CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8809|Reply: 74

Edisi Halal: Pastikan Kolagen yang korang ambik tu halal...

[Copy link]
Post time 19-10-2011 03:14 PM | Show all posts |Read mode
KOLAGEN HALAL PERTAMA DUNIA

HOLISTA Colltech (Australia) Ltd, syarikat bioteknologi milik rakyat tempatan yang disenaraikan di Bursa Saham Australia, dalam proses memuktamadkan penyertaan dua pelabur tempatan bagi cadangan pembinaan kilang mengekstrak kolagen halal pertama di dunia. Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr Rajen M, berkata Holista Colltech sudah membeli kawasan seluas 1.4 hektar di Pusat Biotek Bandar Enstek bagi membina kilang berkenaan dengan keupayaan mengekstrak satu tan kolagen gred makanan sehari, iaitu bersamaan 20,000 dos sehari. “Kita dalam proses memuktamadkan janji niaga dengan dua institusi tempatan yang akan masuk sebagai rakan usaha sama (JV), yang mana gabungan kedua-duanya akan menguasai 70 peratus kepentingan dalam kilang berkenaan.

“Holista Colltech pula akan membawa masuk paten, selain bertanggungjawab dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dr Rajen berkata, kelulusan untuk menjalankan perniagaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, perancangan luar bandar dan sebagainya sudah diperoleh.

Pengeluaran bahan komersial kalogen halal pertama, katanya, akan dibuat dalam tempoh sembilan bulan selepas perjanjian dan pembayaran dibuat.

Beliau menjelaskan, kolagen adalah protein paling biasa terdapat pada tubuh manusia seperti pada otot, tisu dan kulit berfungsi sebagai ejen antipenuaan dan menambah kepadatan protein tulang.

Katanya, kehilangannya tidak dapat dielakkan apabila usia meningkat atau disebabkan kecederaan.

“Kolagen yang akan diekstrak di Malaysia itu nanti adalah daripada gred makanan yang mana ia akan ditambah kepada makanan dan minuman seperti kopi, mi segera, coklat dan sebagainya. Ia kini popular di China, Jepun dan Eropah sebagai ejen antipenuaan,” katanya.

Dr Rajen berkata, kolagen yang akan dikeluarkan di negara ini akan diekstrak daripada kulit biri-biri import dari Australia.

Ekstrak protein itu halal kerana kulit diambil daripada biri-biri yang disembelih dan mendapat pensijilan halal,” katanya.

Sumber: BH

sedikit rujukan:
Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??
1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!
Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Kalau tidak pasti, sila tanya ahli farmasi yang bertugas, tentu mereka bersedia membantu (kalau mereka ikhlas).

Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 03:35 PM | Show all posts
aku makan yang marine punya, dari ikan. ada logo halal, so aku yakin 100%. aku takda was was.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 03:50 PM | Show all posts
kolagen mane yg bagus?
ade cadangan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 03:54 PM | Show all posts
GAMOGEN  gamat anti penuaan tu pun elok kan..dalam rm130 sebotol...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 03:55 PM | Show all posts
Reply 2# Santeira

trend sekarang ni kalau boleh semua produk kesihatan dan kecantikan nak letak kolagen…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 03:58 PM | Show all posts
kolagen mane yg bagus?
ade cadangan..
ezacbee Post at 19-10-2011 15:50


ambik la marine kolagen…at least kita tak was2…

@ alamak dah rasa mcm kat bod Petua Kecantikan & Fesyen la pulak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2011 04:05 PM | Show all posts
aku makan plecenta dr anak biri2 ada cop halal yg diikktiraf dari institusi tempatan..tak ada keraguan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:08 PM | Show all posts
Aku makan beef tendon aje also high source of collagen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 04:11 PM | Show all posts
bagus la macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:12 PM | Show all posts
bukan tu saja, kapsul ubat atau antibiotik yg kita telan selama ni, macamana? setahu aku selain vegicapsul lain2 semua animal base
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:22 PM | Show all posts
Hurm..skang nie biskut pon ade kolagen...vitagen pon ade kolagen.... {:4_182:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 04:30 PM | Show all posts
aku makan plecenta dr anak biri2 ada cop halal yg diikktiraf dari institusi tempatan..tak ada keragu ...
ira_229 Post at 19-10-2011 16:05


ko ambik sheep placenta capsule extract ke?

kalau bangsa asing/ non-muslim dia makan uri sendiri atau saudara mara lepas beranak…cam cannibal la pulak kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 04:34 PM | Show all posts
bukan tu saja, kapsul ubat atau antibiotik yg kita telan selama ni, macamana? setahu aku selain vegi ...
mieciput Post at 19-10-2011 16:12


skrg ni kan dah ada bovine yg halal…

halalgel pun dah kuarkan produk utk kapsul tu kan…

kalau rasa was2 tinggal kan aje…cari yg lain..kan byk pilihan…tak  gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:35 PM | Show all posts
makan tempe pun boleh jadi muda jugak, tak pun ikut anita serawak, amik air semyang banyak2, gerenti tak tua{:4_185:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 04:40 PM | Show all posts
makan tempe pun boleh jadi muda jugak, tak pun ikut anita serawak, amik air semyang banyak2, gerenti ...
alahai Post at 19-10-2011 16:35


bagus apa tempe…aku setuju aje! peberet aku tuh…patut la aku nampak muda je walupun dah senja…hahah!

@ bab wuduk tu…no komen!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 04:44 PM | Show all posts
godek2 kat youtube…jumpa nih! sekadar tambahan je!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 04:49 PM | Show all posts
makan tempe pun boleh jadi muda jugak, tak pun ikut anita serawak, amik air semyang banyak2, gerenti ...
alahai Post at 19-10-2011 16:35



    ni mesti mengata khir toyol ngan ahkak nita nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 04:54 PM | Show all posts
ni mesti mengata khir toyol ngan ahkak nita nih
sitihawa Post at 19-10-2011 16:49


ehh apa nih nak gusip2 pi bod sebelah ...

amboi sempat lagi kau
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:57 PM | Show all posts
ehh apa nih nak gusip2 pi bod sebelah ...

amboi sempat lagi kau
cakkobeng Post at 19-10-2011 16:54



    bukan gosip, kenyataannnnnnnnnnn


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 05:05 PM | Show all posts
haku pun amik marine collagen..tak dak was2 sbb ada tanda halal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.086087 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list