CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

'Boleh pergi kalau mahu'

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NS tidak berhajat sekat pemain hijrah ke negeri lain: Mohamad\rPERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) tidak berhajat menghalang mana-mana pemain yang akan tamat kontrak hujung bulan ini, memilih pasukan lain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.\r\n\n\n\n\r   Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pihaknya sudah menawarkan kontrak baru kepada pemain terbabit sebagai persediaan menghadapi saingan 2012 yang bermula 7 Januari depan.\r\r\n\n\n\n\n  Tanpa menyebut nama pemain, beliau bagaimanapun berkata, setakat ini pemain terbabit belum membuat keputusan sama ada kekal atau sebaliknya.\r“Setakat ini, ada pemain yang belum memberikan jawapan terhadap kontrak baru yang ditawarkan namun tidak dinafikan, pasti ada pasukan lain yang ingin mendapatkan khidmat mereka dengan tawaran lebih menarik. Terpulang kepada mereka membuat keputusan,” katanya di Seremban, semalam.\rMenurut sumber, antara pemain skuad Hoben Jang Hoben yang akan tamat kontrak membabitkan Hairuddin Omar, Irwan Fadli Idrus, Mohd Farizal Harun, kembar Mohd Aidil  Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Ahmad Fakhri Saarani dan Asmawi Hassan manakala Mohd Firdaus Azizul bersetuju kekal.\rHairuddin yang menjaringkan gol kemenangan Negeri Sembilan ketika menundukkan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, dikatakan sedang dipancing sebuah pasukan tetapi penyerang itu belum membuat keputusan mengenainya.\r\n\n\n\n\rDalam pada itu, usaha Negeri Sembilan mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain import bagi menguatkan lagi pasukan tampak berjalan lancar apabila tiga pemain, masing-masing dari Brazil, Columbia dan Serbia sedang diuji ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.\rNegeri Sembilan turut mengatur perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan bimbingan Datuk K Rajagobal di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 8 November ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050451 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list