CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6381|Reply: 0

Sukarelawan Yayasan Basmi Kemiskinan: Berita & Aktiviti

[Copy link]
Post time 18-1-2012 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera forumers sekalian!

Umumnya forumers sekalian maklum akan pelbagai pertubuhan sukarela dan badan kebajikan yang ada di Malaysia ini. Di sini saya ingin berkongsi dengan forumers sekalian berkenaan Sukarelawan Yayasan Basmi Kemiskinan, ataupun Sukarelawan YBK.

Profail Yayasan Basmi Kemiskinan

Yayasan Basmi Kemiskinan merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1990, bertujuan membantu agensi dan kerajaan dalam aktiviti pembasmian kemiskinan dan seumpamanya. Sejak penubuhannya, YBK telah berjaya menjalankan pelbagai program, aktiviti dan inisiatif yang membantu ramai keluarga miskin keluar daripada keadaan hidup yang serba daif sehingga boleh berdikari mencari rezeki.

Maklumat lanjut berkenaan YBK dan aktivitinya boleh dibaca di laman web rasmi YBK

Profail Sukarelawan YBK

Sukarelawan YBK merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada pelbagai latar masyarakat tetapi mempunyai satu tujuan yang sama - menyumbang tenaga, idea dan masa dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dijalankan oleh pihak YBK. Di awal penubuhannya, Sukarelawan YBK merupakan 'support group' kepada YBK dan objektif utamanya adalah membantu YBK menjalankan aktiviti-aktivitinya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Sukarelawan YBK, antaranya adalah program khidmat komuniti, gotong-royong, lawatan sambil belajar, bantuan bencana alam, seminar, kursus dan lain-lain lagi. Kebanyakan program merupakan anjuran pihak YBK sendiri namun para sukarelawan boleh merancang program sendiri.

Transformasi Sukarelawan YBK

Selaras dengan dasar 'Transformasi 11757' pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan, Sukarelawan YBK telah ditransformasikan dan diberi nafas baru. Sukarelawan YBK telah diberi beberapa 'autonomi', mempunyai struktur organisasi yang lebih jelas dan boleh bergerak melangkaui negeri Selangor sendiri (sebelum ini banyak program bertumpu di Selangor).

Sukarelawan YBK telah dinaiktaraf kepada satu unit penuh di bawah arahan terus (direct command) Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Basmi Kemiskinan. Unit Sukarelawan diuruskan oleh seorang Eksekutif Sukarelawan yang bertindak sebagai moderator dan pemudahcara di antara pengurusan YBK dan para Sukarelawan YBK sendiri.

Kini, fokus utama Sukarelawan YBK adalah untuk menubuhkan wakil-wakil di setiap negeri di Malaysia kerana kami ada perancangan untuk setiap negeri ini. Eksekutif Sukarelawan kini dalam rangka mencari individu-individu yang mempunyai passion dalam aktiviti sukarela dan pada masa yang sama bersedia memimpin dan menjadi wakil di negeri di mana mereka tinggal.

ADAKAH ANDA YANG KAMI CARI?

P/S: Saya merupakan Eksekutif Sukarelawan Yayasan Basmi Kemiskinan. Sebarang pertanyaan berkenaan YBK atau Sukarelawan YBK boleh diajukan kepada saya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.309980 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list