CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12042|Reply: 180

Edisi Mek Jah beranak ramai : Makan le pucuk paku

  [Copy link]
Post time 8-3-2012 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Pucuk paku rahsia dapat 18 anak
Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my
2012/03/08
     ISA   dan Mek Jah   bersama sebahagian   18 anaknya ketika ditemui rumahnya di Kampung Pantai Pulau Kundor, Kota Bharu.




Mek Jah jaga pantang selepas bersalin, banyak makan ulam untuk kekal sihat

KOTA BHARU:  Amalan mengambil pucuk paku, bunga nipah dan akar kayu serta mengelak minum air batu, membolehkan pasangan suami isteri dari Kampung Pantai Pulau Kundor, di sini, mampu mempunyai 18 anak, tiga daripadanya sudah meninggal dunia.
Mek Jah Yusof, 52, dan suaminya, Isa Hassan, 56, berkahwin ketika usia muda 15 dan 17 tahun, dikurniakan cahaya mata pertama selepas tiga tahun berumah tangga.
Mek Jah berkata, sepanjang perkahwinannya beliau sentiasa patuh kepada suaminya termasuk tidak pernah menolak ajakan suaminya untuk bersama walaupun penat menguruskan anak yang ramai.

“Tiada rahsia khusus membolehkan saya mempunyai anak ramai, hanya berpantang dan menjaga pemakanan, seperti hanya makan nasi dengan ulam segar, serta mengelak minum air batu.

“Sepanjang pantang selepas melahirkan pula, saya memang patuh terhadap nasihat ibu yang mempunyai sembilan anak, manakala suami pula ada 15 adik-beradik, namun keluarga kami tidak pernah mengenali sebarang vitamin atau ubat moden untuk sihat berbanding pasangan sekarang.

“Saya dan suami juga kuat bekerja bagi membesarkan anak yang ramai, seawal jam 7 pagi, Isa perlu turun sungai di Kampung Pulau Kundor, untuk memotong pokok nipah sebagai sumber pendapatan keluarga.
“Saya pula membantunya dengan memilih batang nipah dan memotongnya untuk mendapatkan bahagian bunga yang akan dihiris nipis untuk dijual kepada pelanggan sekitar kampung ini, ” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Pantai Pulau Kundor di sini.

Katanya, anak pertama lelaki, Zulkifli, yang kini berusia 34 tahun dan sudah berumah tangga serta mempunyai empat anak berusia antara dua hingga enam tahun.

“Daripada 18 anak makcik itu, tiga daripadanya meninggal dunia sebaik dilahirkan beberapa bulan iaitu anak yang ketiga, kelima dan yang ke-16, manakala selebihnya yang sulung hingga yang bongsu kini berusia lapan tahun hidup sihat dan tinggal bersama makcik di rumah usang ini,” katanya.

Katanya, 12 daripada 15 anaknya sudah tidak bersekolah dan hanya mampu bersekolah setakat tingkatan tiga malah ada yang hanya setakat sekolah rendah.

“Kami hidup miskin, namun sepanjang perkahwinan hampir 40 tahun lalu, tidak pernah bergaduh besar, melainkan hanya satu kali ketika berdepan masalah kewangan yang kritikal,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 09:00 AM | Show all posts
Keluarga yang subur
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:01 AM | Show all posts
beranak ramai tapi sekolahkan tak mampu
kira kejam tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:16 AM | Show all posts
rezeki dia ada anak ramai....tp masalah ada masalah kewangan
yang ada kelebihan duit tak ada pula anak.....syukur lah dgn apa yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:17 AM | Show all posts
these effers are the benefactors of my tax money. cilakalah! nanti anak jadi penjenayah atau penagih makan minum berak tanggung! yang pompuan dah nampak gaya bosia dah!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:19 AM | Show all posts
wow...kna ikut rahsia mek jah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2012 09:30 AM | Show all posts
these effers are the benefactors of my tax money. cilakalah! nanti anak jadi penjenayah atau penagih ...
petit-saconnex Post at 7-3-2012 17:17



    Banyak nar duit tax yang ko bayar dok mencelaka kan orang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:34 AM | Show all posts
w.pon hidup miskin, tp anak ramai, doa semoga mereka ni berjaya didunia dan akhirat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 09:38 AM | Show all posts
doakan lah bebaik..x rugi doakan kebaikan org, insyaallah kebaikan tuh melekat juge walopun secubit kat korang......
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:44 AM | Show all posts
Mek Jah jaga pantang selepas bersalin, banyak makan ulam untuk kekal sihat

org zaman skrg je yg tak berpantang.., semua nak ringkas.baru bersalin seminggu dah berjalan sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:45 AM | Show all posts
these effers are the benefactors of my tax money. cilakalah! nanti anak jadi penjenayah atau penagih ...
petit-saconnex Post at 8-3-2012 09:17



cam tak patut je ko cakap camni. dh Tuhan nak kasi die banyak anak nak buat camne? ada jugak org busuk hati camni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:47 AM | Show all posts
seorang ibu boleh melahirkan 18 anak tapi boleh kah 18 anak ini menjaga beliau kemudian hari...itu persoalannye
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:51 AM | Show all posts
anak satu rezeki dari Allah.......dia tak kaya cam CEO fidlot tapi kaya ngan kurniaan anak yg ramai.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:51 AM | Show all posts
cam tak patut je ko cakap camni. dh Tuhan nak kasi die banyak anak nak buat camne? ada jugak o ...
diamondvii Post at 8-3-2012 09:45



   so tuhan bagi tetiba je peknen, tak payah ngesek dah dapat anak? adakah kita nak salahkan tuhan dek the stoopid choices we make??? bila anak2 semua jadi penagih, bohsia, salahkan kerajaan la, kemiskinan la. to hell! aku tak reti simpati dengan orang2 macam ni!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:52 AM | Show all posts
pucuk paku goreng belacan..haihhh..sodap tuuu...tahniah la mek jah mampu melahirkan anak seramai 18 org...bukan senang membesarkan anak seramai cenggitu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:59 AM | Show all posts
so tuhan bagi tetiba je peknen, tak payah ngesek dah dapat anak? adakah kita nak salahkan t ...
petit-saconnex Post at 8-3-2012 09:51



kalau belum/ bukan rezeki ngeseks lah ko sampai lunyai pun belum tentu dapat anak. semua tu atas rahmat Tuhan jugak. tak gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 10:00 AM | Show all posts
apa guna kuantiti kalo takdak kualiti?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 10:02 AM | Show all posts
these effers are the benefactors of my tax money. cilakalah! nanti anak jadi penjenayah atau penagih ...
petit-saconnex Post at 8-3-2012 09:17 AM


berapa juta sen ko bayar tax sebulan ? nak celakakan anak orang lain. tengok anak bini sendiri dulu sebelum celakakan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 10:03 AM | Show all posts
so tuhan bagi tetiba je peknen, tak payah ngesek dah dapat anak? adakah kita nak salahkan t ...
petit-saconnex Post at 8-3-2012 09:51 AM


you stupid dum ess. who are you nak judge anak org macam tu ? ko tentukan untung nasib dia ka ? ko tentukan anak yg mana jadi bohsia ka ? WTF ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 10:05 AM | Show all posts
subur nye mek jah..alhamdulillah rezeki...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.482220 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list