CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1407|Reply: 9

Kantoi lagi.. Ladang Rakyat pulak..

[Copy link]
Post time 13-8-2012 03:16 PM | Show all posts |Read mode
"Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".

Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.

Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif.

Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan.

Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.

Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri.

Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".

“Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali.

“Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri,” katanya.

Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".

Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik."


>>>Mana hero-hero Ladang Rakyat sebelum ni? Malu den... Mano nak lotak muko nih<<<


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 03:52 PM | Show all posts

apecer ? tak tau kisah ladang rakyat sebelom ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 04:03 PM | Show all posts
kittycomel posted on 13-8-2012 03:52 PM
apecer ? tak tau kisah ladang rakyat sebelom ni.

Antara isunya:

KOTA BHARU, 21 Mac 12:Keghairahan laporan khas mengenai Ladang Rakyat yang disiarkan sebuah akhbar Umno tiga hari berturut-turut sejak kelmarin seperti mencipta benda yang tidak wujud.Laporan yang mendakwa ada penduduk di Kampung Lepar Jaya dan Kuala Ketil, Gua Musang dianiaya projek Ladang Rakyat ternyata tidak berasas sama sekali.



Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, tidak ada projek Ladang Rakyat di kedua-dua lokasi berkenaan.“Kononnya berlaku penderitaan yang ditanggung bebeberapa keluarga yang langsung tiada kaitan dengan projek Ladang Rakyat,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.



Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang penduduk, Mohd Donia Hanafi, 62 mendakwa akibat kerajaan negeri memajak tanah di Lepar Jaya menyebabkan beliau terpaksa berpindah ke Kampung Kuala Betis. Dakwa beliau rumahnya di Lepar Jaya dimusnahkan syarikat yang ada kaitan dengan Ladang Rakyat.


Penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin juga menjelaskan tidak ada projek Ladang Rakyat di kawasan seperti didakwa dalam laporan Utusan hari ini. Katanya, projek Ladang Rakyat hanya terdapat di Kuala Betis, Limau Kasturi, Paloh 4, Renok Baru dan beberapa lokasi lain. “Saya juga tidak pernah mendengar cerita ada penduduk dihalau kerana projek Ladang Rakyat. Malah tidak pernah kedengaran ada penduduk ditahan di lokap kerana mempertahankan kebun mereka,” katanya dihubungi di Gua Musang.



Timbalan Menteri Besar menegaskan kerajaan negeri menafikan sama sekali laporan akhbar berkenaan, termasuk dakwaan 60,000 hektar tanah Ladang Rakyat dipajak kepada syarikat swasta.“Ini kerana keluasan tanah Ladang rakyat hanya 25,666 hektar dan bukannya 60,000 seperti dilaporkan. Lagi pun konsep pemajuan tanah bukan secara pajakan. “Hak milik tanah Ladang Rakyat kekal sama ada tanah kerajaan atau didaftar di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat tanpa dipajak kepada syarikat swasta,” ujarnya.



Miskin tegar


Ahmad juga berkata, dakwaan hanya 5 peratus peserta Ladang Rakyat bebas daripada kemiskinan tegar juga tidak tepat. Katanya, akhbar terbabit menggambarkan seolah-olah daripada 4,834 peserta hanya 5 peratus atau 240 orang sahaja yang bebas miskin tegar dalam masa enam tahun projek dilaksanakan. “Sedangkan fakta sebenar ialah 5 peratus bebas miskin tegar dalam masa setahun. Dan ini bermakna angkanya 240 orang setahun atau pun 1,440 orang enam tahun,” katanya.



Menurutnya juga dakwaan peserta menerima sijil tetapi tidak menerima apa-apa dividen sebenarnya mereka merupakan peserta bagi penempatan berkelompok. Katanya, peserta yang menerima dividen RM200 sebulan bukan di kalangan peserta penempatan berkelompok yang akan diwujudkan di Paloh 4 dan Limau Kasturi. Beliau berkata, peserta penempatan berkelompok tersebut akan diberi tapak rumah yang dibina peserta melalui pembiayaan sewa beli tanpa faedah diurus Ladang Rakyat.



“Peserta dijangka akan dapat memasuki tapak rumah dalam masa sebulan dua lagi. Peserta akan menerima gaji bulanan dengan mengusahakan ladang seluas 10 ekar setiap seorang. “Mereka juga akan diberi insentif sebanyak RM15 bagi setiap tan hasil kelapa sawit daripada hasil buah sawit di kawasan diusahakan,” ujarnya.



Saman


Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, sekiranya akhbar terbabit tidak menyiarkan penafian dibuat kerajaan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 05:01 PM | Show all posts
tu laa...bulan puasa nie ko buat citer bukan-bukan.....tak elok tau...sia-sia je puasa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 05:14 PM | Show all posts
maafkanlah dia.....semoga mereka insaf atas perbuatan2 mereka
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 05:17 PM | Show all posts

kalo tak membohong bkn umno nananya. tak heran pon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2012 03:05 AM | Show all posts
Kick da Fella lagi? Ape nak diherankan? Sekali semua isu dia kantoi daaaaaaa........Namakan isu yang ditulisnya melekat? Zilt....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 09:32 AM | Show all posts
kickdeffela ni bukan orang PR ka???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2012 09:53 AM | Show all posts
org umno dok baca majalah mangga
mana nak cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 07:17 PM | Show all posts
nasib baik seksyen 114A blom diwartakan..kalau tak boleh jd perintis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.065670 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list