*sumber Media Malaya
Pelakon kacak, Fizz Fairuz diaktakan sudah selesai untuk urusan membeli sebuah kondominium yang terletak di penempatan elit, Mont Kiara, Damansara bernilai jutaan ringgit yang dibeli menggunakan wangnya sendiri sebagai anak seni.
Tindakan Fizz ini rupanya ada asasnya, dia mahu agar supaya hidupnya tidak melarat pada hari tua. Pelaburan diusia muda lah katakan, rumah kan makin hari makin naik harga.
Baguslah kalau macam tu, jangan beli kereta mewah-mewah, cukup kereta tempatan jew, janji ada kondo mewah. Hehe.
“Syukurlah saya tidak lupa diri apabila mendapat peluang yang banyak selepas 10 tahun bergelar artis. Kesusahan yang saya lalui sedikit masa dahulu mengajar saya untuk berjimat selain mengumpul aset selagi boleh,
“Semasa tengah “laku” dan orang nak ambil saya bekerja, masa inilah saya gunakan betul-betul peluang untuk mengumpul harta. Sebab itulah saya terpaksa bekerja kuat untuk membayar segala hutang (rumah) saya itu.
“Pada saya, biarlah saya susah dahulu kerana kesenangannya kita akan dapat kemudian” -mStar
|