View: 5412|Reply: 18
|
Krisis Lelaki Pertghan Usia - Perkongsian
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by SulurBidar at 28-5-2012 19:47
Perubahan fizikal, seksual mula dirasai pada usia 40 tahun
LELAKI dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada yang memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.
Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup. Ada lelaki yang berjaya mengharunginya dengan baik.
[size=130%]Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.
Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan di usia pertengahan.
Ada penyelidik yang melihatnya sebagai andropaus, namun bagi Dr Muhsin ia sebenarnya lebih kepada keupayaan seseorang lelaki itu untuk menangani masalah yang dihadapinya. [size=130%] | [size=130%]Dr Muhamad Muhsin
|
[size=130%]“Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran yang positif,” katanya.
Kata Dr Muhsin, lelaki dengan emosi yang tidak stabil mula berfikiran negatif, membandingkan kejayaan dirinya dengan rakan, sekali gus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan.
“Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan,” katanya.
[size=130%]Dr Muhsin berkata, krisis pertengahan umur di kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat, antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit. Fungsi seksual juga berkurangan sekali gus mempengaruhi sosiologi.
Perubahan biologi dilalui oleh semua orang lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama. Ia berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif.
Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya. Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya yang semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.
Dr Muhsin berkata, lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga yang rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.
Jika ia dikaitkan dengan masalah andropaus, ia perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan Barat. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.
INFO: Simptom lelaki alami krisis pertengahan usia
[size=130%]Berasakan tidak bahagia dengan hidupnya atau gaya hidupnya
[size=130%]Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.
[size=130%]Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya .[size=130%]Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya
[size=130%]Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka
[size=130%]Keinginan menjalin perhubungan baru. (Ramai Lelaki usia ini menyalah tafsirkan keinginan ini dengan mula mencari alasan untuk berkahwin dgn anak dara. Yang lebih parah bila memilih anak dara seusia anak sulongnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas |
|
|
|
|
|
|
|
owh....
+1 |
|
|
|
|
|
|
|
owh....
+1
tajul186 Post at 23-5-2012 18:07
Kenapa bro? Ada yg ingin dikongsikan? |
|
|
|
|
|
|
|
besar nya font |
|
|
|
|
|
|
|
besar nya font
KumbangPolkaDot Post at 23-5-2012 18:31
Sorry..
Baru perasan... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa lambat ja nak habis baca....Besar sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Peranan pasangan bagi mereka2 yang berusia sebegini amat penting supaya dapat melalui process semula jadi ini dengan tenang. Sedikit advantage bagi mereka yang sememangnya punya pasangan yang jauh beza usia. Misalnya usia isteri jauh lebih muda dari suami jadi perubahan yang dilalui suami tidak terlalu terasa. Bak kata orang dapat pasangan muda hati selalu rasa muda.
Konflik selalunya terjadi kalau sama2 dalam lingkungan usia yang sama. Mungkin disebabkan oleh kerana sama2 berjuang dengan perubahan yang sedang dilalui. Bila dah diluar kawalan mulalah perbagai masaalah timbul akibat tidak menyedari dengan perubahan diri yang terjadi. Akhirnya mula salah menyalahkan dan berperasaan isteri dah kurang menarik dimata suami. Ditambah pula dengan godaan dari luar yang lebih menambahkan masaalah dan bukan menyelesaikanya. Tapi kalau sedari awal sama2 mengamalkan cara hidup sihat dan sedar dengan apa yang sebenarnya terjadi pada diri pasti mereka dapat melalui fasa hidup ini dengan tenang. |
|
|
|
|
|
|
|
Peranan pasangan bagi mereka2 yang berusia sebegini amat penting supaya dapat melalui process semula ...
Artemesiaa Post at 23-5-2012 19:27
Great information...
So, does this mean sang lelaki kena mencari pasangan yg lebih muda dari dirinya?
So, this is more to psychological factor lah yea? I thought this matter related to biological factor. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cerita classic...7 year itch...marilyn monroe berlakon... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# SulurBidar
Well apa pun terpulang pada jodoh juga. |
|
|
|
|
|
|
|
thread moved to ASK THE MEN ..makaseh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa salah satu tips ialah orang lelaki kena cari bakal isteri yang muda dari lelaki tu....sebabnya selalunya orang pompuan cepat nampak tua |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa salah satu tips ialah orang lelaki kena cari bakal isteri yang muda dari lelaki tu....sebab ...
krukx Post at 23-5-2012 22:17
Sememangnya, lelaki kena cari paling kurang pun sebaya atau lebih muda..
Krisis lelaki pertghan usia ni aku lihat semakin teruk...
Trust me, berdasarkan perkongsian sesama memba, semua lelaki akan merasai konflik diri ini.
Cuma kritikal, severe, atau minor effect je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat lagu Wings - Album Mencari Asal Usul ( 1998 )
Krisis Di Pertengahan Hidup |
|
|
|
|
|
|
|
tuu dia..xdak besaq lagik ka font?
berpinau mater |
|
|
|
|
|
|
|
mcm itu kaa?? bru tahu huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
walawei....hampir dilanda krisis ni........ |
|
|
|
|
|
|
|
nk tanya.. siapa yg tgh ada krisis nie.. TT ke atau lelaki pertengahan? berpinau bijik mata nk membaca... last2 skip je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
ok.. aku dah betulkan balik font size utk memudahkan pembacaan korang..
Krisis ni sekadar panduan kita coz satu masa kelak, kita semua PASTI menghadapinya lantaran cabaran hidup semakin menggila.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|