View: 9847|Reply: 15
|
Uqasha Senrose rindu zaman belum ada anak
[Copy link]
|
|
Seronok bergelar ibu, pelakon Uqasha Senrose bagaimanapun mengaku ada kalanya dia merindui kehidupan sebelum mempunyai anak.
Ketika belum memiliki anak, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, memberitahu dia boleh melakukan aktiviti seperti menonton filem dan tidur tanpa mengira waktu.
Pun begitu, Uqasha berkata dia tetap gembira menjalani fasa baharu kehidupannya apabila dapat melihat Hawra Uqaira membesar di depan mata.
"Saya seronok bergelar ibu tapi kadang kala ada juga rasa rindu kehidupan dahulu boleh tidur bila-bila waktu, tonton filem tak perlu nak fikir tidur awal ke apa.
"Namun dalam masa sama, bila saya lihat anak membesar saya tak sangka dan rasa gembira sahaja. Perasaan itu sudah nak digambarkan tetapi hati tu sentiasa gembira.
"Perkara pertama selepas habis kerja, saya ada motivasi untuk balik rumah... nak jumpa anak," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Uqasha juga tidak menafikan agak penat untuk membahagikan masa antara lakonan dan menjaga anak, namun menyedari pengorbanannya itu sangat berbaloi.
"Saya tak nafikan agak penat untuk membahagikan masa antara kerja di set penggambaran dan menjaga anak.
"Tapi bagi saya penat yang berbaloi. Saya rasa pengalaman membesarkan dan menjaga anak ini adalah sangat berbaloi," ujarnya.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana dua adiknya iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose sentiasa mengambil berat mengenai anak perempuannya itu.
"Saya bersyukur kerana dikurniakan adik-beradik seperti Nelydia dan Raysha yang selalu datang rumah untuk ambil dan jaga anak saya.
"Bila saya bekerja, mereka selalunya menawarkan diri menjaga anak saya. Bila adik-adik sendiri sayangkan anak kita, saya rasa lega kerana tahu dia berada dalam jagaan yang selamat.
"Alhamdulillah saya dapat adik-beradik yang sangat penyayang terutamanya Nelydia sebab Raysha baru sahaja bersalin," jelasnya.
Kata pelakon filem Bisikan Dosa ini, Nelydia sangat teliti dalam memastikan keadaan anaknya itu dijaga dengan baik.
"Nelydia sanggup datang rumah semata-mata nak jumpa Uqaira. Dia sangat ambil berat dan sering bertanya sama ada anak saya sudah makan atau belum.
"Kalau orang lain nak pegang Uqaira, dia akan tanya sudah basuh tangan ke tak. Tanya dulu sama ada orang itu merokok atau tidak. Nelydia menjaga anak saya dengan baik," ujarnya.
Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Normal aje ada perasaan gitu tapi anak nak membesar ni kejap je.. tau tau dia dah jadi toddler.. sedar sedar dia dah masuk sekolah.. so, kita enjoy aje setiap fasa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hint2 kemal bewok tak tolong jaga anak ke |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 10-1-2025 11:55 AM
Hint2 kemal bewok tak tolong jaga anak ke
Mcm ya tp hrp2 bukan la kan
Selalu juga sebelum ni biras dia side ka jaga ank dia,selalu outing dgn family ka tp ni lama dah tak nmpk..husnuzon munkin bz shooting kot |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu klabing, makan dadah, kikis suger dedi berjimba tak ingat diri tu Malayu born Moslem ke? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 10-1-2025 12:11 PM
nelly dah ada anak ke?
Belum. Tu banyak nely tolong jaga anak uqa |
|
|
|
|
|
|
|
Bila anak masih bayi, mmg tidur kita akan terganggu. Tu je. Kehidupan yg kita kena lalui. Merindui masa lalu tu semua orang ada rasa mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm busy shooting. Sbb ada orang nampak & bagi tahu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa ke hal cheek jadi camtu
Buruk sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn ckp gitu kang Allah amik balik
Mak2 mesti kena bersyukur seadanya, sbb kalau tak ngandung korang gak nangis2 minta ngn Allah nak anak nak anak tolonglaaa tiup ruh dlm rahim aku ni
Dah mendapat jgn sesekali merungut sepenat mana pun kamu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba la cari me time utk diri sendiri.. skang ni sikit2 hal pun leh jadi punca mental illness |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh bagi orang kaya yg takde anak buat anak angkat |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam bisul pulak pipinya.serammm. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko muda lg dek..acik ni 40an br dpt rojoki..letih oo tenaga x sekuat masa muda..anak pulak lasak..tp tula mgkin sbb dh lama sgt menunggu..xde pulak rindu jaman sebelum si kecik ni wujud. Kalau stress bagai..bygkan kalau Allah tarik balik..aduh sedih weh..dah la kat TT iols asik keluar video org kematian anak..seriau pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|