CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8734|Reply: 28

Aku Sakit Kaki, Ada Orang Scan Cakap Ada Saka...Biar Betoi...

[Copy link]
Post time 4-11-2011 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Hai semua....hehehe..

Minta maap la takut panjang sangat...Hehehe... Baca tajuk pun dah tau kan apa masalah aku nie kan.. Meh aku cite dengan lebih lanjut tentang kisah aku nie yer....

Dulu - dulu masa aku kecik, aku pernah la jatuh masa mandi dekat telaga. Biasa la orang kampung mandi telaga jer..Hehehehe, best o mandi telaga lama tak mandi since telaga tue pun dah di kambus.. Sambung cerita yer, tapi aku memang tak pernah ingat kejadian nie. Lepas aku jatuh, aku ok lagi (menurut cerita mak aku la).... Tapi bila aku semakin membesar aku ada masalah dengan kaki kanan aku di bahagian lutut. Asal aku aktif atau makan benda-benda yang berangin kaki aku akan sakit dan membengkak kat lutut. Dah jenuh mak abah aku bawa p mengurut segala macam mak nenek la, tapi tetap tak sembuh.

Tradisional tak jalan, aku p hospital dan klinik.. Doktor check pun cakap ok jer.Takde apa-apa masalah... Sampailah aku da besar la nie kaki aku still akan sakit dan bengkak. Tapi sekarang nie dah kurang la sket sakitnya berbanding waktu aku awal remaja dulu..Hehehehe... 2 3 tahun lepas aku duk ulang alik p hospital check sebab ada bengkak len plak naik kat betis aku. Doktor cakap kaki aku ada masalah salur darah dan urat yang terbentuk dengan tidak baik maka salur darah tue tersumbat tue yang bengkak tue... Mesti semua tertanya mana sakanya kan.. Cerita pasal saka nie bermula bila last year aku  mengandung, aku sakit kaki.. Aku dulu kalau sakit tak tahan sangat aku makan ubat so baik la. Bila dah mengandung mana leh makan ubat kan, so sakit sangat, makin lama makin teruk.. Aku masuk wad la, still tak boleh nak buat apa-apa... Aku mc hampir sebulan sebab aku tak boleh jalan langsung. Aku try juga pergi amik air penawar still juga macam tue.

Nak dijadikan cerita, mak dak aku  nie ada la mak angkat yang pandai berubat tradisional. Mak Dak aku duk bersembang dengan mak angkat dia terkeluar pasal masalah aku nie. Mak angkat dia pun volunteer diri nak try scan kut2 ada problem len ka. Masa dia scan tue, aku memang tak tau sebab bukan aku suruh pun lagipun mak dak aku time tue ada kat umah dia di Ipoh.Aku plak duk kt kg, bercuti kaki takleh jalan..hehehehe... Lepas mak angkat dia scan, mak dak aku call mak aku bercerita.. Mak angkat dia cakap kat kaki aku tue macam ada something.. Kalau tak berubat cepat takut melarat katanya. Mak aku dengar benda2 macam tue mula lah dia tak senang duduk. Mula la nak ajak aku pergi berubat. Aku nie plak bukan la tak percaya dengan semua benda macam nie, tapi aku rasa kaki aku memang ada masalah salur darah dan urat. Aku lebih prefer sains punya statement dari tradisional. Dah mak aku nie beria-ria sangat nak aku berubat tradisional aku pun ikut jer la. Tapi masa aku pergi berubat dengan pak cik mana ntah dia cakap takde apa-apa plak. So, aku andaikan mak angkat mak dak aku tue silap scan agaknya.

Bila aku dah boleh jalan aku pun balik la umah aku balik.. Then, tanpa pengetahuan aku laki aku nie ada la seorang kawan yang juga pandai berubat tradisional nie. Jadi dia minta kawan dia tolong scan aku jap... Nanti aku cerita plak kisah kawan dia yang scan aku tue.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 12:46 PM | Show all posts
cepat la sikit.. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 01:46 PM | Show all posts
TT cepat sambung... jangan biar kitorg diselubungi misteriiiiiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 03:11 PM | Show all posts
Reply 1# pipi_gebu

TT sambung jgn tak sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 03:34 PM | Show all posts
tergantung laggiiii daaaa......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 03:47 PM | Show all posts
Sorry lambat sket... Tadi cerita tak sempat nak habis, biasa la dekat lunch hour perut lagi penting..Hehehehe... Ok kita sambung cerita plak yer...

Last post aku ada mention yang lepas aku dah sihat sikit aku pun balik la rumah aku dan tanpa pengetahuan aku laki aku nie bercerita la pasal aku dekat kawan dia yang kebetulan pandai juga scan orang nie.. Tapi aku tak pasti la kesahihan dia dalam bab scan2 nie beoi ker tak yer... Nie yang diceritakan oleh laki aku la... Lepas diminta oleh laki aku, kawan dia nie pun scan. Kawan dia cakap dia tak sure sangat waktu tue sebab dia rasa macam sesuatu tapi kejap tak rasa apa-apa. Dia cakap mungkin tak ada apa-apa kut dekat aku nie. So, laki aku pun lega la dengar kawan dia cakap macam tue. Esoknya bila pergi kerja, kawan dia nie panggil laki aku.

Dia bagitau kat laki aku, waktu dia balik rumah dia ok lagi. Samapi jer dekat luar rumah dia nampak wife dia kat pintu. Dia macam biasa la, masuk rumah. Dah masuk dalam rumah isteri dia tanya kat dia, hari tue dia merawat sapa sebab wife dia nampak ada benda duk follow dia sampai pintu. Untuk info, wife dia nie pun pandai la juga merawat nie. Bila dia dengar wife dia cakap camtue terus badan dia rasa panas. Dia pun cakap kat benda tue dia cuma nak tolong kawan je, bukan nak kacau benda tue. dia suruh benda tue pergi, barulah pastu dia ok. Dia bagitau laki aku sebab dia cuma scan aku jer kemarin. Dia bagitau waktu nak halau benda tue, benda tue macam marah sebab kacau dia. Kawan laki aku cakap dia rasa benda tue macam saka yang dah lama sangat dan nak cari tuan. Mungkin ada orang pernah buang dekat dengan telaga rumah aku dulu. Kawan laki aku juga bagitau yang saka nie pandai, kalau kita cakap nak pergi berubat dia akan keluar atau tak duk dekat ngan kita. Sebab tue waktu aku pergi berubat ngan pak cik tue dia tak nampak, tapi mak angkat mak dak aku plak nampak sebab dia berubat tanpa bagitau kat aku. Kawan aku pun cakap kalau nak betul2 tengok kesahihannya aku ada saka ikut ker tak pas aku beranak datang balik berubat. Dia nak minta tolong ngan tok guru dia kalu betul2 ada.

Lepas tue aku pun xda la pergi berubat atau suruh orang lain scan da sampai la sekarang nie. Aku pun tak tau betul ker apa yang mak angkat mak dak aku ngan kawan laki aku tue cakap betul ker tak sebab aku memang tak pernah la plak rasa apa-apa kat diri aku. Hehehehe.. Cuma bila fikir balik aku sakit kaki memang lama. Aku rasa dah lebih 20tahun dah sebab seingat aku waktu aku tadika aku dah sakit. Sekarang nie aku pun dah 27.. Aku start tau ada salur darah tersumbat tue 3 tahun lepas tue lepas ada bengkak kecik kat betis aku. Yang bengkak dekat lutut aku plak menang doktor cakap tak ada apa-apa. Aku pun pelik sebab aku x-ray, buat ujian darah semua ok..

Korang plak ras macam mana???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2011 08:54 PM | Show all posts
Kita sebagai seorang Islam perkara pertama yg perlu kita buat bila ada masalah ialah dengan berdoa dan solat minta petunjuk dan membaca ayat-ayat al quran sebelum kita pergi kepada bomoh atau pun perubatan moden. Kalau perubatan moden tidak boleh menyelesaikan guna la cara al quran, adik ni boleh rujuk pada you tube banyak ayat-ayat ruqyah shaariayah yg boleh di amalkan untuk menghalau hantu dan syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 09:01 PM | Show all posts
Ayat ayat ruqyah ni kalau boleh jadikan amalan harian supaya kita sentiasa didalam lindugan Allah dan malaikat nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 09:31 PM | Show all posts
Betul kata seluang laut tue....Bomoh2 ni seribu mcm story bley create ....kalau Dr.takbley detect sakit apa mula la andaian pelbagai..Bukan menolak perubatan altenative dan bukan juga menyokong perubatan moden...No!...
Base on my life ...Solat,Doa yg berterusan serta berpaksi pada yang esa,insyaallah allah akan perkenankan doa kita..Walau apa jua penyakit,Bukan dibuat org mahupun dari makhluk2 lain...Setiap yg terjadi pada kita ada musibahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 12:59 AM | Show all posts
salam pipi gebu...waktu bila kaki awak tu wat hal?maksud saya,waktu kaki awak tu sakit...
klu awak masih ingat medical report kaki awak tu,awk leh pm saya...insyaallah saya akan terangkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 09:17 AM | Show all posts
Reply 10# mrJOKERfromHELL

Ok, nanti saya pm mrJoker yer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 09:45 AM | Show all posts
Reply 9# adorable10

Aku pun setuju...Aku memang tak berapa percaya bomoh-bomoh nie... Sebab tue bila mak aku ajak pergi berubat aku tak mau.. Kadang-kadang aku pun bising juga dgn mak aku sebab jumpa bomoh..Baik kita sendiri doa dan tawakal...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 06:27 PM | Show all posts
Aku pun setuju...Aku memang tak berapa percaya bomoh-bomoh nie... Sebab tue bila mak aku ajak pergi berubat aku tak mau.. Kadang-kadang aku pun bising juga dgn mak aku sebab jumpa bomoh..Baik kita sendiri doa dan tawakal...
pipi_gebu Post at 9-11-2011 09:45


bomoh ke perawat??? ada dua jenis yang berbeza walaupun hampir sama.... jgn tersilap...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 11:27 PM | Show all posts
bomoh ke perawat??? ada dua jenis yang berbeza walaupun hampir sama.... jgn tersilap...
edy137 Post at 9-11-2011 18:27


macam adik beradik yang lain mak lain ayah, ya edy?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 08:27 PM | Show all posts
bomoh ke perawat??? ada dua jenis yang berbeza walaupun hampir sama.... jgn tersilap...
edy137 Post at 9-11-2011 18:27



apa bezanya ye.. detail skit.. ty
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 09:20 PM | Show all posts
Perawat & bomoh ni secara UMUM nya hampir sama, membantu orang menyelesaikan kes2 atau penyakit yang tak dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah kedoktoran.

Secara 'practical' nya ianya berbeza mengikut cara dan kaedah. Perawat atau Perawat Islam ni dikategorikan sebagai Perawat sebab tak menggunakan perantaraan JIN atau menggunakan kaedah-kaedah yang salah di sisi hukum syarak termasuk bahan-bahan yang kotor lagi menjijikkan. Bagi panggilan bomoh pula yang menggunakan kaedah perantaraan dan menggunakan kaedah-kaedah yang merapu-rapu dan penggunaan bahan-bahan kotor lagi menjijikkan.

Walaupun panggilannya tetap sama PERAWAT, tetapi kita bezakan ianya dari sebutan sahaja. Jadi orang tak salah menilai perkara tersebut sama ada menggunakan khidmat bomoh atau perawat. Apatah pula isu perkataan PERAWAT & PERAWAT ISLAM... walhal ianya sama....

Tambahan : sejak popular rawatan menggunakan rukyah dan ayat2 suci, maka timbul satu lagi istilah iaitu PERAWAT ISLAM sekaligus seperti menganggapkan kaedah rawatan yang tak menggunakan rukyah atau ayat2 suci itu bukan berjenis PERAWAT ISLAM.... wallahalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 05:02 PM | Show all posts
Reply 1# pipi_gebu

dipetik dpd laman web ust  hj lokman , http://blog.fs-alpha.com/?cat=35


Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah  seperti berikut :-
1. Sakit anggota badan – bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher,kepala, rahim, dsb.
2. Gangguan emosi dan perasaan – “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
3. Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang eyakinan diri, “high anxiety”, susah nak focus, dsb.
4. Gangguan tidur – selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
5. Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
6. Sesak nafas atau mengah
7. Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
8. Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.
Simtom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit.  Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang (spinal cord) di mana terletaknya urat saraf (nerves) atau di dalam otak kita.
Ini adalah dua tempat “favourite” bila mereka berada di dalam badan kita.  Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia.  Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.  
Selain dari simpton-simpton yang disebut di atas, di dalam pengalaman saya mengubat kes-kes penyakit gangguan saka, terdapat banyak kes-kes yang pelik-pelik berlaku kepada pesakit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 05:04 PM | Show all posts
dipetik dpd laman web ust  hj lokman , http://blog.fs-alpha.com/?cat=35

Kes 1 – Sawan tangis anak yang baru lahir

Terdapat bayi yang baru dilahirkan diganggu oleh jin-jin saka ini.  Terdapat banyak kes-kes yang bayi selepas lahir, bayi kerap menangis tanpa sebab.  Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka.  Kalau orang dewasa merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu.  Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi itu lapar atau pampers perlu diganti.  Dalam pengalaman saya, setelah dikeluarkan jin-jin saka dalam badan anak kecil ini, anak kecil itu akan pulih seperti biasa.  

Kes 2 – Kanak-kanak yang tidak mahu ke sekolah

Ada terdapat kes yang kanak-kanak tidak mahu ke sekolah atau bila tiba sahaja di kawasan sekolah, mereka akan membuat perangai seperti menangis, hysteria, dsb.  Ramai saya jumpa kanak-kanak yang menghadapi masaalah demikian.  Puaslah emak dan ayah memujuk dan merayu si-anak untuk pergi ke sekolah.  Apa sahaja yang si-anak mahu mereka akan dibelikan dan mereka juga gunakan kaedah “psychology” untuk memujuk hati si-anak pergi ke sekolah.  Namun si-anak tetap tidak mahu ke sekolah dan alasan-alasan yang diberi oleh anak sugguh tidak logik.  

Kita perlu memahami di sekolah atau di mana-mana sahaja di atas bumi Allah saw ini terdapat makhluk-makhluk lain yang Allah saw jadikan selain dari manusia.  Makhluk jin ini ada di mana-mana tempat di atas bumi mahupun di dasar lautan atau di gunung ganang dan hutan rimba.  Allah saw telah menjadikan makhluk jin lebih awal dari Nabi Adam dan makhluk jin ini telah tinggal di bumi ini sebelum Nabi Adam diturunkan dari syurga.  

Makhluk jin tinggal di atas dunia ini seperti kita manusia tinggal di atas dunia.  Mereka ada negara, negeri, daerah dan perkampungan mereka sendiri, dan seperti manusia, mereka terdiri dari berbagai jenis dan kaum suku sakat.  Contohnya di dalam satu daerah jin itu mungkin ada beberapa perkampungan jin dan setiap perkampungan ada penghulunya masing-masing.  Maksud saya di sini mereka ada perlembagaan mereka sendiri, mereka juga mempunyai kaum dan keturunan mereka sendiri seperti juga kita manusia.  Di antara kaum-kaum jin ini ada juga konflik dan politik masing-masing yang sukar untuk kita mengetahui dan memahami.  

Berbalik kepada masalah kanak-kanak yang tidak mahu ke sekolah, adakalanya jin-jin saka yang ada di dalam badan kanak-kanak ini takut atau tidak diberi laluan atau tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah oleh jin-jin yang berkampungan di sekolah kanak-kanak itu.  Bila berlaku demikian, jin dalam badan kanak-kanak itu akan menguasai pemikiran dan emosi kanak-kanak ini supaya kanak-kanak ini tidak akan ke sekolah.  Sekiranya kanak-kanak ini ke sekolah juga, maka terjadilah insiden insiden saperti histeria di mana jin dalam kanak-kanak ini akan mengambil alih tubuh kanak-kanak ini dan kekerasan akan berlaku.  Di sini, ibubapa perlu memahami rasional atau disebalik sebab kenapa anak-anak mereka berkelakuan demikian.  Kadang-kadang ini bukanlah kehendak anak-anak ini dan selalunya mereka susah hendak menceritakan atau menjelaskan kepada ibubapa akan apa yang terjadi di dalam diri mereka.  

Di dalam kes-kes seperti ini, ibubapa kenalah berikhtiar untuk membuang jin-jin saka dalam anak-anak dan juga besar kemungkinan saka ini juga terdapat di dalam badan adik beradik atau ibubapa itu sendiri.  Di kalangan pesakit-pesakit yang datang ke klinik saya, ada yang tidak mempercayai berkenaan dengan kehadiran saka di dalam tubuh badan anak-anak atau keluarga.  Benda-benda halus yang ghaib ini sukar untuk dipercayai kerana ianya tidak dapat dilihat melalui mata kasar kita.

Kes 3 – Sukar untuk mendapat zuriat dan keguguran

Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak.   Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal.  Ada ramai kes-kes keguguran (miss-carriage) berlaku disebabkan oleh gangguan saka.  Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri.  Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.

Untuk mengeluarkan saka dari tubuh badan, pesakit hendaklah datang berjumpa saya dan insyaAllah dengan keizinan Allah saw, saya akan mengeluarkan jin-jin saka ini dari tubuh pesakit.   Ayat-ayat Al-Quran yang saya selalu gunakan untuk mengubati penyakit gangguan saka ini ialah –

1.   Surah Arrad ayat 30 hingga ayat 43   

2.   Surah Az Zumaar dari ayat 59 hingga ayat 75.

Hj. Lokman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2011 09:52 AM | Show all posts
Reply 18# capCcum

Good info..tq....
Aku pun dah lama tak jengah kat sini....InsyaAllah 2 3 bulan lagi nak pergi wat rawatan kat hospital balik..Mudah-mudahan lepas wat rawatan kaki saya akan sembuh macam biasa semula...Amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2011 10:03 AM | Show all posts
Reply 16# edy137

Tue la, kadang2 terlalu banyak sangat istilah boleh buat orang pun confius.. Macam aku kalau sapa2 ajak pergi rawat then aku tengok orang tue macam pelik sikit, sorry la lepas tue aku nak p lagi...

Dari pengalaman aku la kan, ada satu tue aku rasa dia bomoh tau..Nie mak aku la yang nak sgt aku p sebab ada jiran aku yang ajak.. Masa time dia rawat aku tue boleh dia duk bercakap dengan satu benda bulat warna hitam yang aku agak menjadi perantara antara dia dan khadam dia.. Cakap macam guna phone, duk helo2, kat mana kat mana...aku nie dalam hati punya tak tahan nak tergelak... Balik rumah aku sound la mak aku bawa aku jumpa orang macam tue.. Adik aku dengar aku cerita pun tergelak-gelak..{:4_233:}
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.281963 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list