CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1833|Reply: 21

Lagi kes kanak-kanak didera

[Copy link]
Post time 31-12-2011 04:37 AM | Show all posts |Read mode
Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my



ALOR SETAR 30 Dis. – Jika semalam, dua beradik ditemui dalam keadaan menyedihkan, dipercayai akibat didera bapa kandungnya sendiri di Pulau Pinang, satu lagi kes penderaan berlaku kali ini melibatkan seorang budak lelaki di Kedah.
Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu dipercayai didera oleh ibu angkatnya, seorang anggota pasukan keselamatan sejak empat bulan lalu.
Dia bagaimanapun diselamatkan oleh seorang jiran yang prihatin dengan nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu.
Jiran itu yang tinggal berhampiran dengan rumah ibu angkatnya di Taman Derga Jaya di sini membawa kanak-kanak itu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kelmarin.
Hasil pemeriksaan, terdapat kesan lebam di seluruh badan termasuk mata sebelah kiri dan paling teruk kesan torehan menggunakan benda tajam di kemaluannya.
Seorang penduduk di taman perumahan itu, Siti Azizah Yaakub (gambar), 56, berkata, penduduk taman perumahan kerap mendengar tangisan mangsa dipercayai akibat dipukul ibu angkatnya sejak empat bulan lalu.
“Selalunya mangsa hanya menunggu ibu angkatnya di kawasan letak kereta kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Kadangkala, kanak-kanak ini terpaksa tidur di situ kerana ibu angkatnya keluar dari pagi hingga malam,” katanya yang ditemui di taman perumahan itu hari ini.
Semalam, dua beradik ditemui dikurung dalam tandas rumah di Taman Mawar, Jalan Raja Uda, Butterworth, dipercayai akibat didera bapanya sendiri.
Sementara itu, menurut Siti Azizah, mangsa tinggal bersama ibu angkatnya dan seorang lagi wanita di rumah tersebut sejak lebih empat tahun lalu dan dia difahamkan wanita itu kini pulang ke kampungnya di Kelantan.
“Ibu angkat mangsa jarang berbual dengan penduduk perumahan ini dan hanya menegur sahaja jika berjumpa,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an dipercayai ibu angkat mangsa kini diburu polis dan dia dipercayai berada di Kelantan.
Adzaman berkata, wanita itu meninggalkan mangsa di sebuah rumah jiran di Taman Derga Jaya kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin kerana mahu pulang ke kampungnya.
Bagaimanapun, katanya, jirannya yang merupakan seorang wanita berusia 39 tahun kemudian membuat laporan polis setelah mendapati badan mangsa termasuk mata kiri ada kesan lebam dan terdapat kesan torehan pada kemaluan.
“Pengadu (jiran) menyedari kesan torehan pada kemaluan dan lebam-lebam di seluruh badan dan mata mangsa ketika ingin membersihkan mangsa,” katanya.
Adzaman memberitahu, siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 07:58 AM | Show all posts
kejamnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 08:33 AM | Show all posts
Bangsat punye mak angkat, org klate plak, memalukan org klate betul..

mmg nk kene toreh kat kemaluan agaknye ni..:@
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 09:17 AM | Show all posts
byk btul org saiko srkg nih...................
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 09:43 AM | Show all posts
Reply 1# tai_digidestany


jahatnya perempuan ni...

cemana boleh jadi mak angkat pada budak malang ni..

toreh ajala pulak kemaluan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 09:46 AM | Show all posts
Diharap Abg Tongkatwaran kembali memeriahkan CI... Encik Vokuro dah kena Post Banhammer....

“Selalunya mangsa hanya menunggu ibu angkatnya di kawasan letak kereta kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Kadangkala, kanak-kanak ini terpaksa tidur di situ kerana ibu angkatnya keluar dari pagi hingga malam,”


Tahniah diucapkan kepada ibu kanak-kanak tersebut kerana akan dilahar oleh poremer CI..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2011 09:55 AM | Show all posts
mak angkat? kalo diri tu xleh nak jaga anak org, kenapa amik? bengong ke apa.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 10:06 AM | Show all posts
Diharap Abg Tongkatwaran kembali memeriahkan CI... Encik Vokuro dah kena Post Banhammer....



T ...
perang_sivil Post at 31-12-2011 09:46



   geramnya baca ...boleh biarkan budak kecik menunggu lama2 gitu...

perempuan ni bukan seorang yang waras....ni kategori gila..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 10:07 AM | Show all posts
Ntah2 anak dia sendiri....tp sebab nak tutup malu, cakap anak angkat..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 12:05 PM | Show all posts
siannyer... kalau tak nak bela... beri lah pada orang yang nak.. masih ramia lagi orang yang tak dak anak yang sanggup jaga anak angkat dengan baik..

apa punyer manusia lah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 12:06 PM | Show all posts
Berbaik sangka la
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 12:06 PM | Show all posts
org camni patut kena dera balik, di khalayak ramai!

jbtn kebajikan tak buat further up ke lps budak ni kena angkat?or maybe kes angkat tanpa melalui jbtn kot. adeh...dh tak mahu tu kenapa ambik? tah pape
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 12:10 PM | Show all posts
Kalau tak boleh nak bagi tumpuan sepenuhnya kenapa sanggup nak ambil budak tu jadi anak angkat yang akhirnya terdera.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 12:17 PM | Show all posts
kalau dah rasa benci ngan tak boleh jaga budak tu lagi, apasal tak serahkan pada jabatan kebajikan ker aper. ni duk dera budak tu. tak pasal2 masuk penjara lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 01:05 PM | Show all posts
kesiannya
elok le budak2 tu jabatan kebajikan yg bela
sekurang2nya depa cukup kemudahan asas
dan boleh survival dlm kumpulan yg sama nasib!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 02:49 PM | Show all posts
bila la plak kemaluan dia nak kena toreh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 05:12 PM | Show all posts
"Adzaman berkata, wanita itu meninggalkan mangsa di sebuah rumah jiran di Taman Derga Jaya kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin kerana mahu pulang ke kampungnya"

Mmg nak kena la pompuan niii:@
Nasib dia tinggalkan budak tu, atleast dpt detect yg boy tu didera kan
Luckily jiran prihatin
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 10:05 PM | Show all posts
baca kt mana tah td...
katanya, mak angkat budak ni brtugas sbg polis...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:33 AM | Show all posts
sedeh nye....lg2 part yg dia tido kat luar rumah tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 01:23 PM | Show all posts
gerammmmmnyeeeeeeeeeee aku:@...aku kalu dgr ank mnangis pn dh kelam kabut ye lh risau takut blaku pe2...ni leh dera anak lak...:@
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.474726 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list