CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

All about Cats: Newspaper cuttings, video, photos, blog, etc.

[Copy link]
Post time 9-10-2009 10:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2009 10:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 10:51 AM | Show all posts
malas dah nak cari hehhee....cukup lah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 12:00 PM | Show all posts
so cute lah die..!! ade jgk cats yg fascinated ngan piano ni yekk
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 02:06 PM | Show all posts
11# six_heart

ahahahhahaha..tak cukop ngan tangan..ngan moncong pon boleh gakk...oloh comeinyaa!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 03:38 PM | Show all posts
11# six_heart  

ahahahhahaha..tak cukop ngan tangan..ngan moncong pon boleh gakk...oloh comeinyaa!
hatemetoday Post at 9-10-2009 14:06


ha'ah comel ...siap muncung2...very2 cute....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2009 04:38 PM | Show all posts
21# six_heart

tangan dah lenguh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 05:10 PM | Show all posts
21# six_heart  

tangan dah lenguh
hatemetoday Post at 9-10-2009 16:38


ha'ah kan....terpikir lak dek akal ku ini tadi...

patut lah dia guna muncung jer...memang tahap diva lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2009 05:53 PM | Show all posts
six.. panggil kak leo jer.. dah tak main title adik2 nih
dah tuooo...:kant:

huk alohhh... comeyyyyy....
beria dia tekan2 piano tu eh, dgn muncong2 sekali tekan... cuteee sggh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 10:04 AM | Show all posts
six.. panggil kak leo jer.. dah tak main title adik2 nih
dah tuooo...:kant:

huk alohhh... comeyyyyy....
beria dia tekan2 piano tu eh, dgn muncong2 sekali tekan... cuteee sggh
leotazz818 Post at 9-10-2009 17:53


hehehheh...sajer jer....nak mengusik...

tu lah comey kan kan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 12:58 PM | Show all posts
cuteee sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 02:23 PM | Show all posts
cuteee sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:10 PM | Show all posts
ala..tomeinyer....gumukss lak tu..sgt2 comel!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 12:43 PM | Show all posts
'Catwoman' Molly belanja RM500 sebulan untuk beli makanan kucing

Oleh R.K Shyamala


Molly memberi makan dua kali sehari untuk kucing-kucing di sekitar taman perumahannya. -Foto oleh MSTAR oleh R.K.SHYAMALA

TANPA rasa jemu, Molly Long Foo Lan memberi makan kira-kira 40 ekor kucing disekitar tempat tinggalnya iaitu Taman Sri Andalas yang terletak di Klang, Selangor.

Saban hari, Molly yang berusia 59 tahun, tidak kekok berjalan kaki ke tiga lorong di sini untuk memberi makan kucing-kucing terbiar dan kucing milik orang lain disini.

Molly yang berbuat demikian sejak lima tahun yang lalu, setelah dia bersara dari menjadi seorang kerani, manakala suaminya pula berkerja sebagai seorang akauntan.

"Saya pernah digelar orang gila kerana perbuatan saya ini. Tetapi saya kasihankan kucing-kucing ini kerana tidak ada orang yang endahkan mereka," ujarnya sambil memberi makan kucing -kucing di sini.

Dia memberi makan kucing-kucing ini dua kali sehari.

"Saya berbelanja sekitar RM 300-500 sebulan untuk membeli makanan kucing," kata ibu kepada empat orang anak itu.

Menurutnya lagi, dia membeli beras, ikan dan ikan bilis untuk memberi makanan yang seimbang untuk kucing-kucing di sini.


Molly memberi kucing-kucing makan makanan yang seimbang untuk kucing-kucing di sekitar taman perumahannya. -Foto oleh MSTAR oleh R.K.SHYAMALA

Dia juga akan mengeluarkan wang sakunya untuk menyuntik kucing-kucing betina untuk mengelakkannya dari melahirkan anak.

"Saya berkawan baik dengan seseorang doktor haiwan di hospital kerajaan disini. Dia selalu memberi diskaun kepada saya kerana dia tahu saya mengeluarkan wang saku saya untuk mengubati haiwan-haiwan yang terbiar ini," kata Molly.

Dia berbelanja sekitar RM 70 untuk menyuntik seekor kucing betina.

"Saya berbuat demikian untuk kebaikkan kucing itu juga. Saya tidak mahu kucing -kucing ini terbiar begitu sahaja tanpa makanan."

Tambahnya lagi, dia juga memberi makan kepada beberapa ekor kucing milik orang juga.

Menurutnya lagi dia juga membawa kucing atau anjing yang mempunyai penyakit kulit untuk berjumpa dengan doktor haiwan.

"Saya hairan kerana mereka tidak memberi makanan yang cukup kepada kucing-kucing mereka," tambahnya pada kebiasannya mereka memiliki lebih daripada seekor kucing.

Tabiat suka menjaga haiwan datang dari nenek Molly. Molly telah dibesarkan oleh neneknya dari kecil. Sejak kecil, Molly selalu perhatikan mendiang neneknya memelihara haiwan seperti kucing, anjing, kura-kura dan monyet.

"Mungkin sebab itu saya perihatin terhadap kucing-kucing di sini," tambahnya sambil memanggil-memanggil kucing di sini semalam. Selain itu, dia memberi makan kepada 20 ekor kucing di rumahnya sahaja, padahal dia hanya hanya memiliki seekor kucing.


Molly berharap ibu bapa kini memelihara sekurang-kurangnya seekor haiwan di rumah. -Foto oleh MSTAR oleh R.K.SHYAMALA

Menurut Molly lagi, anak-anaknya sering merajuk terhadapnya kerana sikapnya yang lebih mementingkan kucing di sekitar tamannya.

"Anak-anak saya sudah besar dan boleh berdikari. Tetapi kucing-kucing di sini tiada siapa yang jaga," tambahnya.

Molly berkata dia kesal dengan sikap segelintir anak-anak muda kini yang bersikap individualistik dan tidak berperikemanusiaan.

"Mereka membaling batu ke arah kucing dan anjing dan tidak kasihan haiwan yang terbiar ini," ujarnya lagi.

Menurut Molly yang sudah menetap di Taman Sri Andalas selama 19 tahun, ibu bapa kini terlalu sibuk dengan kerja mereka dan anak-anak mereka juga turut mengikut jejak langkah mereka.

"Dengan memelihara seekor haiwan, mereka tidak sedar yang sebenarnya anak-anak mereka belajar bertangungjawab.

"Anak-anak muda kini lebih suka meluangkan masa di depan televisyen atau Intenet. Dengan memelihara seekor haiwan, mereka dapat berinteraksi dengan haiwan itu," tambahnya lagi.

Molly juga berharap mereka yang sudah memiliki haiwan peliharaan untuk menjaganya dengan baik dengan memberinya makanan yang cukup.

Kepada yang sukakan haiwan, dia berharap mereka membuat keputusan untuk memelihara seekor haiwan terbiar.

"Haiwan-haiwan jalanan ini lebih mudah dijaga dan kita tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli makanan yang mahal untuk haiwan-haiwan ini," jelas Molly lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 01:40 PM | Show all posts
selalu aje org bukan islam yg akak jumpa mcm ni... kalau org melayu kita ni byk yg abaikan kebajikan haiwan...
beruntung kucing2 kat taman tu.. kenyang perut diorg sbb ada makcik molly ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 05:58 PM | Show all posts
selalu aje org bukan islam yg akak jumpa mcm ni... kalau org melayu kita ni byk yg abaikan kebajikan haiwan...
beruntung kucing2 kat taman tu.. kenyang perut diorg sbb ada makcik molly ni...
leotazz818 Post at 20/10/2009 13:40




kak leo, sebenarnya ada orang melayu yang buat camni juga.
cuma tak dihighlight kat suratkhabar je sebab orang melayu kita tak ramai yang sayang haiwan macam anak sendiri ataupun meletakkan kepentingan haiwan tu atas dari kepentingan diri sendiri.
kalau ada pun cuma sebilangan kecil je dan selalu takut2 bila dah kena marah dengan orang bila bagi kucing2 strays makan... hu hu hu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 07:12 PM | Show all posts
kak leo, sebenarnya ada orang melayu yang buat camni juga.
cuma tak dihighlight kat suratkhabar je sebab orang melayu kita tak ramai yang sayang haiwan macam anak sendiri ataupun meletakkan k ...
boocik04 Post at 20-10-2009 17:58


ha'a.. kena marah dgn jiran2.. mcm akak kena ler tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 09:58 AM | Show all posts
Dulu dua hari ini 21 ekor

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

Menyukai haiwan sejak kecil, kucing kini bukan sahaja dijadikan haiwan peliharaan tetapi sebagai jalan buat Amey untuk melakukan kebajikan.


BAGI memudahkan dia menjaga 21 ekor kucing miliknya, Amey meletakkan separuh daripada kucing itu di pejabat.

BERMULA dengan hanya dua ekor anak kucing pemberian seorang teman, kini selepas tiga tahun, Amey Suriati Yahya, 27, sudah memiliki sebanyak 21 ekor kucing.

Dalam kesibukan menguruskan perniagaan sebagai perunding unit amanah, Amey punya cara tersendiri untuk menjaga kebajikan semua kucing peliharaannya.

Amey memelihara anak-anak kucing di pejabat manakala sebahagian lagi kucing-kucing yang lebih dewasa di rumah.

Menjengah ke pejabatnya di Shah Alam, penulis disambut oleh seorang pekerja dan beberapa ekor anak kucing. Ada yang berbulu tebal dan panjang, ada yang berbulu pendek.

Menurut Amey, tidak ada seekor pun kucing-kucing miliknya dibeli termasuklah tiga ekor kucing kacukan Parsi.


AMEY memperuntukkan sekitar RM500 sebulan untuk membeli makanan, pasir najis dan keperluan kucing kesayangannya.

"Selain pemberian teman, ada juga kucing yang datang ke pejabat dan membesar di sini. Apabila beranak, saya tidak sampai hati hendak membuang mereka.

"Disebabkan bilangannya terlalu banyak, saya letakkan separuh di rumah. Kucing yang ada di pejabat ini ialah 10 ekor anak kucing yang berusia tidak sampai tiga bulan selain dua ekor kucing betina. Saya perlu asingkan mereka daripada kucing jantan," katanya.

Walaupun sebahagian daripada kucing-kucing itu tinggal di pejabat yang terletak di tingkat dua, kawasan yang menempatkan mereka sungguh selesa.

Apa tidaknya Amey memperuntukkan sebuah bilik khas supaya anak-anak kucing itu bebas bermain dan bergerak. Kadangkala mereka akan dilepaskan ke ruang pejabat yang lebih luas supaya mereka lebih selesa.

Amey berbelanja dalam lingkungan RM400 hingga RM500 sebulan untuk membeli makanan, pasir dan keperluan lain khas untuk kucing-kucingnya.

Cerita Amey kerana kesibukan masa bekerja dan minat terhadap haiwan peliharaan, rutin harian beliau kebiasaannya bermula seawal pukul 6.30 pagi. Pada sebelah pagi biasanya Ameng membersihkan kandang kucing dan memberi mereka makan.


KUCING berwarna oren ini semakin gebu dan comel selepas dipelihara dengan baik oleh Amey.

Kemudian barulah dia bersiap untuk ke pejabat. Dia bernasib baik kerana kebanyakan pekerjanya juga sukakan kucing.

Jadi, mereka bersama-sama membantu dalam menguruskan kucing- kucing tersebut.

Kata Amey, apabila anak-anak kucing itu sudah besar barulah dia akan memindahkan haiwan itu ke rumahnya yang terletak berhampiran.

Bagi yang kurang menyukai haiwan peliharaan, najis dan bau yang kuat pasti menjadi masalah utama. Namun bagi Amey, kerana minat dan rasa simpati, perkara itu ditolak ke tepi.

"Kucing-kucing ini mengajar saya erti kesabaran. Maklumlah haiwan ini akan berak atau muntah. Kerenah mereka tidak ubah seperti anak kecil. Sabar melayan mereka umpama terapi kepada saya untuk menjadi manusia yang lebih baik," katanya.

Beritahu Amey, beliau dan rakan kongsinya mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk membuka sebuah pusat kebajikan kucing. Dia juga berhasrat mendapatkan khidmat seorang doktor haiwan bagi memberi tumpuan kepada perihal kesihatan anak-anak kucing terutama kucing jalanan.

"Kebanyakan pusat-pusat kebajikan haiwan yang ada kini mengambil pendekatan membunuh kucing-kucing ini jika mereka mempunyai sebarang penyakit walaupun tidak kronik. Ia adalah bagi mengurangkan kos pusat tersebut ekoran kekurangan dana dan supaya tidak berjangkit pada kucing lain.

"Ia satu kenyataan yang amat pedih bagi saya. Namun saya tahu ia tidak dapat dielakkan. Jika diizinkan tuhan, saya ingin sediakan pusat yang menjaga kebajikan kucing-kucing buangan dan memberi kehidupan lebih baik kepada mereka," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 10:49 AM | Show all posts
untung leh bwk p office...unit trust ni mesti biz sundirik..bleh la pulun simpan kat ofis....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 12:13 PM | Show all posts
kalau tak neuter semua kucing tu mau diorang multiply ke puluhan atau ratusan ekor nanti....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.442558 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list