CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8346|Reply: 65

Bomoh a.k.a ustaz

[Copy link]
Post time 27-9-2011 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Tak tahu nak start dari mana tapi takpe, saya akan cerita juga dari mana-mana. Alkisahnya bermula sebulan yang lalu, mak cik saya ni terpaksa jalani pembedahan buang katarak di mata. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Tapi biasa la kan orang tua-tua ni( tak tua sangat pon ) percaya benda ni bukan sakit biasa-biasa (maksudnya ada kena mengena dengan sihir la) sebab arwah ayah saya pon terkena sihir. Dia bajet dia pon nak kena jugak r. Mak cik saya ni memang dia syak 100% r dia pon kena sihir ni. Entah macam mana dia dapat jumpa ngan Cik Ipin (bomoh a.k.a orang yang ngaku ustaz) untuk ubatkan dia. At the first place, memang Cik Ipin ni macam orang baik gila r. Lelaki di bawah lindungan Kaabah la kaedahnya. Semua ayat al-Quran je yang dia guna time nak ubat mak cik saya ni. Ok. Yang tu tak kisah la kan, memang selalu orang akan mengaku n tunjuk macam tu. Dalam temph perubatan tu, macam-macam la benda jadi. Ada kisah keluar jarum la daripada mata mak cik saya ni (nak tunjuk mmg kena sihir la tu) itu berdarah,ini bernanah ,berulat wtv. Semua Cik Ipin da settle kan. Pokok pangkalnya dia la HERO bagi keluarga kami pada mata mak cik saya.

Sebelum kenal ngan Cik Ipin ni, ada orang pernah masuk meminang saya dan semua nya saya tolak atas alasan saya masih muda. ok fine. tu tak kisah la kan. Tapi mak cik saya ni pulak dapat instinct konon-konon saya tolak semua pinangan tu sebab saya pon da kena sihir pelalau. Pergila scan badan kat Cik Ipin ni. Resultnya, saya positif kena pelalau ( tapi tak rasa apa pon ). Ada orang yang masuk minang tapi saya tolak mentah-mentah tu yang tak mau saya kawin ngan orang lain (info : Cik Ipin ) Tapi saya tak pasti sapa sebab semua pon saya tolak mentah-mentah. Bermula la titik nak sembuhkan diri time tu. Mula-mula, mak cik yang suruh saya buang pelalau tu. saya pon ikut jela. kena bayar Rm300.00. Dengar cakap orang tua punya pasal, buta-buta bayar duit tu. Kaedah pengubatan : mandi air + bunga je. pastu cek tapak kaki. dah settle! cekik darah betul.

Yang second, Cik Ipin cakap kat mak cik saya, dalam badan saya ni ada lipan 3 ekor. Orang yang hantar lipan ni kat saya nak buat suami saya mati lepas 'bersama' dengan saya. isshhh. teruk penyakit saya ni rupanya (mak cik saya cakap) . ok. berubat lagi. Cik Ipin minta Rm210.00. Duit lagi. yang ni pon settle jugak. Cik Ipin cakap dia da tangkap lipan-lipan ni time saya tidur. Bila la Cik Ipin ni datang pon saya tak tahu. Semua-semua lipan ni sangat berbisa dan Cik Ipin perlukan rambut saya untuk hilangkan bisa lagi. Saya dengan tololnya ikut lagi p lagi bagi semua yang dia minta. Nanti nak bunuh lipan pon tak leh guna benda lain. kena guna tangan je. Tapi sakit saya ni still tak berkurang. Cik Ipin minta saya puasa 3 hari (puasa makan dan tidur) so saya cakap saya tak boleh buat. Puasa makan boleh la tapi kalau tak tidur tu memang cari penyakit r. Kalau tak boleh , Cik Ipin cakap saya kena cari wakil ( ala-ala macam hajikan orang lain tu) , tapi bayar la kan. Cik Ipin volunteer dirinya sendiri. Rm500.00. yang ni dia cakap macam syarat je. cukup hari dia kata dia akan pulangkan balik.  ok. saya ikut lagi. ghabak poket aku! semalam malam, tetiba Cik Ipin called cakap ada hal mustahak dan nak jumpa. So kita pon jumpala tapi mak cik saya tak ikut sekali. Dia cakap dia perlukan duit Rm1000.00 sebab wife dia nak operation. Tapi dia tak bagi saya cakap ngan mak cik saya. Dia kata kesian sebab mak cik saya ni terlampau pemurah dan baik sangat. Dia tak nak bebankan mak cik saya ( tapi bebankan saya ). Saya bagi pinjam walaupon berat hati. Yela, bab-bab duit ni saudara jadi musuh.


So, saya nak tanya la forumer-forumer kat sini yang tinggi ilmu, ada ke kaedah perubatan yang macam ni? Memang perlu ke bayar-bayar itu ini sebagai syarat perubatan? kenapa tak seikhlas hati je? Nanti nak tunggu jugak cerita Cik Ipin ni. Dia nak datang lagi ke minta duit semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2011 07:35 PM | Show all posts
2 bukan ustazz ok... 2 bomoh aka lintah darat yg nak mencukur habis poket ko.....
tolong lah ko nyah kan dri ko dri berjmp ustaz bomoh yg perabih duit ko 2...senang2 je ko pgi darulshiffa 2...x pn g pusat rawatan asrap muslim  kat situ sah2 gunakn ayat suci.....
ko gile ke hape smpi rm500 setau aku kn kalo betui2 bolah berubat cas dia ade suku2 gitu (tpi 2 yg jenis kampng2 la) cntohnya skli rwatn rm5suku la....rm6suku la.... & kalo ustazz dia x mntak tpi byr ikut kemampuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 07:43 PM | Show all posts
Reply 2# puteri_impian


   Ada gak terfikir yang dia ni nak peras duit orang je sedih r cenggini. Sampai sekarang macam terkial-kial. Betul ke saya ni sakit atau tipu2 je bomoh tu. Yela orang saja nak duit kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 07:49 PM | Show all posts
Reply 2# puteri_impian


amboi....cepat puteri sampai....

TT tunggu seminggu lagi ke... cik ipin mesti create story lagi, nak bagi TT kuar duit....mungkin lipan tu tak dapat di tangkap walaupun dia dah puasa makan & tidur 3 hari....sakit TT ni terlalu berat, kena upah orang lain buat 7 hari 7 malam pulak...so, bayarannya lebih kurang RM1500....(sekrg ni dia dah tak letak RM 200, RM300 lagi...mesti RM 500 ke atas)....



p/s:  Motif ai jadi cik Upin pulak.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 07:56 PM | Show all posts
Reply 4# jazaa


   Hurrmmm. tula. tunggu seminggu lagi. Dia pulang tak duit yang dia pinjam tu. Kalau Cik Ipin cakap saya tak sembuh lagi, saya akan balas yang saya nak cuba berubat tempat lain. Dengan dia tak serasi bersama kot   Pandai-pandai la nanti mak cik saya deal ngan dia. tapi sekarang rasa membuak-buak nak lahar mak cik saya tu :@
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 08:10 PM | Show all posts
Reply  jazaa


   Hurrmmm. tula. tunggu seminggu lagi. Dia pulang tak duit yang dia pinjam tu. K ...
Izzna Post at 27-9-2011 19:56


Ada sorang jiran akak pun dah kena mcm ni TT...memula mak cik bomoh tu ambik sikit2 je....pastu makan ribu riban...dia pun macm tak blh buat apa dah...sampai gadai barang kemas, ambil personal loan dengan bank rakyat....kalau di kumpulkan duit yang dia bagi kat mak cik bomoh tu, dah dapat beli rumah teres setingkat dah...dekat RM120K....(tu setakat thn lepas, thn ni akak tak jumpa dia lagi)....

Bila akak nasihatkan dia, dia blh suruh makcik bomoh tu "teropong" sapa akak ni pulak....mak cik tu katalah..."budak pompuan ni putih-putih, kecik-kecik mcm ada campuran darah cina, kalau bercakap, bla..bla...bla...."...Hish...mau tak angin dia buat mcm tu?....kita nak tlg dia jgn sampai mcm lembu di cucuk hidung, asyik bagi duit kat mak cik bomoh tu aje....dia pulak boleh babitkan akak sama...skrg, akak  tak kisah...lantak dia lah....  (tapi yang pelik tu, apa yang mcik bomoh tu cakap, betul pulak...tu yang menguatkan lagi dia untuk percaya kat mcik bomoh penipu tu...)....

Ayat kelas mak cik tu..."Aku sebenarnya tak nak ubatkan kau, aku kesiankan kau byk habis duit,kau pergi lah cari orang lain"...
Dia pun percaya lah yang mak cik ni memang tak nak duit, cuma nak tlg dia semata-mata....

Pasal cik Ipin tu....jgn harap lah dia nak pulangkan duit TT...akak berani kerat kuku jari akak kalau dia pulangkan...
Seelok-eloknya TT jgn kata nak berubat dengan orang lain, takut dia tersentap pulak nanti, mcm2 dia hantar kat TT...
Lebih baik TT kata, TT tak ada duit, nanti bila ada duit, TT berubat lah....atau cakap je TT dah sembuh rasanya......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2011 08:11 PM | Show all posts
itula adela ahlong care beruztaz..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 08:16 PM | Show all posts
Reply 6# jazaa


   Tanx sangat akak. saya tak terfikir pon macam tu tadi. yela, diaorang ni pandai sebenarnya tapi gunakan ilmu Allah bagi tu buat benda lain. Kenapa la dalam dunia ni kena ada orang yang macam ni. Kalau nak tolong, tolong la sungguh2. Tapi takpela, kalau dia tak nak pulang pon, tak lari ke mana pon dia tu. nanti balik-balik jumpa saya jugak kat depan Allah nanti. time tu menjawab la ko Cik Ipin oiii... mennciikkk :@:@:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2011 08:18 PM | Show all posts
Reply 7# plainjane


   Tenaga ada nak peras duit orang. macam la kita ni dapat duit dari langit. keje penat-penat dia senang-senang je nak berapa-berapa dia suka kalau ahlong tu at least bagi orang pinjam duit. ni takda apa pon.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 08:30 PM | Show all posts
Reply 8# Izzna

Kawan akak tu lagi kesian TT....dia dah mcm bodoh dah....terlampau percaya perkara2 mcm tu....puas akak nasihatkan dia, mati-mati dia bertekak dengan akak kata dia betul....

TT bayangkan bill letrik dia naik pun, dia blh pergi jumpa makcik tu...dia claim kata orang yang sakit hati dengan dia saja hantar hantu, naikkan bill api dia....akak kata, "dari U pergi jumpa mak cik tu, baik U settlekan bill letrik tu, nanti U jumpa makcik tu, mau makan ratus-ratus lagi" ..betul pun, dia kena bayar RM800 kat mak cik tu..kalau dia dengor nasihat akak, kan selamat duit dia....

Last akak jumpa dia, cerita pblm dia tak kawin-kawin sbb ada orang buat dia....akak tengok dia atas bawah, mana lah orang nak kat dia, walaupun dia belum kawin tapi penampilan dia mcm orang anak 6....muka tak di scrub, pakai oil of olay je...akak suggest kan dia skin care yang elok2, jawaban dia- "I tak ada duit...duit I habis berubat, tapi I puashati, kalau I tak berubat, mcmana hidup I"...   Apa lagi yang boleh akak tlg dia?....kalau tidak, akak nak bawak dia gi saloon manjakan diri, pastu sebulan sekali inject Vit C + collagen, barulah kulit tu cantik, tak kusam, barulah orang pandang sikit....kalau orang tak pandang pun, kita buat tu semua untuk diri kita kan....betul tak?,....tapi dia lebih rela bagi duit kat mak cik bomoh tu dari manjakan diri dia mcm tu....kalau akak, tak sanggup....biar akak berhabis duit untuk diri akak dari untuk orang menipu free-free je mcm tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 08:38 PM | Show all posts
Reply 10# jazaa


Ada kemungkinan ke dia dibodoh-bodohkan oleh bomoh tu? atau dia memang bodoh? saya tak nak kawin lagi sebab muda sangat nak fikir-fikir benda macam ni. Tapi tadi ada jumpa mak cik jap. Dia kata lepas ni dah jangan bagi duit dah. Dia pon mula tak caye kat Cik Ipin ni. Dia nasihat gak, kalau Cik Ipin datang cari saya, dia suruh act cool je. Buat macam saya ni tak dendam la ngan Cik Ipin ni sebab dia kata orang macam ni bahaya. karang kita yang kena balik. Menyampah la Cik Ipin ni. :@
Kawan akak tu takda sedara ke yang nasihatkan dia? takkan family dia biar je dia diperbodoh-bodohkan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 08:44 PM | Show all posts
Reply 9# Izzna


Ish main gila kasi rambut bagai, bukan bole caya. Kang dia pi jampi serapah dna TT tu sebab nak kasi konong TT rasa kesian kat dia pasal duit bagai. Padahal TT yang rasa kesian ni sebenarnya kena pukau. Kita mana perasan suma pukau2 ni.

Meh saya cite pasal pukau skit. Dulu saya dgn aqilah tgh tunggu bas rapid kat bus stand la kan. Kawan Glow tgh msg2 kat phone dia. Skali ada sorang laki cam bangsa ape pun Glow tak tau tapi cam arab skit kot. Dia ambik phone kawan Glow tu. Kitorang ni tercengang tengok dia ambik phone tu sambil jalan terlenggang lenggok padahal kitorang tgh ddk situ je pun. Kalau nak kejar boleh je, tp kitorang cam kaku je. Lepas 2 3 minit baru kitorang sedar yang phone kawan td kena amik.

So solution taknak kea tipu. Pegi darussyifa atau pegi jumpa anak2 buah ustaz harun din kat bangi keh. Laju je dorang akan panggil pesakit utk berubat. Takut TT pulak di sihir jampi cik ipin ni. Tok dalang takde
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 08:50 PM | Show all posts
Reply 12# glowinthedark


   takut la. macam mana kalau dia betul-betul guna rambut tu. Ya ALLAH. menyesal n takut sangat sekarang ni. ilmu halus ni macam-macam cara boleh jadi. Minta-minta la Cik Ipin buang rambut tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 10:30 PM | Show all posts
Reply 11# Izzna

Adik beradik dia memang marah kalau tau dia ni berbomoh-bomoh....Tapi dia buat senyap-senyap...Yang bestnya dia pun "ubatkan" kakak dia dengan mak cik bomoh tu tanpa pengetahuan kakak dia...mcik tu kata, kakak dia nak bercerai lah...rumahtangga nak hancur lah, anak sedara dia akan giler lah..jadi sbb takutkan semua tu terjadi, dia pun ubatkan lah...ribu-riban jugak lah habis untuk  'ubatkan ' kakak dia....

Yang tak tahannya, setiap kejadian yang bukan nak kata pelik, mcm luarbiasa sikit je, dia dah kaitkan dengan sihir mihir ni....kereta dia rosak pun dia kata dah kena sihir...  akak tak tahan lah dengan orang mcm ni....akak suruh dia buat solat taubat & hajat je tiap-tiap hari tapi entah dia buat entah tidak....malas nak tegur dia lebih-lebih, rambut pun tak tutup, bukan kecik lagi, umur 40an  dah tua dah....

Memula dulu akak nak jodohkan dia dengan abang angkat akak, tapi tengok dia ni gigih berbomoh....malas lah...nanti tak pasal-pasal abg angkat akak teraniaya....nak kata dia bodoh, tak jugak sbb dia cikgu tau...tapi sbb dah taksub sgt tu yang jadi mcm tu...

TT pun klu percaya sgt dengan cik ipin tu, bleh je jadi mcm tu....nasib baik TT panjang sikit akal,3 kali bagi duit, dah rasa tertipu....

Yup...akak setuju dengan mcik TT...orang mm ni jgn bagi dia sentap, tolak secara baik...mcm2 dia blh aniaya kita...yang paling takut salah gaya TT bawak tikar bantal gi rumah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 10:36 PM | Show all posts
Reply 14# jazaa


   tumpang lalu.. menyampuk jap.. memang tul susah kalau org yg jenis camtu percaya segala pe yg bomoh ckp, kalau kita nasihat pun xguna, bomoh tu juga lak yg diikut huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 10:44 PM | Show all posts
Reply  jazaa


   tumpang lalu.. menyampuk jap.. memang tul susah kalau org yg jenis camtu perca ...
Azana Post at 27-9-2011 22:36


kan Azana....
Kesian pun iya tengok hidup dia....tiap2 bulan duit dia habis mcm tu aje....gaji RM2k++ sekali bagi kat mcik bomoh tu...RM800, RM1800...sampai  kering kontang lah...akak suruh dia beli supplement untuk diri dia pun blh kata tak ada duit....
Siap dia pertikaikan lagi, kalau betul mcik tu yang ambik duit tu, tapi kehidupan mcik tu bukannya senang sgt, rumah pun buruk aje...Memang duit tu bukan mcik tu yang ambik tapi "orang"nya yang mintak sbb dah memang pengeras mcm tu....

Entahlah...akak suruh dia bykkan baca buku-buku agama & campur dengan orang2 yang beragama,tapi dia lebih selesa dengan dunia mcik bomoh dia tu....dia pun kalau jumpa akak mcm panas je sbb akak selalu marah dia percayakan benda-benda karut tu...
kalau nak cerita pengalaman dia bebomoh dengan mcik tu, boleh jadikan novel atau hikayat 1001 malam lah Azana....hmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2011 10:55 PM | Show all posts
Reply 16# jazaa

Kalau dh sampai 1001mlm tu memang hbs duit kat situ jer laa ye kak.. saya yg baca pun rasa kesian kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 12:23 AM | Show all posts
puasa makan dan tido?dari takde penyakit terus ada penyakit pastu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 08:54 AM | Show all posts
tumpang baca stori bomoh ni....te ingat kisah lama pasal bomoh ni
tp aku mesti gelak tiap kali tekenang nye
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 09:19 AM | Show all posts
Reply 4# jazaa


   
Motif ai jadi cik Upin pulak.....


mohtip salah taip??? cik ipin la.....upin 2 yg betui2x tuh

teman bace thread nie smlm di romah  so teman nak kasi mata tt nie bukak luas2...ish..geram betui teman gan tokmoh2 cekik darah nie
kot ye pn nak nipu idak le smpi skali rawatan ratus2 @ ribu riban
jazaa...put ase kan time die dengo amaun 2 kan msti dh kena pukau..... ye la tokmoh 2 cakap rm200 dia plak ingt 2 hingt...(dek kena pukau 2) smpi rumah bka dompet hilang rm200 tuhmy3:  (nie teman speku jer )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.079530 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list