CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nadim

Pemandu wanita....aduhaiii !!

  [Copy link]
Post time 30-1-2012 11:04 PM | Show all posts
Reply 10# Artemesiaa


    setuju dgn ko.bas yg terbalik,terlungkup pun pemandu nya lelaki. myvi yg terbang pun lelaki gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 11:05 PM | Show all posts
paling hangin dgn pompuan nih dia nak masuk line bagi signal then terus redah masuk jer....x tgk dulu keter belakang.....haishshhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:07 PM | Show all posts
aku biasa jumpa pondan bawak kereta....."50 je banggg"
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:07 PM | Show all posts
Bini aku teringin nak ambil lesen kereta ( sebab pengaruh kawan2) pun aku tak pernah beri peluang pegang steering sejak dia dapat lesen pada tahun 2008...korang nak kata aku kejam ?? Lantaklah.. daripada menyusahkah aku menguruskan gantirugi dan nyawa bini aku...baik lesen tu buat perhiasaan je.. tamat tempoh..aku tolong renew lain..
Nadim Post at 30-1-2012 15:29


tak kejam tapi bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:09 PM | Show all posts
paling hangin dgn pompuan nih dia nak masuk line bagi signal then terus redah masuk jer....x tgk dul ...
axl_bach Post at 30-1-2012 23:05



    kalau lelaki kasik signal..pastu lembab2 nak masuk pon boleh menaikkan angin juga....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:11 PM | Show all posts
tt...kelab isteri taat akan serang anda...tabahla nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2012 11:11 PM | Show all posts
lelaki lagi banyak eksiden dan cara pemanduan yang sangatlah bang.ang
hari tu dia himpit kete aku, aku kat kiri, dia kat kanan. x bagi signal x apa, aku betul2 kat sebelah dia, terus dia nak masuk. pastu bila aku hon, leh pulak usha slack kat aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:15 PM | Show all posts
Khusus kepada pemandu wanita..korang nak marah aku lantaklah.....aku tak rugi sekupang pun....Korang ...
Nadim Post at 30-1-2012 22:29



ni true story, ok
sepupu aku tu, baru 30 lebih umur diorang laki bini.
tetiba je laki dia meninggal kena buatan orang
bini dia dah la suri rumah, x pernah bawak kereta.
terpaksa pulak berebut harta dengan keluarga belah suami
masa tu x pk pulak anak2 arwah kecik2 lagi nak makan apa, harta pulak yang direbutnya
masa arwah hidup, elok je. bila arwah meninggal, mula lah ada yang cucuk mencucuk si mak mertua

masa tu lah terkial mana bini arwah nak cekau duit nak amek lesen kereta, mana bini arwah nak pergi belajar kereta, saper nak jaga bila anak arwah yang baru umur 3 tahun merengek, mana nak dapat duit nak beli beras.

ko sanggup ke bini ko dengan anak2 ko macam tu nanti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 11:20 PM | Show all posts
Sorry to say, kalau ada banyak akal tapi cakap macam org takde akal pon sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:22 PM | Show all posts
aku ni ppuan ,bila driving tu takda lak aku mnyusahkan org lain,malah org lain yg menyusahkan aku(pemandu lelaki)
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:23 PM | Show all posts
Smalam aku nyaris dihimpit oleh seorang pemandu lelaki.. mmg celaka betul.  trafik tengah perlahan sbb ada lori berat selang beberapa kereta di hadapan  and dia tak sabar nak memotong.  Tetiba ada keta muncul dari arah bertentangan, terus dia selit kt depan aku.. nyaris bontot keta dia bergesel dengan tepi keta aku.. cepat2 aku ke kiri sikit... kalau dia langgar aku pun dia yg teruk... aku bawak hilux... dia bawak keta biasa... tapi ye lah.. kalau dah jadik apa2.. susah cerita... dan memandangkan aku PEMANDU PEREMPUAN... mungkin dia tetap akan salah kan aku ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:23 PM | Show all posts
ni true story, ok
sepupu aku tu, baru 30 lebih umur diorang laki bini.
tetiba j ...
miss_bear Post at 30-1-2012 23:15



   teruknye lari topik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:24 PM | Show all posts
blerrkkkk pemandu wanita{:4_192:}
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:27 PM | Show all posts
blerrkkkk pemandu wanita
kucingTomey Post at 30-1-2012 23:24



   buekkkkkk...




Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:29 PM | Show all posts
Wanita Panik Bawa Kenderaan Rempuh Masuk Kedai Superbike
Wanita Panik Bawa Kenderaan Rempuh Masuk Kedai Superbike

    January 30, 2012

    kemalangan,
    Wanita

67 Comments

400

8

1
share

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.


“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.

Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.




Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:30 PM | Show all posts
teruknye lari topik..
lavapanas Post at 30-1-2012 23:23



betul la, TT ada mention pasal dia x bagi langsung bini dia pegang stereng kereta..
aku x nak bini dia jadik macam sepupu aku..
sampai hati ke dia?kita x tau kita hidup sampai bila..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 11:30 PM | Show all posts
kalau lelaki kasik signal..pastu lembab2 nak masuk pon boleh menaikkan angin juga....:swea ...
~anya~ Post at 30-1-2012 23:09


lembab2 masuk xder laaa bahayakan orang lain nih lepas bagi signal terus rapat masuk line giler laaa.....haishhhh tensen aku,hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:31 PM | Show all posts
ni true story, ok
sepupu aku tu, baru 30 lebih umur diorang laki bini.
tetiba j ...
miss_bear Post at 30-1-2012 23:15


I hate driving, I don't like driving.  Lagi suka naik bas, teksi n tren.  TAPI keadaan memaksa...  aku kerja, belajar jauh and parents aku tak boleh memandu.. dan takde lagi orang lain kt rumah ni selain aku (dan aku perempuan).  Maka aku officially seorang supir.  Perempuan or not, suka or not, kena buat jugak...

Untung la sapa2 yg ada supir seumur hidup tu.. hehehehhe...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:33 PM | Show all posts
bagi aku la... yg menyebabkan masalah bukanla jantina sangat.. tapi SIKAP di jalanraya dan SKILL.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:35 PM | Show all posts
lembab2 masuk xder laaa bahayakan orang lain nih lepas bagi signal terus rapat masuk line giler  ...
axl_bach Post at 30-1-2012 23:30



  Ooo kiranya axl kena himpit lah nih.... tapi memang bahaya gitu kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.069068 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list