain itu kami juga akan mengatur pekerja-pekerja bagi menyelenggara kerosakan sistem bekalan air dengan segera dalam tempoh perayaan ini,” katanya.
Beliau berkata orang ramai yang ingin membuat aduan mengenai masalah air di kawasan mereka boleh menghubungi pusat aduan di talian 09-5739999 dari pukul 7.30 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 08:00 AM | Show all posts
Awat, kalau ramai ramai pi istana tumpang mandi takkan lah tengku mahkota nak halau......



Khennnnn?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 08:20 AM | Show all posts
la PAHANG aku ingat kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 08:21 AM | Show all posts
la..pahang pon brmasalah..ingtkan sgor jek..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 08:23 AM | Show all posts
aikk....mana bole...Pahang kan byk air...
sume negeri bwh BN , airnya bersih melimpah-limpah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:34 AM | Show all posts
blk raya kat Raub xde air... susah betul.. hari raya xde air plak...ish..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2012 09:53 AM | Show all posts
pahang ada masalah air?abis tu?ngaper beria nak tlg selangor kalo negeri sendiri pun bermasalah air????ada salah fakta ker?atau nie berita hoax ajer?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:54 AM | Show all posts
Malunya.. kata nak amik air dari Pahang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 10:20 AM | Show all posts
gi la kawasan abang bijan. mesti air melimpah-limpah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 10:25 AM | Show all posts
pesal tak masuk TV3?????????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 11:01 AM | Show all posts
umah paklong aku kat lipis pun selalu takde air, raya ke 3 aritu pun takde air sampai petang.. naye je org nak masak, mandi segala.. cousin aku yg dok kuantan pun selalu merungut air takde.. pelik sungguh kalau pahang pun ada krisis air gak ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 11:02 AM | Show all posts
callance posted on 24-8-2012 09:34 AM
blk raya kat Raub xde air... susah betul.. hari raya xde air plak...ish..

callance org raub kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 12:01 PM | Show all posts
leylapple posted on 24-8-2012 08:53 AM
pahang ada masalah air?abis tu?ngaper beria nak tlg selangor kalo negeri sendiri pun bermasalah air? ...

sumber air dgn bekalan air tu dua benda berbeza noks. sungai pahang tu melimpah ruah pi lah cedok sndiri cara primitif hoccay. ni org citer air yg mengalir dlm paip masuk ke rumah. org skrg cakap infrastruktur - beza antara maju dan mundur.

mcm gak johor kasi singapore sedut air sungai pehtu rawat dan jual balik kat johor yg tak cukup kemudahan rawatan. tp tetap ummah tak faham konsep meroyan pasal kera di hutan minum susu segala...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 12:28 PM | Show all posts
izumiza posted on 24-8-2012 11:02 AM
callance org raub kah?

umah mertua...

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 01:14 PM | Show all posts
bapak empangan ada di kuantan tu

yg paling lagi terbesar di malaysia ini

pun tak dak air ka?

ciss... ingat kat kelantan tadi
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 01:51 PM | Show all posts
kat kg metua aku pun xda air.malam air baru ada.tu pun kecik.malam dok tadah air.pagi air xda.sbb menyusahkan..tahun ni raya..makan,minum pagi raya..org marhaban pun guna polistren je.kalo x pinggan belonggok2 malam baru sibuk mgadap basuh pinggan.dah balik umah nak bsenang lenang..nak basuh baju yg melambak..bukak paip xda air pulak kat umah. ni kat johor..byk je tempat yg mgadap msalah air ni.cuma xmasuk berita je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 01:52 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 24-8-2012 08:23 AM
aikk....mana bole...Pahang kan byk air...
sume negeri bwh BN , airnya bersih melimpah-limpah...

btul tu.. smpai kan bleh supply air ke jiran sebelah menyebelah  
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 01:56 PM | Show all posts
izumiza posted on 24-8-2012 11:01 AM
umah paklong aku kat lipis pun selalu takde air, raya ke 3 aritu pun takde air sampai petang.. naye  ...

x pernah msuk dlm aduan rakyat.... so, rakyat jelata x tau...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 01:57 PM | Show all posts
at least dah ada intervensi utk atasi masalah kekurangan air.
musim raya ni bukan air je jadi slow tapi jalan raya pun padat dan habis jem di sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 01:59 PM | Show all posts
hee_young posted on 24-8-2012 01:56 PM
x pernah msuk dlm aduan rakyat.... so, rakyat jelata x tau...

tu la yg paklong aku tgh cadangkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.258767 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list