CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4481|Reply: 7

[Tempatan] Rakyat Malaysia bekerja di Singapura dijangka berkurang lima tahun lagi

[Copy link]
Post time 9-1-2025 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh BERNAMA
Januari 9, 2025



BATU PAHAT: Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai semalam dijangka memberikan manfaat besar kepada negara, khususnya Johor apabila bakal menjadi tumpuan pada masa akan datang.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohamed Ismail KP Pakir Mohamed, berkata melalui perjanjian berkenaan dijangka banyak pemain industri dan pelabur luar akan beroperasi sekali gus memberikan impak kepada peluang pekerjaan.


Beliau yang juga Ketua Fokus Group Pengurusan Teknologi Pembuatan universiti berkenaan berkata, antara sektor dalam JS-SEZ ini ialah industri minyak dan gas serta pangkalan data juga semikonduktor bakal memberikan peluang pekerjaan, khususnya kepada pelajar lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

"Bagi tempoh jangka panjang, pelajar aliran ini (TVET) akan memenuhi pasaran dan bersesuaian dengan adanya JS-SEZ, peluang pekerjaan untuk mereka akan ada serta dalam masa sama, pekerja mahir dan separuh mahir dari seluruh negara akan mula tertumpu di kawasan berkenaan.


"Kita juga akan dapat lihat sekurang-kurangnya dalam tempoh masa lima hingga 10 tahun, rakyat di negara ini dijangka berkurang untuk bekerja di negara luar termasuk Singapura apabila banyak syarikat atau pelabur berada di negara itu akan beroperasi di zon JS-SEZ, ia akan memberikan impak positif ekonomi negara," katanya kepada Bernama hari ini.


Jelas Mohamed Ismail, sektor lain seperti bidang pendidikan juga akan mampu berkembang pesat di zon itu dan institusi pendidikan juga tidak mahu terlepas untuk membuka cawangan mereka termasuk sekolah antarabangsa sebagaimana yang kita lihat telah mula dibuka di Forest City dan Iskandar Puteri.

"Pertambahan penduduk juga dijangka meningkat, bukan sahaja dari seluruh negara tetapi pekerja mahir dari luar negara juga akan datang dan penduduk tempatan berpeluang meningkatkan ekonomi dalam perniagaan sektor makanan dan peruncitan.

"Dengan adanya JS-SEZ juga hubungan Malaysia dan Singapura akan lebih erat, bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi seolah-olah 'membuka pintu' kepada kerjasama dalam beberapa bidang lain.


Malah, sektor pelancongan juga tidak terkecuali iaitu pelabur di Singapura yang mempunyai cawangan di Johor secara tidak langsung akan berkunjung ke negara ini.

Mohamed Ismail berkata, untuk mengejar kejayaan bidang ekonomi melalui perjanjian JS-SEZ, kerajaan negeri dan pusat perlu bersedia meningkatkan atau menaik taraf kemudahan serta infrastruktur bagi menjamin keselesaan.

Antara yang perlu dititiberatkan seperti perumahan yang permintaannya dijangka meningkat dan kerajaan turut memberi tumpuan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi pekerja tempatan.

"Begitu juga dengan kemudahan lain seperti pengangkutan awam selain bas mewujudkan jaringan pengangkutan rel yang cekap sebagaimana di Lembah Klang boleh dilaksanakan menghubungkan kawasan terlibat.

"Mengkaji semula pengoperasian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan menghubungkan beberapa bandar utama seperti Batu Pahat dan Muar supaya lebaih ramai yang boleh berulang-alik untuk bekerja.

"Menaik taraf sistem kargo dan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selain mewujudkan lapangan terbang mini di daerah tertentu sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada lapangan terbang di Singapura," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa cadangan kerajaan pusat untuk menambah baik Projek Lebuh Raya Pantai Barat atau West Coast Expressway (WCE) yang bakal menghubungkan Banting, Selangor ke Gelang Patah, Johor sebagai satu langkah baik.

JS-SEZ, projek pembangunan mega meliputi kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar, Desaru, Johor Bahru, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas, Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai, Skudai dan Sedenak.

-BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun lps da aku pernah baca berita mcm ni. Tp smpi kesudah Tara papa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:01 PM | Show all posts
sekarang Singapore dah kekurangan tempat nak growth. Mungkin sebab tu nanti company-company singapore akan shift ke Johor.

Sekarang memang tumpuan tertumpu ke South Bound.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:57 PM | Show all posts
jangan ingat pakar2 tidak ambil pil kuda
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
We all know the drill. Johor bakal sediakan peluang pekerjaan kepada rakyat kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 10-1-2025 07:52 AM
We all know the drill. Johor bakal sediakan peluang pekerjaan kepada rakyat kelantan.

apa kata bawak smua kilang2 tu p klntan. cmna agknya situasi tersebut. kalau org klntan x penuhkan kilang2 tsebut, bangla vietnam la yg masuk. nk hrp penduduk malaysia yg lain, x produktif, nk masuk keje x ramai. yg branak byk org klntan la. mujur ada rkyt kelantan. kurang2 nya melayu islam. disclaimer: meol bukan klntanese
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 9-1-2025 04:01 PM
sekarang Singapore dah kekurangan tempat nak growth. Mungkin sebab tu nanti company-company singapor ...

bolehka bsaing dr segi matawang?gaji singapore vs gaji kerja di mlaysia. ttpla yg keja singapore yg untung. mlainkan currency myr setara dgn currency sgd. meol ada kwn yg keja kilang. 4hri je sminggu keja. transport company sdiakan. skrg dah mmpu bli 4buah rumah di jb
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai kot cari keje kat singapork hasil lambakan jobless nnti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.316726 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list