CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1682|Reply: 22

Tok Mon nak tanding lagi

[Copy link]
Post time 29-10-2011 04:47 PM | Show all posts |Read mode
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Meskipun cubaannya sebelum ini pernah diperkecilkan banyak pihak, namun Maimun Yusuf, 92, tidak menolak kemungkinan dia akan bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang.Bagaimanapun, ketika desas-desus di kalangan ahli politik menyatakan PRU ke-13 semakin hampir dengan pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menghadapinya, Maimun pula tidak membuat apa-apa perkara yang menonjolkan dirinya sebagai calon sebaliknya terus berniaga kain seperti biasa.
“Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13.
“Jika diikutkan ada kenalan dan jiran yang tidak menggalakkan tok berbuat demikian tetapi tok dapat rasakan mereka akan menyokong jika tok bertanding,” katanya yang membahasakan dirinya tok dalam pertemuan di rumah sewanya yang disewa dengan kadar RM60 sebulan di Kampung Mengadang Akar, di sini, baru-baru ini.
Dia menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba muncul menawarkan diri sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-12 tetapi tewas teruk dan hilang deposit RM10,000.
Dalam pilihan raya 2008 Maimun memperoleh 685 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mendapat 32,562 undi manakala calon PAS, Mohamad Sabu meraih 31,934 undi.


Gelagatnya berkempen setiap hari dengan menaiki basikal ketika itu mencuri tumpuan dan tanpa diduganya, dia berjaya meraih undi walaupun kecil.
“Tapi tentu lebih baik jika tok menang,” katanya sambil ketawa kecil ketika diminta mengulas mengenai undi diterimanya itu.

Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehingga ada yang meminta bantuan daripadanya sedangkan dia sendiri penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.
“Orang susah ada jumpa tok untuk minta bantuan dan tok pula tidak sampai hati menghampakan hasrat mereka walaupun tok sendiri pun susah.
“Jadi tok bantu ikut kemampuan. Kalau ada RM2, tok beri RM1 dan kalau ada lebih tok beri lebih,” katanya sebelum meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana mempunyai temujanji dengan pelanggan di Chabang Tiga, di sini.

Bagi menampung perbelanjaan hidup, Maimun yang juga ibu kepada seorang anak berniaga kain sejak lebih 30 tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2011 05:21 PM | Show all posts
tok ni..tak terase buang duit ke..

psl dh memang confirm kalah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 05:30 PM | Show all posts
calon tua sangat pun tak bleh...mcm mana nak buat keje? rehat je lah tok mun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2011 05:33 PM | Show all posts
...Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehingga ada yang meminta bantuan daripadanya sedangkan dia sendiri penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan....

heran... banyak duit tok mon masuk bertanding...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 07:33 PM | Show all posts
...Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehing ...
LongKai Post at 29-10-2011 17:33


I like Yg pelik ada gak manusia yg x bertanggungjawab dgn selumbernya mtk bantuan dr Tok Mon ni..bknnya dia menang PRU pn!!!Agak2 lar..sedih pulak baca kalau dia ada rm2..org mtk dia bagi rm1..mulia sungguh hati Tok Mon ni!!Tapi x yah ler nak bertanding lagik..udah2 ler tu!!membazir jer klu hilang lagik wang pertaruhan tu nnti!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 07:35 PM | Show all posts
hahaha..banyak duit dia..apa la nenek nie..ada duit tu simpan jer la..sibuk gak nak masuk bertanding.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2011 07:43 PM | Show all posts
kepelekkang lagi....pelek yang bertanding...pelek yang menyokong nenek ni...dan pelek yang meminta derma darinya....

apekah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 07:45 PM | Show all posts
tak pe tok mun,saya akan sokong tok mun...tok mun sangat berhati mulia.....sanggup tolong org yang susah walaupun tok mun sendiri susah.....VOTE FOR TOK MUN!!!..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2011 08:19 PM | Show all posts
tok ni dah nyanyok ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 08:26 PM | Show all posts
aduii...nek mon ni duduk je kat rmh .ilek2 lah. biar je org yg muda jadi colan.buat penat nek mon je,berkempen.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 08:28 PM | Show all posts
patut nye SPR pn limit kn la umur...smpai 80 je bleh btanding..otomatik tok ni xleh nk cuba2 btanding..da lebih umur, kederat nk keja utk rakyat da xde...

btanding kt parlimen kawasan aku plak tu...sape la insan  yg bg sokongan moral n duit kt  dia ni {:4_191:}
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 08:35 PM | Show all posts
jom guling kan tok mon.. ada laki pun isap dadah kan? die nie ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 08:37 PM | Show all posts
aku rasa bukan dia......yang tu nenek wook.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 08:43 PM | Show all posts
yg laki isap dadah tu nek wook...

cian lak tok mon  nih...ank x larang ke?duit byk2 tu baik bli umah drp duk menyewa..
tak pun derma kt umah anak2 yatim,ad gak npak hasilnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 09:26 PM | Show all posts
jom guling kan tok mon.. ada laki pun isap dadah kan? die nie ke?
ZabedAmin Post at 29-10-2011 20:35



    ko ni..
tabur konspirasi ye kt tok mon... :@

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 09:27 PM | Show all posts
...Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehing ...
LongKai Post at 29-10-2011 17:33



    aku penah baca kes tok mon ni..
ada group kumpul duit tuk dia jadi calon, kumpul duit dari blog, web semua tu..

tapi duit tu tak smpai kat dia..

abis kene tipu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2011 09:34 PM | Show all posts
alamak silap orang.. ampun tok..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 09:37 PM | Show all posts
kalau duit banyak ,lebih baik tok mon gi cuti2 malaysia.daripada terkerjar kesana,kemari ,terpekik ,terlolong .berkempen.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 09:40 PM | Show all posts
jom guling kan tok mon.. ada laki pun isap dadah kan? die nie ke?
ZabedAmin Post at 29-10-2011 20:35



    yg tu nek wook la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 09:41 PM | Show all posts
takde sapa ke pi nasehat tok mon nih???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.064873 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list